8:6
Dengar; sebab aku akan mengucapkan hal-hal yang cemerlang; dan pada pembukaan bibirku akan ada hal-hal yang betul.
Dengar! Akankah kamu dengar? Kata-kata yang paling menyukakan dan yang paling sejati sudah tersedia – tema-tema yang paling agung dan jawapan-jawapan yang paling sempurna sudah ditemui – ia telah tertulis supaya kamu boleh memilikinya untuk selama-lamanya. Akankah kamu mencelah keasyikan mengejar kesia-siaan untuk memperoleh hikmah? Atau adakah kamu sebegitu ketagihan dan kegilaan akan kesia-siaan dan kegemasan kewujudanmu sehingga kamu tidak boleh melepaskannya untuk berbuat baik kepada dirimu sendiri dengan apa yang melampaui segalanya yang kamu tahu?
Hikmah ialah bunyi yang paling manis di bumi. Sudahkah kamu mendengar dia? Dia memanggilmu (Ams 8:1-5). Dia berbicara hanya tentang apa yang cemerlang dan apa yang betul (Ams 8:6). Dia mengasihi kebenaran dan membenci kedurjanaan (Ams 8:7). Setiap perkataannya adalah dalam kewajaran, dan dia tidak akan pernah bercakap secara rewel atu secara babil (Ams 8:8). Pelajaran-pelajarannya semua jelas dan betul bagi orang yang takut dan mengasihi Allah (Ams 8:9). Dia akan memberimu kejayaan yang paling besar di dunia ini dan memimpinmu dengan selamat kepada dunia yang akan datang.
Solomo mempersonifikasikan hikmah sebagai seorang puteri, yang mengundangmu untuk menyambutnya dan berkat-berkat yang dibawanya (Ams 8:1-10). Dia meneruskan personifikasi itu dengan menyenaraikan hal-hal agung yang menyertainya (Ams 8:11-21). Kemudian dia menyanjunginya dengan menunjukkan kewujudannya yang kekal bersama Allah (Ams 8:22-31). Dia berakhir dengan menyatakan undangannya sekali lagi (Ams 8:32-36). Apakah yang akan kamu buat dengan Puteri Hikmah? Dia dengan wajar tidak akan senang hati dengan penolakan (Ams 1:20-32).
Kata-kata mulut Allah, iaitu wahyu hikmah yang sejati, adalah lebih berharga kepada Ayub daripada makanan yang diperlukannya (Ayb 23:12). Daud mendapati bahawa kata-kata yang sama itu lebih bernilai dan lebih memberi ganjaran daripada emas tulen dan lebih menyenangkan daripada madu (Maz 19:10-11). Walaupun seorang raja, dia menjadikannya warisannya untuk selama-lamanya, kerana mereka menyukakan hatinya (Maz 119:111). Nabi Yeremia juga mendapati ia sebagai sukacita dan kesukaan hatinya (Yer 15:16).
Petrus sekali mengikuti Yesus ke gunung tinggi bersama Yakobus dan Yohanes. Di sana dia melihat Yesus dipermuliakan dan berbicara dengan Musa dan Elia (Mat 17:1-9). Allah Bapa berguruh dari syurga untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan mereka kepada AnakNya yang terkasih. Betapa hebatnya pengalaman itu! Petrus telah mendengar kata-kata Allah dari syurga di tengah-tengah kehadiran saksi-saksi di bumi dan di syurga. Tetapi dia kemudian menulis lebih lanjut bahawa tulisan kitab adalah lebih pasti (2Pet 1:16-21). Dan dia menggesakan para pembaca untuk berbuat baik dengan mengendahkan kata-kata mulia yang dicatatkan dalam Alkitab. Percayalah itu!
Berapakah cemerlang kata-kata Alkitab? Ia memberitahu tentang asal usul syurga dan bumi, segala yang terkandung di dalamnya, dan moyangmu yang pertama. Ia memberitahu tentang dosa dan asal usul maut, yang tidak seorang ahli sains pun boleh jelaskan. Ia memberitahu tentang Allah Sang Pencipta yang bersahabat dengan manusia oleh pilihanNya yang berbudi baik. Ia memberitahu bagaimana untuk menyenangkanNya dan memperoleh berkat-berkatNya dalam kehidupan. Ia memberitahu tentang hal-hal yang ajaib yang sedang menunggu di kehidupan akhirat bagi orang yang mentaatNya. Rahsia-rahsia alam semesta terbuka dan dijelaskan kepada para pembaca Alkitab yang rendah hati (1Kor 2:6-16).
Alkitab memberitahu tentang dosa yang pertama dengan janji yang disertai tentang penebusan oleh Anak dari keturunan perempuan pertama (Kej 3:15). Ia memberitahu tentang cara Ishak menemui Ribka, tentang Yakub mengasihi Rahel, tentang Yusuf memerintah Mesir, tentang Musa memimpin Israel keluar, tentang Daud membunuh Goliat, tentang Yesus dilahirkan kepada seorang perawan yang bernama Maria, tentang kematiannya di salib bagi dosa-dosa umatNya, dan tentang kebangkitanNya dari kubur dan kenaikkanNya ke syurga. Hal-hal ini ialah misteri yang besar (1Tim 3:16)! Ia langsung tidak diketahui oleh para pendidik, ahli-ahli filsafat, dan ahli-ahli sains di dunia.
Alkitab satu-satunya sumber untuk sejarah purba, dan ia ada puisi yang paling agung dari hati manusia yang terbaik dalam kitab Mazmur. Ia mengandungi hikmah yang terbaik dari Raja yang paling berhikmah dengan kata-kata singkat Amsal. Ia merumuskan eksperimen-eksperimen filsafat yang paling besar di dalam kitab Pengkhutbah, dan ia mempersembahkan kisah cinta yang paling hangat dalam kitab Kidung Jemaah. Tetapi injil dan surat-surat menjelas tentang drama unggul satu-satunya Allah yang sejati mengambil sesetengah orang sebagai anak angkat dari pemberontakan dan dari keterkutukan untuk menjadi anak-anak lelaki dan anak-anak perempuanNya!
Atau adalah kamu lebih suka mendengar tentang kenajisan dunia ini? Bagaimana pula dengan hal khayalantentang asal usul kewujudan yang dimegahkan Carl Sagan? Atau adakah kamu lebih suka khayalan-khayalan seorang pelupa yang bernama Charles Darwin? Akankah kamu menghangatkan dirimu dengan lagu romantik oleh Elton John tentang kekasihnya yang bernama Daniel? Atau adakah kamu lebih suka Michael Jackson yang berjanji untuk berada di sisimu? Patutkah kita mencari dewa dewi di kuil dewata Rom untuk kisah yang boleh dibandingkan dengan Alkitab? Atau adakah pengetahuan akan dewa dewi ini menjadi punca kejahilan dan meminum terlalu banyak wain dengan wajar menumpulkan minatmu?
Adakah kamu mengingini hal-hal yang betul? Puteri Hikmah ada itu untuk kamu. Dia hanya berbicara apa yang betul! Alkitab mengajar nilai kehidupan manusia dengan menuntut hukuman mati bagi jenayah membunuh (Kej 9:4-7). Ia mengutuk kepahitan atau pengkhianatan seorang suami terhadap isteri dan mengharapkannya untuk dipersonakan oleh persetubuhan dan penghasilan anak isterinya (Ams 5:19; Kol 3:19; Mal 2:10-16). Ia mengutuk kemabukan, tetapi memuji wain untuk menceriakan hati manusia; ia mengutuk sikap lahap, tetapi memuji jamuan pesta sebagai tindakan sembahyang kepada Allah (Ula 14:26; Neh 8:9-12).
Ia mengajar lelaki untuk bekerja keras, isteri untuk tunduk, anak-anak untuk taat, tuan untuk adil dan saksama, hamba supaya tidak menjawab balik, rakyat untuk membayar cukai, dan para penguasa untuk mengingati Penguasa mereka! Ia menyokong ucapan yang berbudi baik, kemurahan kepada binatang, menyokong orang miskin, menjimatkan wang, sanitasi [kebersihan] yang cermat, pakaian senonoh pada wanita, dan hormat kepada ibubapa yang tua. Ia mengutuk perempuan yang jelek, kemunafikan dalam agama, penipuan seksual, fitnah dan hal membawa mulut, pengguguran anak, hal menjudi, memakai agamauntuk wang, dan gurauan yang mempersendakan.
Alkitab mentakrifkan kasih dalam ayat yang paling istimewa dan yang paling menyeluruh yang pernah dikarangkan (1Kor 13:4-7). Ia mempersonifikasikan hikmah sebagai perempuan yang menyukakan dengan cara yang menarik dan yang sungguh berkuasa (Ams 8:1-36). Ia menjelaskan dengan cukup mendalam tentang kewanitaan yang paling sempurna (Ams 31:10-31). Ia membuktikan, menjelaskan, dan menjanjikan kebangkitan tubuh-tubuh yang mati (1Kor 15:1-58). Ia memberitahu tentang dua orang pendosa yang menemui belas kasihan dan pengampunan yang penuh di kaki dan pangkuan Yesus (Luk 7:36-50; 23:39-43).
Nas-nas kitab Kristian menjelaskan tentang drama di sebalik kewujudan alam semesta, mempersembahkan tema-tema yang paling unggul yang dapat difahami minda manusia, namun masih mencatatkan dosa-dosa keji bagi watak-watak Alkitab yang paling disanjungi. Ia memberi arahan dan dorongan untuk kehidupan dermawan dan menyediakan sebab dan rawatan untuk setiap kedurjanaan dan kemerosotan bangsa-bangsa. Asal usul, faktor-faktor, dan pengakhiran kejahatan dikenalpastikan sepenuh-penuhnyadengan janji-janji yang besar akan harapan untuk masa depan. Ia memperlihatkan sifat dan niat aktiviti malaikat yang memberi kesan kepada syurga dan bumi.
Masa depan seluruh alam semesta diramalkan dengan garis masa yang menunjukkannya mendekati pengakhiran bentuknya yang semasa ini. Syurga dan bumi akan tidak lama lagi lebur dengan kehangatan yang membara, ketika Allah Yang Maha Kuasa mengutus AnakNya sendiri untuk menghakimi setiap manusia yang pernah dikandung, dan orang-orang pilihan dari antara manusia akan mewarisi alam semesta, yang akan dengan sehabis-habisnya dipulihkan kepada kesuciannya yang asal. Hal-hal demikian jauh melebihi kumpulan pemikir yang terbaik di Oxford atau di Columbia dan kalau dibandingkan adalah seumpama cahaya yang jauh melebihi kegelapan.
Puteri Hikmah menawarkanmu perpustakaan ilahi yang paling menakjubkan dalam nas-nas Alkitab, yang mengandungi enam puluh enam buku, yang memakai setiap jenis karya sastera yang kamu perlu atau ingini, dengan penekanan kepada arahan, pengetahuan, pemahaman, dan hikmah bagi kejayaanmu di hadapan Allah dan manusia. Akankah kamu dengar? Mengapakah kamu menipu dirimu sendiri akan kebenaran dan hikmah? Apakah yang sebegitu penting dalam kehidupanmu sehingga kamu tidak dapat atau tidak akan menjadikan hal mengejarnya sebagai cita-citamu yang paling tinggi?
Tetapi melebihi segalanya, Alkitab memberitahu tentang Putera yang paling gemilang, paling berjaya, dan yang paling murah hati yang tidak pernah dibayangkan dunia, yakni Tuhan Yesus Kristus, iaitu Yang terkasih, Raja dan Juruselamat umatNya (Maz 46:1-17; Kid 5:9-16; 1Tim 6:13-16; Wah 5:1-14; 19:11-16). Dari permulaan Alkitab sampai kepada pengakhirannya, Alkitab memberi kesaksian tentang Manusia yang paling mulia – Yesus Anak Allah (Kej 3:15; Yoh 5:39; 1Yoh 4:1-6; 5:5-13; Wah 22:20-21).
Apakah yang sedang kamu buat dengan Puteri Hikmah? Adakah Alkitabmu sedang mengumpulkan habuk di almari? Adakah ia sangat sukar bagimu untuk bergomol membaca satu bab setiap hari? Jika kamu membenci hikmah firman Allah, maka kamu pasti mengasihi maut (Ams 8:36). Jika kamu mengasihinya, kamu akan menemuinya dan lebih-lebih lagi (Ams 8:11,17-18). Kamu diberkati untuk membaca amsal ini pada hari ini, sebab kamu ditawarkan hal-hal yang cemerlang dan yang betul, yang telah dirahsiakan dari banyak generasi yang lain (Mat 13:16-17).