11:24
Ada yang menyerak, namun bertambah-tambah kaya; dan ada yang menahan terlebih daripada apa yang wajar, namun cenderung kepada kemiskinan.
Tidak satu pun sekolah perdagangan yang cukup maju untuk untuk mengajar hukum ekonomik ini. Universiti Harvard tidak. Universiti Stanford tidak. Sekolah Wharton di Universiti Pennsylvania pun tidak. Amsal ini ialah rahsia kewangan daripada Allah di syurga bagi umatNya. Memberi aset-aset kewangan akan menambahkan nilai bersih aset-aset kamu, sementara menahan wang akan membawa ke ambang kemiskinan.
Jika kamu ingin tahu rahsia membina kekayaan daripada Allah dan Raja Salomo, di sinilah rahsianya. Membelanjakan wang bagi apa yang mulia dan wajar akan membawa kemakmuran kewangan, tetapi menahan pemberianmu itu akan menjatuhkanmu. Di sinilah nasihat, bukan untuk melaburkan wang, tetapi untuk memberikannya. Ya benar; kamu telah membacakannya dengan betul; sebarkan wangmu untuk maju secara kewangan.
Amsal ini bukan suatu amsal yang bunyinya sesuai untuk kebajikan yang terdesak ataupun untuk penginjiltelevisyen yang tamak. Amsal ini ialah suatu aksiom daripada Raja yang paling berhikmah dan yang paling kaya yang pernah hidup di bumi. Dia mengajar di tempat yang lain untuk melemparkan rotimu ke atas air dengan memberikannya, kerana ia akan kembali kepadamu pada masa depan oleh berkat-berkat Allah (Pkh11:1-6; 2Kor 9:8-11; Fil 4:17-19).
Salomo telah membandingkan dua orang dalam amsal ini. Salah seorang banyak menabur wangnya dengan memberikannya kepada tujuan-tujuan yang salih, dan dia bertambah makmur secara kewangan. Walaupun dia sedang mengeluarkan wang untuk diberi, kemakmuran akaunnya semakin hari semakin bertumbuh. Orang yang lain pula mengumpulkan aset banyak-banyak dan melindunginya dengan tidak memberi pada waktu perlu memberi atau tidak memberi sebanyak seperti yang patut diberikan, lalu dia menjadi semakin miskin.
Orang bebal mencemuh hikmah Allah. Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) yang paling ulung pun ketawa terhadap idea-idea yang sebegitu tidak masuk akal. Bagaimana mungkin kamu mendermakan dana lalu menambahkan aset? Minda mereka terhad kepada matematik yang di ajar oleh guru-guru duniawi mereka. Ingat, MBA yang jahil ini uga fikir bahawa sistem solar datangnya daripada ledakan dahsyat gas angkasa lepasdan bahawa ibu-ibu leluhur mereka dari keturunan monyet babun! Mereka tidak dapat membayangkan bahawa adanya suatu alam dengan hukum yang lebih tinggi yang tidak diketahui mereka!
Mereka ingat bahawa 10 - 1 = 9, sementara 10 - 1 = 900! Belajarlah matematik Allah! Ishak, yang berasal dari keluarga yang mengamalkan tradisi ilahi untuk memberi persepuluhan, mendapat pulangan ulang tahun sebanyak 10,000% dalam portfolionya (Kej 26:12). Pernahkah orang yang paling berpendidikan dengan buku teks mereka yang tebal-tebal itu mendapat pulangan ulang tahun yang sebegitu banyak? Mereka bekerja dengan keras untuk mencapai tahap syarikat-syarikat pangkat 500 ke atas di saham, yang dapat diperolehi dengan meneka-neka di bahagian kewangan surat khabar atau membeli mana-mana saham indeks.
Abraham, bapa Ishak, memberi sepersepuluh daripada segalanya kepada imam Allah selepas suatu kemenangan yang besar (Kej 14:20). Dia sungguh kaya, walaupun berpindah seribu kilometer dari tanah airnya, tanpa apa pun rancangan strategik, ke suatu tempat yang asing, iaitu tempat yang Abraham tidak mengenal orang dan tidak mengenal apa jua (Kej 13:2,6). Tetapi dia bertambah kaya oleh berkat-berkat Allah kerana memuliakan Allah dengan persepuluhan.
Yakob, anak Ishak, berpindah ke negara yang baru dengan hanya satu tongkat yang dipegangnya, tetapi dalam dua puluh tahun dia sebegitu kaya sehingga dia kena bergerak dalam dua pasukan (Kej 32:10). Dan ini terjadi walaupun ada diskriminasi terhadapnya oleh majikannya (Kej 31:7,41). Apakah rahsianya untuk kejayaan kewangan? Beri 10% daripada semua pendapatan (Kej 28:22). Beri kemuliaan kepada Allah!
Orang bebal ingat mereka harus menjaga apa yang utama, yakni diri sendiri, dan hanya memberi kepada Allah sedikit daripada saki baki pendapatannya. Jika tertinggal kosong, maka, Allah dapat kosong. Orang berhikmah juga menjaga yang utama, yakni Allah sendiri. Mereka memberi kepada Allah dulu dan hidup dengan saki baki pendapatannya. Allah nampak semangat-semangat yang berbeza ini lalu memberi ganjaran yang sewajar dengannya.
Orang bebal berhujah-hujah, “Aku tidak mampu memberi. Aku harus melindungi situasi kewanganku. Aku ada bil bayaran yang menjelang dan aku harus berjimat untuk membayarnya. Ketika aku dalam keadaan kewangan yang lebih baik, barulah aku akan memberi.” Allah syurgawi beroperasi jauh lebih tinggi daripada gagasan-gagasan keselamatan kewangan ini yang jahil dan yang jahat. Orang sebegitu pasti akan menjadi miskin. Mereka tidak akan maju secara kewangan kerana melanggari amsal ini. Sedikit tinjauan sahaja di antara orang yang kamu kenal akan menunjukkan bahawa orang sedemikian kerap kali miskin.
Kamu tidak mampu untuk tidak memberi! Keadaanmu itu akan bertambah lebih teruk jika kamu terus merompak Penciptamu (Mal 3:8-11; Gal 6:7). Ia lebih baik untuk hidup dengan 90% pendapatan dalam kehendak Allah daripada mencuri 10% kerana kedekut dan hidup dalam pemberontakan. Jika kamu mencuri 10% kepunyaan Allah, Dia ada hak dan kuasa untuk mengambil 10% kepunyaanNya dan juga 90% kamu. Kamu tidak mampu untuk tidak memberi!
Kamu memang mampu memberi. Jika gajimu dipotong 10%, kamu akan terus hidup dengan sedikit perubahan. Sesetengah kerajaan akan menggalakkan pemberian dengan membenarkannya sebagai potongan cukai. Orang Amerika hanya tanggung 6% apabila memberi 10%. Kamu mencuri dan menipu ketika kamu mengatakan kamu tidak mampu memberi. Rendahkanlah dirimu; pilihlah hikmah, lalu bertambahlah.
Suatu persepuluhan itu bukanlah had pemberian sebab berkat-berkat di Wasiat Baru pasti lebih layak daripada 10% Wasiat Lama. Berkat-berkat rohani dan jasmani kamu adalah lebih besar daripada apa yang dapat dibayangkan orang Israel yang dahulu. Allah telah memberimu 100% dirimu dan milikmu, dan syurga sedang menunggu. Adakah 10% sahaja segalanya yang dapat kamu beri? [Kalau kamu menatap dengan lebih teliti, Wasiat Lama itu sebenarnya mewajibkan 23 1/3%].
Orang bebal juga berhujahan, “Orang lain memberi kerana mereka ada lebih untuk memberi. Pemberian mereka itu tidak membawa kejayaan kewangan, tetapi mereka memberi kerana mereka ada kejayaan kewangan.” Kamu sedang berbohong kepada diri sendiri untuk melindungi jiwamu yang mementingkan diri sendiri dan yang kedekut. Kamu sedang menolak firman Allah yang tidak pernah salah untuk menghormati kejahilanmu yang tamak. Kamu pasti tidak akan berjaya. Sedangkah kamu jatuh?
Pada suatu ketika, Israel ingat bahawa mereka lebih bijak secara kewangan untuk membina rumah mereka dahulu, tetapi Allah meniup menentang usaha-usaha mereka dan membuat lubang pada tabung upah mereka (Hag 1:1-11). Dia menjamin kejayaan yang besar, jika mereka mengutamakan kepentingan Allah dahulu dan menandakan kalendar mereka (Hag 2:13-19).Wahai pembaca, berlubangkah tabungmu? Kamu tidak dapat mencemuh Allah; Dia akan membawamu ke lembah kemiskinan. Benarkah Allah memang memberkati perbuatan memberi? Memang pun (Ams 3:9-10).
Bagaimanakah Allah dapat menambah kepada orang yang memberi wangnya? Dia dapat menambahkan pendapatannya, dan menurunkan perbelanjaannya, ubahkan hukum cukai, mengaturkan pemberian kepadanya, mengaturkan keredaan kepadanya, menangguhkan tanggungan, menambahkan jangka hayat aset-aset, mengekalkan kesihatan dan kekuatan, membuka peluang-peluang keemasan, menambahgandakan usaha, memberi potongan belian, memberi hikmah, menarik pelanggan, dan banyak-banyak lagi. Kemuliaan kepada Allah!
Berapa tahan lasak hukum ini? Allah mencabar kamu untuk cuba melebihiNya dalam hal memberi! Dia memberitahu Israel bahawa Dia akan membuka tingkap-tingkap syurga dan mencurahkan suatu berkat sehingga ruang mereka tidak cukup untuk menerimanya, jika mereka hanya memberi persepuluhan dan pemberian mereka kepadaNya (Mal 3:7-12). Beri kemuliaan kepada Allah! Dia boleh memberi suatu takaran yang baik, dipadatkan, digoncangkan, dan melimpah ruah (Luk 6:38). Wahai pembaca, Dia mencabarmu. Allah syurgawi mencabarmu untuk cuba melebihiNya dalam hal memberi.
Ada dua syarat dalam hal memberi untuk mendapat berkat kaya Allah – kamu harus memberi dengan murah hati, dan kamu harus memberi dengan riang (Ams 11:25; 2Kor 9:6-7). Jika kamu kedekut, Allah akan kedekut terhadap kamu. Jika kamu murah hati dan memberi dengan banyak, Dia akan berurusan dengan kamu dengan cara yang sama (Yes 32:8). Jika kamu tidak riang dan teruja untuk memberi, segalanya itu membazir sahaja – kerana Allah suka akan pemberi yang riang. Memberi ialah suatu perbuatan sembahyang, dan kamu harus melakukannya dengan sukacita (Ula 28:47).