Amsal · Proverbs

11:25
Jiwa yang pemurah akan dijadikan gemuk: dan dia yang menyiram juga sendiri akan disiram.

Sikap murah hati menderma memang menguntungkan diri! Di sinilah rahsia hikmah, jika kamu percaya Jehovah ialah Allah alam semesta dan Alkitab adalah benar. Jika kamu tidak percaya, maka amsal ini bukan untuk dirimu.

Kemurahan memang menguntungkan! Jika kamu murah hati dalam pemberianmu kepada Tuhan dan kepada orang miskin, maka Dia akan membayarmu balik dengan murah hati. Dan Dia boleh melebihi pemberianmu dengan lebih mudah daripada kamu dapat berkata 10 - 2 = 13.

Amsal ini berkaitan rapat kepada amsal yang sebelumnya, yang berbunyi, “Ada yang menyerak, namun bertambah-tambah kaya; dan ada yang menahan terlebih daripada apa yang wajar, namun cenderung kepada kemiskinan” (Ams 11:24). Membelanjakan wangmu – kepada perkara-perkara yang betul dalam nama Allah – akan membawa penambahan. Menahan pemberianmu akan mengurangkanmu kepada kemiskinan.

Allah telah sungguh murah hati kepada kaum manusia, dan Dia mengganjari manusia yang menunjukkan kemurahan yang serupa kepada yang lain (Ams 19:17; 22:9; 28:27). Kamu boleh maju ke depan secara kewangan dengan belajar untuk memberi dengan murah hati, sebagb Tuhan akan dengan berlimpahan memberkatimu. Inilah pelajaran amsal. Sudah tentulah, hikmah sedemikian terlalu tinggi bagi apa pun sekolah perniagaan atau kelas ekonomi di dunia, sebab mereka menolak kewujudan Allah dan impak luar biasaNya terhadap kewangan.

Allah telah memberkatimu, maka kamu harus memberi secara murah hati kepada orang miskin, meskipun mereka sedang dilepaskan untuk meninggalkanmu (Ula 15:13-14). Allah dengan teliti memerhatikan pemberianmu dan akan melayanimu dengan sewajarnya. Paulus telah menulis, “Tetapi inilah yang aku katakan, Dia yang menabur dengan kedekut akan menuai dengan kedekut; dan dia yang menabur dengan berkelimpahan juga akan menuai dengan berkelimpahan” (2Kor 9:6). Jika kamu murah hati, Dia mampu melimpahkan kepadamu suatu pulangan yang melimpah (Pkh 11:1-6; Yes 32:8; Mal 3:10; Luk 6:38).

R.G. LeTourneau (1888-1969) ialah seorang perekacipta dengan 299 paten Amerika Syarikat yang di bawah namanya dan merupakan pengilang untuk jentera-jentera tolak tanah yang paling besar di dunia. Dia paling dikenali sebagai ahli niaga Kristian yang telah memberi 90% pendapatannya kepada Tuhan, dan menyimpan hanya 10% bagi dirinya sendiri. Dia makmur dengan amalan itu menurut amsal yang ada di depanmu. Ia tidak mungkin untuk memberi melebihi pemberian Allah, yang nampak segala pemberian sepenuh-penuhnya, baik pemberian yang besar mahupun kecil (Luk 21:1-4).

Satu bukti kuat akan orang yang benar, iaitu orang yang pergi ke syurga, ialah rohnya yang murah hati untuk memberi kepada orang lain (Yes 58:6-12; 1Yoh 3:16-19). Ayub merupakan orang yang sedemikian. Dia mengambil berat dengan sungguh lemah-lembut akan hamba-hambanya (Ayb 29:11-17; 31:13-22). Allah memberkatinya dengan sungguh besar. Jika kamu mengambil peduli akan orang yang memerlukan bantuan kewangan, maka Tuhan akan menjagamu (Maz 41:1-3). Orang berhikmah akan berpegang teguh kepada hidup kekal dengan niat untuk memberi secara murah hati (Mat 25:31-46; 1Tim 6:17-19).

Setiap kali adanya peluang untuk memberi kepada Allah, kepada orang miskin, atau untuk memberi pampasan kepada seseorang yang bekerja untukmu, berilah lebih daripada yang sederhana, lebih daripada yang biasa, lebih daripada apa yang kamu akan beri tanpa amsal ini. Fikir tentang persembahan kepada gereja, tip kepada pramugari, upah pekerja buruh, kontraktor yang membantumu, derma kepada perjuangan-perjuangan yang layak, orang miskin yang memerlukan bantuan, para pekerja yang perlu digalakkan, para hamba yang berjerih lelah di dalam firman dan doktrin (1Tim 5:17), dan kepada orang lain.

Banyak yang memikir kepada diri mereka sendiri bahawa mereka tidak mampu memberi – mereka berkata bahawa mereka akan memberi dengan murah hati sesudah mereka sudah maju dalam kewangan – tetapi ini adalah cabul dan pemikiran yang terbalik. Berdasarkan hukum sejati amsal ini, kamu tidak akan makmur sehingga selepas kamu menjadi pemberi yang murah hati. Jika kamu maju sebelum atau tanpa pemberian yang murah hati, maka Allah akan lebih kurang menghakimimu dengan kemakmuran orang bebal (Ams 1:32). Jadilah berhati-hati, supaya jangan Dia menghukummu dengan lebih teruk.

Allah tidak terlepas atau melupakan pemberianmu (Ibr 6:10). Dia akan mengganjarinya. Orang Korintus akan akhirnya menjadi para pemberi yang murah hati, dan Paulus menjanjikan berkat-berkat Allah kepada mereka bagi itu (2Kor 9:8-11). Dan ada kesan yang lebih lanjut bagi pihak penerima yang sungguh bersyukur kepada Allah bagi orang Korintus (2Kor 9:12-14), yang bukan ganjaran yang teruk juga.

Pemberian haruslah dilakukan dengan ceria, kerana belas ihsan yang merungut tidak kira (2Kor 9:7). Jika kamu mengenal apa pun akan pemberian besar Allah bagi penebusanmu, maka memberi dengan ceria kepada orang lain tidak harus menjadi suatu masalah (2Kor 8:9). Semakin murah hati dan ceria pemberianmu, semakin besar berkatmu. Pemberian murah hati apa yang akan kamu rancangkan pada hari ini (Yes 32:8)?