Amsal · Proverbs

9:2
Dia telah menyembelih haiwannya; dia telah mencampuri wainnya; dia juga telah menyediakan sajian mejanya.

Dunia punya perempuan yang paling diingini telah menyediakan jamuan yang sungguh elok bagimu. Dia telah berjerih lelah untuk memperoleh daging, minuman, dan sajian. Dia mengundangmu untuk makan bersamanya, dan dia akan mengasihimu dan berkawan denganmu untuk seumur hidupmu (Ams 8:17). Apakah yang menahanmu untuk menjunam masuk ke dalam situasi yang sungguh mengalu-alukan ini, yang telah dirancang Allah supaya disebut Salomo kepadamu?

Dia itu Puteri Hikmah, dan dia menawarkan pengetahuan, pemahaman, dan hikmah. Akankah kamu menerima undangannya? Sementara sedang menyambung cerita personifikasi hikmah sebagai perempuan yang sempurna, yakni Puteri Hikmah, Salomo menjelaskan persiapan dia untuk jamuan dua orang. Lihatlah ulasan 9:1. Inilah undangan sepanjang hidupmu! Untuk mengabaikannya adalah untuk menjadi orang bebal yang paling besar!

Penghkutbah memakai beberapa kaedah untuk mengajar hikmah kepada anak lelakinya, dan di sini dia telah memberi suatu ganti yang bermusuhan dengan perempuan asing, atau pelacur, yang membinasakan lelaki muda. Dalam satu bab yang singkat, dia telah menjelaskan akhlak dan kemajuan perempuan yang asing (Ams 9:13-18), dan dia juga telah menjelaskan tawaran percuma Puteri Hikmah (Ams 9:1-5). Biar setiap pembaca yang berhikmah menghargai kreativiti dan keberkesanan kesusasteraan dalam pertandingan memenangi jiwa-jiwa manusia.

Sejak Banjir Besar itu, sayur-sayuran tidak pernah menjadi dasar untuk makanan yang elok. Itu hanya dimakan ketika orang terlalu miskin untuk mampu membeli makanan yang benar – daging. Sayur-sayuran ialah ciptaan yang baru, suatu kegilaan pada beberapa generasi yang baru-baru ini. Jamuan dan pesta/kenduri, tidak berdasarkan salad dan sayur. Ia melibatkan daging, secara am bukan ikan atau burung pun. Daging batang pinang, kaki domba, Beef Wellington [daging lembu yang disaluti pastri], rusuk, daging anak lembu panggang: inilah hidangan-hidangan utama untuk makanan mewah.

Ketika Abraham mengundang Tuhan, dia tidak menyinggung Tuhan dengan salad; dia menyiapkan roti segar, susu, dan mentega untuk disertakan bersama hidangan daging panggang anak lembu (Kej 18:1-8). Tuhan tahu manusia mengingini lembu jantan dan domba untuk makanan yang benar (Ula 14:26). Daud beraya dengan memberi setiap orang sekerat daging dan satu flagon wain (2Sam 6:19). Yesus melipatgandakan sandwic ikan di dua peristiwa dan Sendiri menyiapkannya di suatu peristiwa yang lain (Yoh 6:5-13; 21:9-13).

Amalan vegetarian [makan sayur sahaja] ialah dusta paganisme zaman moden, yang merupakan penolakan Allah sejati dan FirmanNya untuk menyebelahi ketahayulan dan dongeng manusia dan sembahyang binatang secara panteistik [sembahyang semua allah] (1Tim 4:1-3; Kol 2:20-23). Allah telah memberi manusia kekuasaan atas binatang pada waktu ciptaan (Kej 1:26-28), dan dia memberitahu manusia untuk makan daging selepas Banjir itu (Kej 9:1-4). Korban-korban yang telah Dia pilih di bawah hukum Musa ialah terutamanya daging lembu/kambing, dan umatNya diajar bagaimana untuk kerap kali makan daging lembu/kambing.

Daging ialah makanan yang paling padat nutrien yang dikenali manusia. Biar lembu makan 50 kilogram sayur di ladang – memakannya dua kali bagimu – dan kamu hanya perlu makan 200 gram stik. Biar hikmah Allah mengajarmu pelajaran yang mudah ini. Puteri Hikmah, dalam keinginannya untuk menyenangkan orang, dan dengan hikmah Salomo tentang menu, merekabentukkan suatu hidangan istimewa daging binatang yang berbagai-bagai. Selamat membuka selera!

Mana mungkin pemakanan menjadi elok kalau tanpa wain yang elok? Puan rumahmu bukan sahaja membuka satu botol; dia telah membuka banyak botol, supaya mencampuri pelbagai jenis anggur untuk menghasilkan suatu campuran dengan rasa dan sifat-sifat yang sempurna bagi jamuannya. Puteri Hikmah tahu bahawa wain ialah salah satu ciptaan Allah yang elok untuk menceriakan dan menggembirakan hati manusia (Maz 104:14-15; Ams 31:6-7). Dia tahu Allah hanya mengutuk kemabukan (Ams 23:20-21).

Apakah yang harus kamu makan bersertakan wain campuran? Sudah tentulah roti (Ams 9:5)! Ini merupakan hikmah tambahan daripada Tuhan! Tiada apa pun yang lebih baik daripada roti dan wain, yang merupakan sebab mengapa Melkisedek, imam Allah Yang Maha Tinggi, menghidangkan gabungan itu kepada Abraham (Kej 14:18). Kalau digabungkan dengan daging, maka kamu ada hidangan utamarestoran-restoran sedunia yang paling mewah, dan ini dikenalpastikan oleh Salomo 3000 tahun dahulu. Perjamuan Tuhan pun memakai roti dan wain.

Meja hidangan sudah siap. Lilin sudah dinyalakan. Kain linen dan kain sapu, pinggan mangkuk kaolin dan sudu gerapu perak, dan hiasan semuanya tiada cela. Suasananya keagungan dan mengalu-alukan. Apakah lagi yang dapat dibuat untuk menjadikan hidangan dan suasana lebih baik? Tiada apa pun! Hidangan itu sempurna.

Hai pembaca, akankah kamu menerima tawarannya yang paling murah hati? Hikmah dan pemahaman ditawarkan kepadamu pada hari ini. Akankah kamu merendahkan dirimu di hadapan arahan-arahan amsal ini, kitab-kitab kudus Allah, dan pelayan-pelayanNya untuk belajar jalan kehidupan dan kewajaran? Atau akankah kamu selalu tersandung dalam kehidupan tanpa sebarang pengetahuan akan penyebabnya dan sebaliknya pula mudah dipesongkan perempuan asing?

Jika kamu menolak tawaran Puteri Hikmah, kamu akan dihukum (Ams 4:19; 13:15; 15:10). Dan ketika kamu paling memerlukannya, dia akan dengan penuh kewajaran menarik tawarannya dan akan mengetawakan kecelakaanmu (Ams 1:20-32).

Hai pembaca Kristian, ada jamuan percuma akan lemak-lemak injil. Rendahkanlah dirimu di hadapan Yesus Kristus dan sertailah salah satu gerejaNya untuk menikmatinya (Yes 25:6-8; 55:1-4; Flp 1:5).

Jika kamu mengasihi kebenaran Allah, maka kamu tidak akan berpuas dengan susu atau diet bayi atau kanak-kanak, kamu akan mendambakan daging kaya doktrin yang sihat (Ibr 5:12-14; 2Tim 4:1-4).

Mungkinkah adanya jamuan yang tiada daging? Sememangnya ada! Jamuan di Wasiat Baru terang-terang merupakan roti dan wain, iaitu unsur-unsur gambaran yang mengingati kita akan kematian Yesus Kristus (1Kor 5:7-8; 11:20-21).

Jamuan yang paling besar belum sampai lagi – Pesta pernikahan Anak Allah. Hanya orang yang telah merendahkan diri di hadapan injil dan yang sudah ditemui berpakaian nikah yang disediakan Anak Allah akan dapat menyertai makan malam ini (Mat 22:1-14; Wah 19:9). Dan semua yang menolak Raja ini akan sendiri menjadi makanan untuk burung-burung pemangsa pada waktu jamuan Allah Yang Maha Besar ini (Wah 19:17-21). Biar setiap pembaca berhati-hati akan bagaimana dia menyambut undangan ini.