Amsal · Proverbs

11:16
Perempuan yang berbudi baik mengekalkan kehormatan: dan lelaki kuat mengekalkan kekayaan.

Di sinilah salah satu amsal yang paling baik. Ia mempunyai peraturan yang mudah bagi perempuan untuk menjadi hebat dan peraturan yang mudah bagi lelaki untuk menjadi hebat, dalam hanya beberapa perkataan. Jika kamu cuba memberi pangkat kepada amsal berdasarkan kesingkatan, hikmah, nilai dan kejelasan, ini salah satu amsal yang paling baik. Cintailah sebelas perkataan ini dengan hikmah yang disampaikannya.

Hai perempuan yang berharga, adakah orang lain suka dan memujimu? Jika demikian, kamu berbudi baik. Jika mereka tidak, kamu menjelekkan (Ams 30:21-23). Peraturannya mudah sahaja. Untuk mendapatkan nama baik dan yang disegani dengan penuh keredaan oleh orang lain, kamu harus belajar berbudi baik dan mengamalkannya dengan tekun (Ams 22:1,11).

Budi baik akan membuat orang mengasihi dan menyeganimu. Mereka akan menandaimu sebagai menarik, suka persahabatanmu, mengingini persahabatanmu, memuji semangatmu, dan memakaimu sebagai teladan nilai-nilai murni. Kekurangan budi baik akan menjauhkan ciri-ciri ini daripadamu. Peraturannya mudah sahaja.

Hai lelaki yang berharga, adakah asetmu bertambah beberapa tahun kebelakangan ini? Jika demikian, kamu kuat. Jika tidak, kamu lemah. Peraturannya mudah sahaja. Jika kamu memerlukan pertumbuhan kewangan yang lebih besar, kamu perlu memperbetulkan kelemahan kewanganmu, yang telah diajar dalam buku Amsal ini (Ams 12:11; 13:4; 21:20).

Kekuatan menahan lelaki daripada godaan untuk memboros dan menghilangkan wang. Lelaki yang kuat tidak mudah terpengaruh oleh kebebalan kewangan. Kelemahan itulah yang menyebabkan lelaki berbelanja terlampau banyak, mengejar kesia-siaan, dan mengejar idea-idea bebal yang membawa kerugian. Peraturannya mudah sahaja.

Jika kamu membaca amsal ini dengan cepat tanpa meyelidiki kehidupanmu sendiri, maka kamu bebal, pemberontak, dan angkuh. Inilah firman kudus Allah! Jika kamu hilang ujian bagi jantinamu, kamu harus membuat apa pun perubahan yang diperlukan untuk mentaati hikmah yang diberikan di sini. Inilah firman kudus Allah!

Hai pembaca yang berharga, seorang perempuan ialah makhluk ajaib Allah yang diciptakan untuk Adam (Kej 2:18). Jika ia berperangai baik, maka dia merupakan hak milik lelaki yang paling diingini (Ams 12:4; 18;22; 19:14). Jika ia berperangai buruk, maka dia lebih pahit daripada maut (Pkh 7:26), dunia tidak boleh tahan akan dia (Ams 30:21-23), dan kebusukannya tidak dapat disembunyikan (Ams 27:15-16). Jika kecantikan pun tidak dapat menutupi perempuan yang jelek itu (Ams 11:22), maka, seorang perempuan dengan paras rupa yang sederhana tanpa berbudi baik ialah kesakitan besar kepada masyarakat.

Perempuan yang berbudi baik dipanggil “orang yang cantik.” Kelemah-lembutan dan sikap peramahnya itu memenangi orang lain. Dia tidak pernah menyakiti hati atau bersikap angkuh, selalu tidak menonjol dan senonoh, dan sungguh menarik dari segala segi. Dia bukan orang yang suka membantah atau yang kritikal. Dia selalu baik hati dan menjadikan orang lain berasa selamat dan mudah diterima. Tidak pernah ada ketegangan, kedinginan, atau kekasaran dengan perempuan ini.

Dia tidak mempunyai apa pun fikiran angkuh tentang dirinya dan bersumpah bahawa dia tidak berbudi baik. Dia mengehadkan ucapannya kepada kata-kata yang baik dan lemah-lembut, dan itu pun hanya kalau itu dapat menambah nilai. Dia suka menunduk dan ceria. Dia tidak pernah fikir dia dihutang apa pun oleh sesiapa pun. Dia seorang puan rumah yang hebat dan tidak melakukan apa pun yang menyakiti hati. Dia paling cemerlang. Setiap perempuan yang berhikmah akan belajar segalanya tentang ciri ini dan mencarinya dengan tekun untuk mendapatkannya.

Seorang perempuan yang jelek adalah bertentangan. Sikapnya yang kasar dan yang menyinggungkan menjengkelkan orang. Dia angkuh, tidak berbudi bicara, dan mengganggu dengan pelbagai cara. Dia bercanggah dan kerap kali ingin memberi pendapatnya. Dia menjadikan orang lain sungguh tidak selesa. Tiada sikap peramah dan kebaikan dengan perempuan ini. Kebanyakan orang menjauhinya. Perempuan yang berhikmah akan membenci makhluk ini.

Kehormatan seorang perempuan ialah kehormatan dan penghargaan tinggi orang lain terhadapnya. Pendapat keluarganya atau pendapat suaminya kurang penting. Apakah pendapat lelaki baik dan perempuan baik tentangnya? Di sinilah peraturannya. Adakah mereka menghargai kehadirannya? Adakah mereka memakainya sebagai teladan akan nilai-nilai murni? Adakah mereka memujinya? Adakah mereka mengasihinya dengan cepat dan dengan kekal? Inilah matlamat seorang perempuan yang kudus dan yang berakhlak mulia.

Budi baik mendapatkan kehormatan dan mengekalkan kehormatan. Peraturannya mudah. Perempuan yang berbudi baik selalunya dihargai. Jika kamu tidak dipandang tinggi oleh orang lain, kamu kekurangan budi baik. Oleh cermin firman Allah, kamu harus mengenalpastikan dan menutupi kecacatanmu yang jelek itu (Yak 1:21-25).

Jangan memperdayakan dirimu sendiri dengan memikir bahawa kamu berbudi baik, sebab hanya orang lainyang dapat menyukatnya oleh kesan perangaimu terhadap diri mereka. Kamu dapat tahu melalui bilangan, kualiti, kerinduan, dan kekariban kawan-kawanmu. Jangan nak lekas bersembunyi di dalam kebongkakan dan sikap menganggap diri sendiri benar itu.

Hai perempuan Kristian, firman Allah dan buku amsal ini dapat mengajarmu lebih tentang hal berbaik budi. Jika kamu dengan rendah hati mencari Tuhan, Dia akan memberimu hikmah dan kekuatan untuk memperoleh ciri yang mulia ini yang ada di dalam Daud dan Yesus (Ams 22:11; 1Sam 18:1-4; Maz 45:2; Luk 4:22).

Bagaimana pula dengan lelaki? Allah telah memberi lelaki ketakhtaan atas seluruh bumi (Kej 1:26; 2:15; 3:17-19). Dari kedudukan kekuasaannya itu, dia bekerja untuk memperoleh aset-aset bagi keluarganya (Ams 19:14; Efe 4:28; 1Tes 4:11-12; 1Tim 5:8). Seorang lelaki yang kuat bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan pendapatan yang baik (Ams 10:4; 21:5), dan dia meninggalkan suatu harta pusaka bagi anak cucunya (Ams 13:22).

Kekuatan ialah kuasa untuk berbuat sesuatu dan kuasa untuk menahan serangan. Seorang lelaki kuat ada kemampuan untuk melakukan pilihan yang berhikmah, melakukan apa yang betul, dan menahan godaan. Dia mampu menguasai roh kewangannya (Ams 16:32). Dia dapat melihat kemungkinan celaka yang ada dan mengelakkannya dengan langkah-langkah yang berhikmah (Ams 22:3). Dia bukan seperti lelaki lain kerana tidak takut untuk diberikan tugas-tugas yang sukar (Ams 20:4; 22:13).

Fikir secara kewangan. Seorang lelaki yang kuat tidak mudah terpengaruh oleh idea-idea kewangan yang sia-sia. Dia berdisiplin. Dia bersabar. Dia cekal hati. Dia bekerja keras dalam kerja yang menjemukan dan tidak membazirkan modal yang berharga itu untuk mengejar impian. Dia menolak semua percakapan tentang pendapatan mudah atau pelaburan yang memberi pulangan besar. Dia tahu bahawa pertumbuhan pendapatan datangnya daripada jerih lelah. Dia tidak mudah dialihkan perhatian.

Baca dan pertimbangkan. Dia tahan berbelanja ketika perlu. Dia kerja dua pekerjaan, jika ia diperlukan. Dia menabung wang meskipun ia bahagian wang yang untuk kegunaan sendiri. Dia membenci risiko; dia menghentikan kerugiannya awal-awal sebelum ia dapat menyakitinya; dan dia melabur dalam apa yang teguh dan selamat. Dia sangat jujur. Dia membayar semua cukainya. Dia tahu bagaimana memakai isterinya dan keluarganya dengan bijak untuk keuntungan kewangan.

Seorang lelaki lemah tidak dapat melakukan hal-hal ini, sebab dia mudah terpengaruh oleh kebebalan kewangan. Dia memberi perhatian kepada rancangan-rancangan sia-sia. Dia memikir adanya jalan pintas menuju ke kejayaan. Dia tidak dapat menghentikan perbelanjaannya, kerana dia terlalu lemah. Dia tidak menabung, sebab dia selalu ada suatu lagi benda untuk beli. Wang itu hangus dalam koceknya. Dia mengambil risiko; dia terlalu lama memegang pelaburan yang merugikan; dia melabur dalam idea-idea yang sia-sia. Dia mengejar impian. Dia terlalu ikut gerak hati dan tidak dapat melekat kepada rancangan jangka masa panjang.

Kekuatan akan mengekalkan kekayaan. Lelaki yang kuat akan ada aset pada akhirnya. Kebanyakan lelaki menjanakan banyak wang dalam perlanjutan hayat mereka, tetapi kebanyakan mereka tidak ada banyak pada akhirnya. Kelemahan akhlak itulah yang membiarkan kekayaan itu hilang. Ada lebih hikmah kewangan dalam Amsal daripada ijazah MBA di Harvard. Sudahkah kamu belajar hikmahnya? Sudahkah kamu memakai hikmahnya?

Amerika ialah tempat kesempatan. Tidak pernah berlakunya di sejarah suatu zaman yang dapat menjanakan banyak untung dengan kurang usaha berbanding dengan zaman ini – lima puluh tahun kebelakangan ini. Lelaki kuat akan dapat menunjukkan hasil untuk kelebihan itu. Jika kamu tidak maju, ada hikmah dalam firman Allah untuk menunjukkan mana kelemahanmu, dan kamu harus menghapuskannya. Lelaki kuat mengekalkan kekayaan. Peraturannya mudah sahaja.

Tetapi bagaimana dengan kekayaan yang benar, yakni berkat-berkat rohani dalam Yesus Kristus? Lelaki kuat akan mengekalkannya, sebab hanya lelaki lemah yang akan membiar apa yang didengar mereka itu melesap (1Tes 5:21). Ia tugasmu sebagai lelaki di rumah Allah untuk sungguh-sungguh berjuang bagi iman yang dahulu telah disampaikan (Yud 1:3). Pastikan dirimu menunjukkan lebih kekuatan untuk memelihara tiang dan dasar kebenaran daripada mengekalkan akaun simpanan dan kunci kira-kira (1Tim 3:15).

Hai lelaki Kristian! Di sinilah panggilanmu: “Kalian berjagalah, berdiri teguh dalam iman, perlakukan diri kalian seperti lelaki, jadilah kuat.” (1Kor 16:13). Agama Yesus Kristus bukan untuk lelaki bebal atau orang yang lemah jantung. Perlakukanlah dirimu dengan tekun untuk mengekalkan dan mempamerkan rahmat Allah dalam tutur kata dan tingkah laku dan untuk mempertahankan iman rasuli sehingga Yesus Kristus kembali. Lakukanlah kedua-duanya, dan jangan kurang salah satu pun daripadanya.

Tuhan Yesus Kristus ialah Lelaki yang paling unggul dalam budi baik dan kekuatan. Tiada lelaki lain yang pernah berbicara dengan budi baik seperti yang dia tunjukkan (Maz 45:2; Luk 4:22; Yoh 7:46), dan Dia tidak hilang seorang pendosa pun yang telah diberikan kepadaNya oleh Allah untuk diselamatkan (Yoh 6:39; 10:28-29; Ibr 2:13). Ia kesempatan besarmu dan tugasmu untuk belajar daripadaNya dan mengikuti teladanNya yang mulia dan makmur.