Amsal · Proverbs

8:5
Wahai kalian yang pandir, fahamilah hikmah: dan kalian yang bebal, biar dirimu ada hati yang faham.

Hikmah memanggilmu. Akankah kamu mempertimbangkan pemberian-pemberiannya yang berharga? Dia menawarkan pemahaman dan hikmah kepada orang yang pandir dan yang bebal. Adakah kamu mendengar dia? Atau adakah kamu terlalu sibuk? Atau adakah kamu terlalu angkuh untuk mengenal bahawa kamu jahil? Atau adakah kamu terlalu suka memberontak sehingga tidak akan mengubahkan jalan-jalanmu untuk dia?

Puteri Hikmah berkata bahawa orang yang menolak dia tentu mengasihi maut (Ams 8:36). Jika kamu tidak peduli akan tawarannya, maka kamu akan menerima padahnya yang buruk. Allah akan membawa celaka kepada kehidupanmu, dan Dia akan ketawa ketika kamu gementar dalam ketakutan dan merayu untuk bantuanNya (Ams 1:20-32; Maz 2:4; 37:13). Dia akan mengolok-olok masalah-masalahmu dan ketakutanmu. Amarannya kasar, tetapi ia benar-benar kata-kata Allah.

Salomo menyambung kisah personifikasinya yang panjang akan hikmah sebagai seorang perempuan dalam bab ini. Hikmah, iaitu daya untuk menghakimi dengan betul, dipersembahkan di sini sebagai seorang perempuan dan juga dipersembahkan di bahagian-bahagian lain kitab ini. Bak kata pepatah, “Neraka tiada murka yang dapat dibandingkan dengan perempuan yang telah dicemuh!” Ia kehematanmu untuk dengan sikap yang takzim mempertimbangkan tawaran yang murah hati daripada perempuan yang mulia dan yang dahsyat ini.

Dalam ayat ini, Puteri Hikmah menggesa lelaki yang pandir dan yang bebal untuk mengambil hikmah dan pemahaman yang ditawarkannya. Semua orang dilahirkan bebal dan jahil, dan Puteri Hikmah merayu kepada mereka untuk mengambil dan memakai hikmahnya. Yang tersirat di sini ialah soalan retorik, Mengapakah kamu ingin berlanjutan di dalam kebodohan dan di dalam nafsu kejahilanmu (Ams 1:22; Kel 16:28; 1Raj 18:21)? Mengapa?

Ibubapa yang baik memikir ini tentang anak-anak mereka, dan setiap pastor memikir ini tentang ahli-ahli gereja. Ibubapa menyaksikan anak-anak mereka mengetepikan arahan lalu ditimpa kepedihan dan masalah, dan pastor pula menyaksikan ahli-ahli gereja berbuat demikian juga. Bapa dan pengkhutbah kitab ini, iaitu Salomo, melalui ilham Allah, memanggil supaya kamu mendengar arahannya dan belajar hikmah.

Adakah kamu terkilan kerana dipanggil pandir dan bebal? Itu tidak harus menyinggungmu. Kamu memasuki dunia ini dengan mengotorkan diri dengan najis sendiri, dan kamu juga akan keluar dari dunia ini dengan cara yang sama. Kecuali kamu mengambil tawaran hikmah Allah, kamu tidak lebih elok daripada keadaantersebut. Dunia ini memuntahkan kenajisan dan kecabulan orang pagan kepadamu setiap hari dengan keamatan yang semakin meningkat – kamu betul-betul memerlukan hikmah Allah.

Jika hikmah ialah daya untuk menghakimi dengan betul, maka adakah kamu memilikinya? Jika pemahaman ialah daya membeza-beza dengan tepat, maka adakah kamu memilikinya? Ada hanya satu jalan untuk mengenalnya. Adakah fikiranmu dan perilakumu betul-betul sesuai dengan firman Allah yang tertulis? Alkitab satu-satunya yang mentakrifkan hikmah, dan apa pun fikiran yang bertentangan dengan itu ialah kegilaan (Maz 19:7; 119:130; Yes 8:20; 1Tim 6:3-5).

Kamu tidak boleh mengenal hikmah secara alamiah; kamu harus memperolehnya daripada arahan. Kamu tidak boleh menemui kebenaran melalui rasionalisasi; ia memerlukan wahyu daripada Allah kebenaran. Tiada sumber yang lebih baik daripada amsal-amsal ini untuk hikmah (Ams 1:1-4). Adakah kamu menyegani dan mendambakan kata-katanya? Alkitab ialah kitab kebenaran Allah (Maz 119:160; 19:9). Adakah kamu suka itu dikhutbahkan kepadamu?

Alkitab menangani setiap aspek kehidupanmu – seks, penggajian, ucapan, wang, pemakanan, anak, senaman, memandu, fikiran, rambut, televisyen, pakaian, kawan-kawan, dsb. Jika kamu fikir atau bertindak bercanggahan dengan apa yang tertulis, maka kamu belum maju melebihi kain lampin yang baru-baru ini melindungi kekotoranmu, dan fikiranmu adalah seperti ringkikan seekor keldai (Ayb 11:12; 2Pet 2:12).

Mengapa nak jadi si bebal? Terimalah tawaran hikmah dan pemahaman pada hari ini juga. Bagaimana? Rendahkanlah dirimu di hadapan firman Allah dan amaran ini, bertaubat bagi kebebalanmu, singkirkanlah dosa-dosamu, akuilah kejahilanmu, dan bentuklah setiap fikiranmu, perkataanmu, dan perilakumu sesuai dengan firman kudusNya. Carilah gereja yang mengkhutbahkan Alkitab dan yang menekankan kebenaran dan hikmah lalu sertailah gereja itu.