Amsal · Proverbs

10:19
Di dalam banyak perkataan tiada kekurangan dosa: tetapi dia yang menahan bibirnya berhikmah.

Peraturan yang mudah bagi hikmah adalah untuk membahagi dua perkataanmu. Banyak perkataan dan banyak percakapan dengan sungguh besar membangkitkan peluang untuk berdosa dengan bibirmu. Oleh sebab risiko yang berbahaya ini, hikmah mengajarmu untuk mengurangkan bilangan perkataanmu dan mengekalkan senyap lebih lama dari biasa.

Orang berhikmah dengan serius merenung selepas banyak bercakap, sebab dia mengingati amaran yang serius di bahagian pertama amsal ini. Jika dia mengucap banyak perkataan, dia ada kemungkinan besar sudah berdosa di dalam pertuturannya dan nampak seperti orang bebal (Pkh 5:3). Di dalam konteks ini, kesenyapan menjadi emas.

Allah hikmah memberitahumu untuk lebih lekas mendengar dan lebih perlahan untuk berbicara (Yak 1:19). Jika kamu telah menekankan pendengaran dan mahir akan itu, kamu akan ada kurang masa untuk bercakap. Jika kamu perlahan dan kurang ingin untuk bercakap, kamu akan ada roh yang cemerlang (Ams 17:27).

Pertimbangkanlah kata-katamu dengan berhikmah sebelum kamu bercakap, daripada menyesal sesudah ia diluahkan. Meskipun kamu tidak seberapa pintar, jika kamu boleh mengurangkan perkataanmu, orang di sekelilingmu akan menganggap dirimu sebagai berhikmah – inilah peraturan daripada Solomo untuk menambahkan reputasimu (Ams 17:28).

Ya, hai pembaca, tidakkah kamu membazirkan banyak jam yang pedih kerana harus mengimbas kembali kata-kata yang telah diucapkanmu? Adakah kamu kerap kali berkata, “Sekiranya aku tidak mengucapkan itu”, atau, “Mengapakah aku menyatakan itu?” Kemalangan demikian bolehlah dikurangkan, jika kamu hanya menahan bibirmu daripada pertuturan kosong atau pertuturan bebal. Jika kamu menahan lidahmu, maka kamu tidak perlu khuatir akan perkataan yang telah terlepas daripada mulut.

Hikmah adalah mudah – bahagi-duakan kata-katamu. Kurangkan pertuturanmu. Lidah ialah api, maka padamlah percikan apinya dengan menelan kata-kata (Yak 3:1-12). Lidah boleh membawa maut; maka pakainya dengan perlahan-lahan (Ams 18:21).

Perkataan dan dosa bukanlah ilmu matematik, tetapi sebaliknya merupakan suatu perhubungan geometri. Kata-kata yang berlebihan daripada apa yang perlu mengandungi paling banyak dosa-dosa lisanmu; dosa-dosa itu bertambah dengan deras sekali lebih lama kamu bercakap (Pkh 10:13). Jika kamu menelan kata-kata ekstra itu yang tidak perlu, maka kamu dengan mudah membahagiduakan kata-katamu, dan kamu akan menghentikan banyak dosa. Membahagi kata-katamu kepada 50% akan mengurangkan dosa-dosa pertuturanmu dengan 90%! Hikmah adalah mudah! Kekanglah mulutmu (Maz 39:1)!

Jikalau kanak-kanak membahagiduakan kata-kata mereka, maka ternyata kuranglah kebebalan, kurang gurau yang mempersendai adik-beradik, kurang tidak menghormati ibubapa. Jika isteri melakukannya, maka mereka akan menjadi kurang jelek, kurang suka berbalah, dan kurang suka memerintah. Jika para pekerja bergaji melakukannya, maka para pengurus akan mendapati kerja mereka lebih mudah dan keberhasilan dan perpaduan akan semakin meningkat. Jika orang yang marah, berdendam, dan yang durjana melakukannya, maka jiwa-jiwa yang terluka akan kurang berdarah. Jika orang bebal melakukannya, maka mereka akan dianggap sebagai berhikmah.

Sudah tentulah, ada banyak orang yang kurang bertutur, dan amsal ini tidak kena-mengena dengan mereka. Mereka harus memakai lebih banyak perkataan untuk berbudi baik dan menjadi pokok kehidupan kepada orang lain. Jika mereka tidak belajar untuk bertutur, maka kehidupan mereka akan kurang bernilai bagi sesiapa pun, dan mereka merupakan suatu punca kekecewaan dan kegeraman kepada orang lain. Hikmah sejati memberi makan kepada banyak orang (Ams 10:21).