11:15
Dia yang menjadi penjamin bagi orang asing akan dipedihkan oleh itu: dan dia yang membenci penajajaminan adalah pasti.
Bencilah risiko! Cintailah jaminan, insuran, dan keselamatan diri! Bencilah keterlampauan berbelanja! Cintailah perbelanjaan yang ada di dalam kemampuanmu! Pengurusan kewangan yang berhikmah melibatkan pengurangan risiko. Hanya orang bebal ketawa akan risiko dan mendedahkan aset-aset mereka atau pendapatan mereka kepada kerugian atau kepada liabiliti bersyarat. Raja Solomo tahu anak lelakinya akan tergoda untuk menjamin atau saling menandatangani pertanggungjawaban hutang orang lain, dan dia kerap kali memberi amaran terhadap risiko yang bebal ini dalam kehidupan anak lelakinya (Ams 6:1-5; 17:18; 20:16; 22:26-27; 27:13).
Menjadi penajajamin untuk orang asing bermaksud untuk menjamin perlaksanaan sesuatu tindakan atau bayaran untuk sesuatu keberhutangan. Contoh yang paling biasa untuk tindakan yang bebal pada hari ini ialah saling menandatangani pertanggungjawaban janji pinjaman. Akankah kamu menandatangani suatu pinjaman untuk orang asing? Hanya orang bebal akan mempertimbangkan hal sebegitu! Tetapi Raja Solomo tahu bahawa anak lelakinya, sebagai putera diraja Israel, akan tergoda oleh banyak permohonan untuk memberi tandatangannya atau meterainya kepada orang-orang asing supaya mengesahkan mereka dalam urusan-urusan perniagaan.
Amsal ini mengisytiharkan bahawa risiko boleh membawa kepedihan masa depan – dia yang menjadi penjamin bagi orang asing akan dipedihkan oleh itu. Tetapi jika seseorang membenci risiko yang terlibat dalam penajajaminan, dia menjadi pasti. Dia telah mengurangkan risiko kewangannya, dan dia ada lebih banyak kemungkinan untuk menjadi berjaya. Orang berhikmah akan meminimakan risiko pendapatannya dan aset-asetnya, kerana liabiliti bersyarat boleh kembali untuk meyakitimu, seperti ketika orang asing tidak membayar, dan kamu sendiri yang harus bayar baginya (Ams 22:26-27).
Jika kamu perlu atau ingin membantu seseorang dengan menandatangani suatu pinjaman atau menjamin sesuatu hutang, pastikan dua perkara. Pastikan kamu mengenalnya dengan baik-baik dan boleh bergantung kepadanya untuk memenuhi keberhutangannya. Dalam kes yang demikian, keterlibatanmu adalah semata-mata untuk memberi keyakinan kepada si pemiutang yang berhati-hati atau yang ragu-ragu. Lagi pula, kamu perlu memastikan bahawa kamu mampu membayar hutang itu tanpa menghimpit gaya hidupmu atau menghalang keadaanmu sendiri, jika kamu terpaksa untuk membayarnya.
Sesetengah orang Kristian menolak insuran – mereka menganggap bahawa hidup melalui iman bermaksud untuk tidak mempedulikan risiko dan percaya bahawa Allah akan menjaga mereka. Ini ialah ajaran sesat yang bebal. Allah mengharapkan orang untuk memakai kepandaian mereka dan kekuatan mereka untuk melindungi diri mereka sendiri, janji mereka percaya Allah untuk memberkati usaha-usaha mereka. Sementara ia terpulang kepada Allah untuk membina rumah dan menjamin keselamatan kota-kota, masih ada keperluan untuk para pembina dan para penjaga (Ams 16:9; 21:31; 30:26; Maz 127:1-2; Yak 4:13-15). Orang-orang ini tidak pernah konsisten: mereka masih mengunci pintu, makan vitamin, memakai tali pinggang, memegang payung, dan sebagainya.
Orang berhikmah melindungi dirinya daripada bahaya dan liabiliti-liabiliti bersyarat (Ams 22:3; 27:12). Dia memahami keperluan untuk mengelak risiko sebagai salah satu tugasnya daripada Allah. Dia memakai setiap langkah pencegahan yang mungkin, daripada berinsuran sepenuh-penuhnya kepada menanggung tanggungan dengan sungguh perlahan. Dia merayu kepada Tuhan untuk memberkati usaha-usahanya, melindunginya daripada apa yang dia tidak dapat melihat, dan membuka pintu-pintu peluang yang tidak dapat dilihat. Dia mohon dan percaya kepada Allah untuk memakmurkan pemakaian hikmah dan usahanya.
Jika kamu menanggung risiko secara tidak perlu, meskipun kamu tuntut kamu percaya Allah sedang melindungimu, kamu sudah bersalah kerana mencubai Tuhan. Syaitan mengambil Yesus ke puncak bait suci Yerusalem dan mencubaiNya untuk terjun ke bawah berdasarkan janji Allah untuk mengutus malaikat untuk melindungiNya daripada jatuh (Mat 4:5-7; Maz 91:11-12). Yesus tahu janji itu, tetapi Dia tidak mahu terjun. Dia tahu itu perbuatan mencubai Allah. Mengapa? Kerana Dia dapat memakai tangga untuk turun! Dia tahu janji itu hanya dipakai di dalam situasi yang di luar kawalan manusia, ketika dia tidak memiliki apa pun jalan yang lain.
Orang yang melulu, mengikut gerak hati, atau yang bebal kerana tidak mengendahkan risiko akan dihukum – mereka akan dipedihkan oleh itu. Orang yang berhati-hati, konservatif, dan yang tidak suka risiko akan beroleh selamat; mereka akan maju dalam kehidupan dengan pelindungan yang teguh daripada masalah. Mereka berhikmah. Bencilah risiko. Jangan saling menandatangani pinjaman, kecuali diperlukan dan di dalam kemampuanmu. Lindungilah dirimu terhadap kerugian-kerugian yang besar dalam setiap aspek kehidupanmu dengan insuran. Percayalah kepada Tuhan untuk memberkati langkah-langkah melindungi dirimu sendiri.
Apakah yang harus kamu buat pada hari ini untuk mengurangkan risiko dalam kehidupanmu dan menambahkan perlindunganmu? Dapatkanlah insuran di mana kamu sedang kekurangan perlindungan? Mengkaji semula terma-terma dan perlindungan semua polisi? Memindahkan wang ke pelaburan yang lebih selamat? Minta keluar daripada suatu pinjaman yang telah kamu tandatangani untuk orang lain (Ams 6:1-5)? Keluarkan nama anak-anak remajamu daripada polisi insuran automobilmu? Mengesahkan pencapaian para pekerjamu disyorkanmu bagi suatu pekerjaan? Pasang lampu keselamatan di mana diperlukan? Mempelbagaikan pelaburan?
Sebelum meninggalkan pengajian amsal ini, pertimbangkan Penajajamin yang telah membuat pencapaian bagi anak-anak Allah, iaitu Tuhan Yesus Kristus (Ibr 7:22). Walaupun merupakan musuh dan orang asing, Dia bersetuju dalam waad dengan Allah untuk menanggung salib dan menderita maut bagi pihak mereka. Melalui bayaran itu, Dia telah menebus mereka kepada Allah untuk selama-lamanya (Rom 5:6-10). Adakah Dia melanggari peraturan amsal ini? Sesekali pun tidak mungkin! Dia tahu bahawa Dia mampu membayar harga sepenuhnya bagi mereka (Yes 53:10-12). Amin.