Amsal · Proverbs

10:18
Dia yang menyembunyikan benci dengan bibir yang menipu, dan dia yang mengucapkan sesuatu fitnah, ialah seorang bebal.

Disinilah dua cara mudah untuk berdosa dengan pertuturanmu. Kamu boleh jadi seorang munafik dan memakai kata-kata yang bersopan untuk memperdayakan orang dan menyembunyikan kepahitan dan dengki di dalam hatimu. Atau, kamu boleh menyebarkan khabar yang dusta dan yang berniat jahat tentang seseorang kepada orang yang lain. Kedua-dua dosa ini ada cukup banyak pada zaman ini. Kejujuran tulus dan integriti – iaitu yang jelas dan dinyatakan kepada semua orang – adalah jarang.

Pembaca, adakah kamu nampak apa yang dituliskan kemudian oleh Solomo, orang berhikmah ini? Dia telah menulis, “Di dalam kebanyakan perkataan pasti tiada kekurangan dosa: tetapi dia yang menahan bibirnya berhikmah” (Ams 10:19). Ia adalah sukar untuk bercakap banyak sambil mengelak dosa – sebab setiap perkataan meningkatkan kemungkinan dosa. Jadi, pengkhutbah ini telah memberi nasihat yang berhikmah tentang menutupi bibirmu dan jangan cakap banyak (Ams 17:27-28; Yak 1:19).

Apabila nabi Yesaya nampak TUHAN, dia menjadi sangat takut kerana dosa bibirnya (Yes 6:1-7). Dia berkata, “Celakalah aku! Sebab aku telah binasa; kerana aku seorang yang berbibir najis, dan aku berdiam diantara orang yang berbibir najis: sebab mataku telah nampak Sang Raja, yakni TUHAN alam semesta” (Yes 6:5). Pandangan yang betul akan Allah akan menjadikan kamu benci pertuturanmu (Maz 4:4)!

Rasul Yakobus yang tajam mulut tidak berbelas kasihan kepada lidah. Dia berkata, “Dan lidah itu api, yakni suatu dunia penuh dengan ketidakadilan: demikianlah lidah itu diantara anggota-anggota kita, sehingga ia mencemarkan seluruh tubuh, dan menyalakan perkitaran kehidupan dengan api; dan ia dinyalakan dengan api neraka” (Yak 3:6). Dia berkata, “Tetapi bagi lidah, tidak seorangpun yang dapat menjinakkannya; ia adalah sesuatu kejahatan yangtak terkawal, dan yang penuh dengan racun yang mematikan” (Yak 3:8).

Lidahmu dipanggil sebagai kemuliaanmu ketika dipakai untuk memuji Allah (Maz 16:9; 30:12; 57:8; KPR 2:26). Tetapi ia juga dipakai untuk mengutuk manusia. “Dengannya kita memberkati Allah, yakni Bapa kita; dan dengannya kita mengutuk manusia, yang telah dijadikan menurut gambar Allah. Daripada mulut yang sama keluar berkat dan kutuk. Saudara-saudaraku, hal-hal ini tidak patut terjadi” (Yak 3:9-10).

Kamu seorang bebal jika kamu menyembunyikan benci dengan kata-kata yang sopan santun. Daripada mengampuni orang lain dan menamatkan persengketaan, orang bebal menutupi benci di dalam hati mereka dengan bohong. Ia sungguh buruk apabila kejahatan sedemikian berada di dalam gereja. Daud berdoa supaya diselamatkan daripada orang munafik sebegini, yang tangan kanan mereka ialah tangan kanan kepalsuan dan mulut mereka mengeluarkan pura-pura kosong (Maz 144:7-8,11).

Kamu seorang bebal jika kamu mengumpat orang lain. Fitnah adalah penipuan untuk menyebarkan maklumat yang palsu atau sindiran tentang orang lain. Mencucuk, membawa mulut, dan berbisik memang menyampaikan kebenaran tentang orang lain, tetapi ia adalah maklumat yang mencemari nama baik orang itu. Dosa memfitnah itu adalah pelanggaran hukum yang ke-enam tentang membunuh, dan hanya orang yang sangat busuk hati akan melakukannya. Kongkong dirimu supaya hanya mengucap benda yang baik tentang orang lain.

Jika kamu berhikmah, lidahmu itu kemuliaanmu – untuk memuji Allah dan membina orang lain (Maz 30:12; 108:1). Ia adalah suatu keistimewaan untuk menaikkan sembahyang dan untuk memberi makan kepada orang disekelilingmu. Jika kamu seorang bebal, ia adalah kekutukanmu – suatu alat untuk kemunafikan dan untuk membunuh. Ia sungguh mudah untuk menipu dan merosakkan nama baik orang lain apabila dia atau saksi-saksinya tidak hadir untuk menentang kamu. Jadilah berhikmah (Ams 18:21; Efe 4:29; Kol 4:6)! Kamu akan mempertanggungjawabkan setiap perkataan yang keluar daripada mulutmu itu (Mat 12:34-37).