Amsal · Proverbs

10:14
Orang berhikmah mengumpulkan pengetahuan: tetapi mulut orang bebal menghampiri kebinasaan.

Orang berhikmah harus mengkaji dan mengumpulkan pengetahuan sebelum berucap. Orang bebal berucap tanpa kajian, dan gedung pengetahuan mereka, iaitu minda mereka, adalah kosong. Di sinilah perbezaan yang jelas di antara orang berhikmah dan orang bebal – yang satu tahu apa yang sedang diucapkan, yang satu lagi berucap dengan kejahilan.

Kamu pernah melihat dan mendengar kedua-dua orang tersebut. Orang berhikmah segan-segan sebelum bertutur, dan dia berhati-hati sebelum berucap. Dia berhati-hati dalam tuntutannya, teliti dalam pengisytiharaannya, dan terkawal dalam ucapannya. Si bebal pula suka bercakap. Kalau berbual dengan seseorang, dia kurang berhenti bercakap, meskipun untuk menarik nafas. Di dalam kumpulan pula, dia menguasai perbualan, sementara dia terus-menerus melambak keluar kata-kata dari mulutnya.

Orang berhikmah, oleh kehematan dan keseganan bertutur, adalah selamat (Ams 15:2; 16:23; 20:5). Orang berhikmah, ketika ditanya soalan, akan harap untuk membuat kajian sebelum dia menjawab, kecuali dia pasti akan pengetahuannya berkaitan subjek yang sedang dibincang (Ams 15:28; 24:26; 25:11; 29:11). Dia tekun untuk belajar segalanya yang dapat dipelajari, dan hanya selepas itu dia menawarkannya kepada orang lain (Ams 1:5; 9:9; 18:1,15).

Si bebal, yang suka bunyi kata-kata mereka, menyangkutkan diri ke dalam masalah besar. Mereka terlebih berjanji bagi transaksi kewangan (Ams 6:1-5); mereka berselisih sebelum mengenal fakta-faktanya (Ams 25:8); mereka berbisik dengan bebal tentang orang lain (Ams 25:9-10); mereka mendedahkan diri mereka terlalu awal (Ams 29:11); dan inilah hanya setengah daripada kesalahan-kesalahan mereka. Mereka terlalu banyak bercakap danterlalu kurang tahu. Kata-kata mereka yang banyak menyatakan diri mereka sebagai bebal, dan mereka tidak lama kemudian dibinasakan kerana kejahilan.

Orang berhikmah mengumpulkan pengetahuan; si bebal menghamburkan kata-kata. Orang berhikmah belajar; si bebal bertutur. Orang berhikmah minat akan kebenaran; si bebal kebimbangan tidak didengar orang. Orang berhikmah tangkas mendengar dan perlahan berucap; si bebal perlahan mendengar dan tangkas berucap. Orang berhikmah memandang hina si bebal. Orang berhikmah bertumbuh dalam keredaan dengan Allah dan manusia; si bebal pula dipandang hina dan ditolak oleh kedua-dua mereka.

Jadilah orang berhikmah dengan mulutmu, dan itu akan membawa kejayaan. Kamu bermula dengan belajar untuk kurang berucap dan lebih mendengar (Ams 17:27-28; Yak 1:19). Tekankan pembelajaran melebihi ucapan (Ams 15:28; 22:17-21). Pastikan dirimu menanggapi situasi sebelum menjawab (Ams 18:13; Yoh 7:24). Kamu kemudian memastikan setiap perkataan adalah sesuai dengan waktunya (Ams 15:23; 25:11). Dan kemudian kamu mempersembahkan setiap perkataan dengan berbudi baik (Kol 4:6).

Allah Yang Maha Kudus sedang datang untuk menghakimi manusia bagi kata-kata mereka (Mat 12:37). Kamu akan memberi perhitungan bagi setiap perkataan kosong – perkataan yang tiada pembelajaran atau yang tiada sebab yang wajar (Mat 12:36). Dan Dia membenci borak bebal dan gurau senda, yang sudah biasa dengan generasi ini (Efe 5:3-7). Sudahkah kamu bersiap untuk bertemu dengan Hakim ini? “Biarlah kata-kata mulutku, dan renungan hatiku, dapat diterima di hadapan matamu, ya TUHAN, kekuatanku dan penebusku” (Maz 19:14).