Amsal · Proverbs

11:5
Kewajaran orang sempurna akan mengarahkan jalannya: tetapi orang yang durjana akan jatuh kerana kedurjanaannya sendiri.

Kehidupan adalah seumpama kawasan periuk api – dengan adanya kesakitan atau maut hanya dengan satu langkah sahaja. Kebanyakan orang bergegas dengan jahil dalam kehidupan tanpa berhati-hati, disiplin, atau arah. Mereka dengan tamak mengejar cita-cita yang berdosa, dan mereka jatuh tersungkur ke dalam disfungsi, kebinasaan, dan maut. Kamu mungkin mengolok-olok penjelasan ini sebagai terlalu dramatis atau melampau, tetapi baca seterusnya dan pertimbangkan dengan baik-baik.

Lelaki dan perempuan yang sempurna, yang takut dan taat kepada Allah dan hidup dengan kewajaran, selamat dipimpinmelalui bahaya-bahaya kehidupan dan memasuki kesyurgaan oleh pilihan-pilihan yang baik dan yang berhikmah pada detik-detik keputusan kehidupan. Allah mengilhamkan Solomo untuk menulis Amsal untuk membantumu hidup dengan benar dan beroleh hikmah untuk mengarahkan kehidupanmu. Jika kamu memberontak terhadap bantuan demikian, kamu pasti mengasihi maut (Ams 8:36).

Sementara memulakan kehidupan sebagai bayi yang kebergantungan, manusia harus merayu untuk arahan. Mereka harus sedar bahawa mengisi minda kosong mereka dengan gagasan-gagasan daripada orang lain yang bermula dengan minda kosong ialah jalan bencana. Kegilaan ini disahkan setiap hari di setiap tempat. Manusia mengejar kebebalan dan pemberontakan, dan mereka bertembung dengan kesakitan dan masalah. Tanpa pertimbangan untuk Allah dan manusia, mereka maju dalam nafsu untuk kenikmatan dan kekuasaan, tetapi akhirnya jatuh teruk oleh kebebalan mereka sendiri.

Siapakah yang sempurna? Orang yang takut akan Allah dan memegang perintah-perintahNya! Walaupun dia melaksanakannya dengan tidak sempurna, Tuhan mengampuni dosa-dosanya dan memperhitungkan dia sempurna (Kej 6:9; Ayb 1:1; Flp 3:15; Luk 1:6). Orang demikian ada kongkongan fikiran kewajaran bagi kehidupan yang menahannya daripada pembinasaan di kalangan orang bebal yang menolak Allah. Kehidupannya kian hari kian maju, sama seperti matahari yang terbit sampai tengah hari (Ams 4:18).

Bagaimanakah orang sempurna belajar kewajaran? Dia bermula dengan takut akan Allah, dan kemudian menambahkan pengetahuan Alkitab dan para penasihat yang salih. Takut akan Allah ialah hikmah dan cahaya bagi kehidupan (Ams 1:7; 9:10; 10:27; 14:27; 19:23; Maz 112:1,3,9). Alkitab ialah buku panduan untuk amalan kehidupan yang berhikmah dan yang ada kewajaran (ams 22:17-21; Maz 19:7-11; 119:105). Para penasihat yang salih ialah pastor dan rakan-rakan yang juga takut akan Tuhan (Ams 11:14; 27:9; Yer 3:15; 1Sam 23:16).

Para orang durjana mengasihi gagasan-gagasan berdosa dunia untuk cara menjalani hidup, yang diterima daripada orang bebal yang lain dalam hati mereka yang rosak (Ams 12:15; 14:12; 16:25; 21:2). Mereka merayau dalam kegelapan dan jatuh ke dalam jerat (Ams 4:19; 13:15; 15:19; 22:5). Pendekatan yang jahil dan yang suka memberontak bagi kehidupan membawa padah penghakiman Allah dan kesan-kesan semula jadi untuk dosa. Pertimbangkan ketagihan, pemecatan, kemurungan, kesakitan, penceraian, kemabukan, dan maut sebagai senarai permulaan di antara banyak lagi. Mereka tidak belajar generasi demi generasi, sementara mereka menjalar dan meluaskan kebebalan mereka.

Orang benar berkahwin dengan perempuan yang berakhlak mulia yang takut akan Tuhan, dan dia menjalani kehidupan perkahwinan yang tenteram. Dia membelakannya dan menyuburkannya seperti yang diarahkan Alkitab, dan dia menikmati kasih dan kesenangan. Orang durjana berkahwin dengan perempuan yang jelek atau yang sundal, dan dia hidup dalam kenerakaan atau bercerai dengan seksaan dan kesesakan yang menghantui sepanjang hayatnya. Orang sempurna berada dalam jalan baik, dan orang durjana jatuh kerana kedurjanaannya sendiri. Dia memilih isterinya berdasarkan wajah dan godaan, dan dia menerima padah yang sungguh teruk sementara sedang menuju ke kubur.

Orang benar dengan cekal hati mendidik anak-anaknya dan menyelia segala aktiviti-aktiviti mereka, terutamanya penglibatan mereka dengan jantina yang bertentangan untuk kemungkinan perkahwinan. Sementara tahu kebahagiaan anak-anaknya dan keturunannya bergantung kepada hal berkahwin dengan tahap kerohanian yang tinggi, dia menolak apa pun persahabatan yang tidak sesuai dengan kriteria-kriteria Alkitab Allah yang tegas bagi anak-anaknya, tidak kira betapa banyak anak-anaknya fikir diri sendiri dilamun cinta atau bermurung tentang keputusan-keputusan strategiknya yang salih.

Dunia sedang merosot, termasuk kebanyakan orang yang kononnya Kristian, dan ia akan terus merosot, tidak kira apa pun impian yang dibayangkan orang yang lahir selepas tahun 2000 (2Tim 3:13; 4:3-4; Wah 20:7-9; Luk 18:8). Orang sempurna tahu ini, jadi dia kian hari kian mengasihi firman nubuatan yang lebih pasti dan mengambil lebih perhatian kepada arahan-arahannya dan amaran-amarannya (2Pet 1:19-21). Dia ketawa terhadap kebebalan gagasan dunia dan kesan-kesan buruknya yang kian hari kian bertambah.

Berapa jauhnya orang sempurna dibawa oleh kewajarannya? Sepanjang jalan sampai ke syurga! Tiada seorang pun yang memasuki syurga berdasarkan kewajarannya sendiri, tetapi setiap orang benar tahu bahawa syurga ialah destinasinya (Maz 112:6; Yes 64:6; 2Tim 4:7-8; Tit 3:5; Ibr 11:4). Pintu yang suntuk dan jalan yang sempit yang menjanjikan kehidupan sekarang dan di akhirat ialah jalan kewajaran, yang hanya ditemui segelintir orang, sebab kebanyakan orang berjalan bersama-sama menuju ke kebinasaan (Mat 7:13-14).