Amsal · Proverbs

8:4
Kepada kalianlah, hai kaum lelaki, aku memanggil; dan suaraku adalah kepada anak-anak lelaki manusia.

Mengapakah Puteri Hikmah nampaknya tidak mempedulikan perempuan? Dia berbicara kepada para pendengarnya dalam amsal ini dengan khusus kepada lelaki. Dia menawarkan hikmah melalui pengenalannya(Ams 8:1-11), suatu senarai akhlak mulia dan ganjaran (Ams 8:12-21), pemakaian hikmah oleh Allah dalam ciptaan dunia (Ams 8:22-31), dan suatu penamat yang menggerunkan (Ams 8:32-36).

Salomo mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang perempuan yang rela dan ingin membantu lelaki, seperti personifikasi Lady Liberty [kebebasan], Father Time [masa], Mother Nature [alam semula jadi], dan Uncle Sam [Amerika]. Personifikasi ialah kiasan yang indah dan yang cukup berkesan, dan Salomo memakainya dengan meluas sebagai salah satu alat ilham Allah untuk menyanjungi hikmah (Ams 1:20-33; 2:1-5; 3:13-18; 4:5-13; 7:4-5; 8:1-36; 9:1-12).

Kedua-dua lelaki dan perempuan, dan anak lelaki dan anak perempuan, memerlukan hikmah. Tetapi Puteri Hikmah dengan jelas menyatakan dia berbicara dengan khusus kepada kaum lelaki dan kepada anak-anak lelaki manusia. Ini sesuai dengan matlamat Salomo dalam pengenalannya (Ams 1:1-6) dan dengan rayuan-rayuannya kepada anak lelakinya (Ams 1:8; 7:1; 19:27; 27:11). Agur dan Ibu Raja Lemuel juga menulis kepada lelaki (Ams 30:1; 31:1). Semua rujukan kepada perempuan hanya secara tidak langsung, tetapi perempuan juga dapat belajar hikmah daripada Puteri Hikmah (Ams 11:16,22; 14:1).

Adakah Salomo bersikap berat sebelah terhadap perempuan? Adakah dia memandang hina perempuan di Israel? Dia menyatakan usaha-usahanya untuk mengajar umatnya dengan amsal, tetapi dia tidak menyatakan perempuan pula (Pkh 12:9-12). Ketika perempuan dibicarakan, itu hanya untuk menunjuk bagaimana perempuan memberi kesan kepada lelaki, atau bagaimana lelaki harus berurus dengan mereka (Ams 2:16-20; 5:3-13; 12:4; 18:22; 21:9,19; 23:27; 30:19,23; 31:3). Penjelasan perempuan berakhlak mulia pun tertulis untuk membantu lelaki mencari perempuan yang hebat (Ams 31:10-12,30-31).

Alkitab menekankan lelaki, kerana memilih untuk memakai kata nama yang berjantina lelaki bagi bangsa manusia, dan bagi tanggungjawab lebih besar yang dipikul mereka seperti yang dijelaskan kemudian. Tetapi setiap gadis dan wanita harus tahu bahawa mereka boleh menjadi hebat di pandangan Allah seperti Sara, Yael, Hana, Abigail, Ester, dan Maria dan perempuan-perempuan yang lain. Daud ialah lelaki yang mengejar hati Allah sendiri (1Sam 13:14; Kis 13:22), tetapi setiap setiap gadis dan wanita harus bertekad dan berusaha untuk menjadi perempuan yang bersikap Daud!

Jadi adakah Salomo seksis [pelampau jantina]? Tidak, Allah mengilhamkannya untuk dengan berhikmah menumpukan perhatian kepada teruna dan lelaki dewasa di Israel. Pertama, dia harus mempersiapkan anak lelakinya untuk memerintah negara, maka adanya banyak ayat yang merujuk kepada anak lelakinya. Kedua, dia tahu aturan Allah bagi suami untuk memerintah dan mengajar isteri (Kej 3:16; 18:19; Yos 24:15; 1Kor 14:34-35). Ketiga, dia tahu aturan Allah bagi ayah untuk mengajar anak (Maz 78:1-8; Yes 38:19; Yoe 1:1-3; Efe 6:4). Keempat, dia tahu bahawa masyarakat yang hebat adanya lelaki yang hebat (Yes 3:1-4,12; 1Tim 2:11-14; 2Tim 3:6-7). Kelima, dia tahu akan kegeraman perempuan yang cuba hidup berhikmah, tetapi telah berkahwin dengan lelaki yang bebal (1Sam 25:3,25; 1Pet 3:6).

Apakah pelajaran ini? Cara yang paling baik untuk membantu suatu negara, gereja, atau rumah adalah untuk menumpukan perhatian kepada teruna dan lelaki dewasa, sebab mereka merupakan para pemimpin masa depan dalam lingkungan kekuasaan ini dan dalam lingkungan yang lain juga. Kebanyakan gereja menekankan kepentingan gadis dan wanita kerana teologi Arminianisme, mudah terpengaruh oleh perdayaan, dan penerimaan gerakan kemerdekaan wanita. Puteri Hikmah lebih pandai, dan dia menumpukan perhatian kepada teruna dan lelaki; dia tahu dengan adanya ayah dan suami yang berhikmah dan yang salih, perempuan akan ada kehidupan dan keluarga yang lebih bahagia daripada memakai apa pun jalan yang lain. Hai teruna, kamu penting kepada Allah dan Puteri Hikmah. Serahkan dirimu kepadanya pada hari ini juga (Ams 4:5-13).