12:10
Orang benar mempertimbangkan hidup haiwannya: tetapi belas kasihan lembut orang durjana adalah kejam.
Berapa baikkah kamu membela binatang? Ia boleh menjadi suatu sukatan akhlakmu. Orang baik berbelas kasihan; dia lemah lembut dan bermurah hati; dia dikuasai oleh simpati dan belas kasihan; dia tidak akan jahat atau keras. Tetapi orang durjana adalah kejam. Kemurahan mereka pun kasar, sebab mereka kekurangan semangat lemah lembut orang benar, yang mengambil berat bagi binatang pun. Mereka tidak murah hati dan berbelas kasihan; mereka adalah seperti tuan mereka si iblis, seorang pembohong dan pembunuh dari permulaan.
Amsal ini bukan untuk Persatuan Pembela Haiwan. Pelajarannya bukan penjagaan binatang, tetapi suatu bayangan belas kasihan. Sementara TUHAN mentahbiskan penjagaan berbelas kasihan untuk binatang dari pengerjaan lembu sampai kepada burung di dalam sarang (Ula 25:4; 22:6-7), Dia juga memberi manusia ketakhtaan atasnya untuk mengerjakan binatang, memakai kulitnya, mengorbankannya, dan memakannya (Kej 1:26-28; 3:21; 4:4; 9:1-4). Seseorang boleh memburu dengan mulia pun pada hari ini, tetapi seksaan kebudakan terhadap serangga atau binatang adalah cabul.
Penulis ini telah menyaksikan banyak kuda orang Amish di utara barat Pennsylvania ketika seorang budak. Perbezaan di antara akhlak manusia adalah cukup nyata, oleh amsal ini. Sesetengah kuda diberi makanan dan dijaga rapi; yang lain pula kekurangan khasiat dan diabaikan. Pada hari yang panas, sesetengah orang membawa kuda mereka untuk berjalan ke atas bukit yang paling curam dan yang paling panjang; sesetengah yang lain menyebat kuda supaya maju, dengan tidak peduli akan keadaan suhu, darjah kecuraman, atau kelajuan. Dan kuda-kuda demikian kerap kali merupakan kuda yang paling kasihan!
Pelajarannya ialah ini: orang benar adalah lemah lembut, bersimpati, dan berbelas kasihan; tetapi orang durjana adalah keras, kasar, tidak bertimbang rasa, dan kejam. Orang benar akan menghasilkan buah Roh, yang melibatkan kelemahlembutan (Gal 5:22-23; Efe 4:32; Yak 3:17). Jika kamu ingin menjadi seperti Yesus Kristus daripada menjadi si iblis, belajarlah kemurahan kelemahlembutan (2Kor 10:1).
Hai pembaca, adakah kamu berbelas kasihan di hadapan Allah dan manusia? Di sinilah bagaimana kamu boleh menunjukkan akhlak Allah dan Ayahmu, Yang menyampaikan kepada musuh-musuhNya sinaran matahari yang memanaskan bumi dan hujan yang menyuburkan bumi (Mat 5:43-48). TUHAN, walaupun hebat dan menakutkan dalam hal penghakiman, ialah Allah penuh dengan belas kasihan lembut (Maz 36:7; 103:4; 145:9; Lam 3:22). PentahbisanNya akan Wasiat Lama Sabat melibatkan isytirahat bagi binatang-binatang yang bekerja (Kel 23:12; Ula 5:14). Betapa berbelas kasihan!
Orang benar berbelas kasihan kepada dirinya sendiri (Ams 11:17), binatang (Kej 24:19,32; 33:13-14), isterinya (1Pet 3:7; Kol 3:19), anak-anaknya (Maz 103:13; Kol 3:21), kawan-kawannya (Yak 3:17-18), dan musuh-musuhnya (Maz 35:11-16). Dia tidak akan dengan bebal menyengsara, menghukum, atau menyusahkan mereka (Lam 3:32-33; Gal 6:10). Dia akan sebaliknya memanjakan pihak-pihak tersebutdengan kemurahan. Dia suka belas kasihan, sama seperti BapaNya di syurga suka belas kasihan (Mik 6:8; 7:18; Efe 4:32; 1Pet 3:8-9).
Tetapi orang durjana adalah cabul; belas kasihan mereka adalah kejam dan kasar. Mereka menyusahkan jiwa mereka sendiri (Ams 11:17) dan mengabaikan daging dan darah mereka sendiri (1Tim 5:8). Bileam dengan kejam memukul keldainya (Bil 22:22-32); Belas kasihan Yehuda kepada Yusuf adalah untuk menjualnya (Kej 37:26-28); Adonibezek ada tujuh puluh raja yang ketiadaan ibu jari tangan dan kaki yang berada di bawah meja makannya (Hak 1:7); Nahas menerima penyerahan dengan syarat mengeluarkan mata kanan semua orang yang ingin berserah (1Sam 11:1-2); Yoab membunuh Abner dan Absalom tanpa berperikemanusiaan (2Sam 3:39; 18:5); Rehabeam mencemuh rakyat yang rela menunduk kepadanya (2Taw 10:1-19); Izebel membunuh Nabot kerana sebidang ladang anggur semata-mata (1Raj 21:1-16); Pilatus memberi tawaran untuk menyebat Tuhan yang tidak bersalah sebelum melepaskanNya (Luk 23:13-16); dan orang Rom mematahkan kaki untuk menamatkan proses penyaliban (Yoh 19:31-32)!
Ayub yang benar dengan lembut menjaga hamba-hambanya dan orang-orang miskin (Ayb 31:13-22), tetapi isterinya dengan kejam menikamnya pada waktu keperluannya yang paling gelap (Ayb 2:9). Daud dengan belas kasihan menyayangi nyawa Saul (1Sam 24:1-22), tetapi anak perempuannya Mikhal mencemuh Daud kerana sembahyangnya yang paling mewah kepada Allah (2Sam 6:20-23). Yusuf dengan berbelas kasihan melindungi Maria, walaupun hatinya dipedihkan dengan sangat teruk (Mat 1:19), tetapi Yehuda melupakan janjinya kepada Tamar yang sunyi dan yang keperluan (Kej 38:11-26).
Orang jahat akan melayani isterinya secara kasar, mengerjakannya terlampau banyak jam, menjerit terhadap anak-anaknya, berdiam di hotel yang murah untuk cuti, lupa memberi makan kepada ikan, memfitnah musuhnya, fikir perasaan romantis adalah keperempuanan, mengabai untuk mendidik anak-anaknya, harap keluarganya menghargai kesukaannya yang peribadi, mengkritik isterinya kepada orang lain, tidak membelanja ibunya makan, mengulangi cerita-cerita tentang rakan sekerja, melayani anak-anak perempuannya seperti lelaki, atau menutupi hati dan mengelak untuk bercakap kepada keluarga.
Perempuan yang durjana akan menganggap dia lebih baik daripada suaminya, bergosip tentang jirannya, mengkritik ibu mentuanya, memungkiri nikah suaminya dengan mengelak seks harian, terlampau melindungi anak-anak lelakinya daripada aktiviti-aktiviti kelelakian, gusar tentang apa yang harus dibuat, meleter daripada menghukum anak-anak, kerap kali memperbetulkan suaminya, terlalu khuatir akan butir-butir, memanjakan anak-anak sampai mengabaikan lakinya, memaksa keluarganya untuk makan piza yang tidak berlauk, atau merayu simpati untuk kehidupannya yang keras.
Biar setiap orang masokis yang melankolia dan yang introvert [memendam rasa, takut bergaul] membaca kata-kata ini: “Orang yang berbelas kasihan melakukan kebaikan kepada jiwanya sendiri: tetapi dia yang kejam menyusahkan dagingnya sendiri” (Ams 11:17). Renungan diri dan fikiran negatif kamu adalah salah dan membinasakan. Ia membinasakanmu dan orang di sekelilingmu oleh kemurunganmu, sikap suka menyendiri, perangai buruk, wajah yang suka mengkritik, atau kata-kata kasar.
Cuba kamu fikir berapakah berbelas kasihan seorang “pendiam” yang tidak bercakap? “Pemimpin kuat” yang kerap kali berjerit di rumah? “Orang yang suka berfikir” yang mengingati pelanggaran-pelanggaran dan menyimpan dendam kepahitan? “Orang lucu” yang selalu ketawa dan hanya fikir akan dirinya sendiri? “Orang bersikap sungguh-sungguh” yang tidak mengampuni dengan lekas dan dengan sepenuh-penuhnya? Orang-orang ini langsung tidak berbelas kasihan.
Belas kasihan tidak mengkompromikan tahap-tahap ketetapan Allah (1Raj 20:31-34). HukumNya melibatkan belas kasihan, dan kamu tidak ada hikmah atau hak untuk mengubahkan peraturan-peraturanNya. Belas kasihan mengkompromikan tahap ketetapanmu, pendapatmu, perasaanmu, tabiatmu, dan kemudahanmu bagi orang lain.
Kamu akan menerima belas kasihan yang kamu beri, maka ia penting kamu menunjukkan kemurahan dan kelemahlembutan kepada dirimu dan kepada orang lain (Yak 2:13). Kata-kata yang lemah lembut tidak mencukupi: kamu memerlukan belas kasihan (Kol 3:12-13; 1Yoh 3:17) dan tindakan-tindakan yang menyertai belas kasihan (Yak 2:16).
Tuhan Yang Berbahagia menunjukkan belas kasihan lembutNya dalam peristiwa-peristiwa seperti orang ramai yang lapar sampai kepada balu tunggal yang sedang berduka, dari peristiwa orang yang berpenyakit kusta yang tidak dapat disentuh sampai kepada Maria Magdalena yang pilu hati (Mar 8:1-2; Luk 7:11-15; Mar 1:40-44; Yoh 20:11-18). Dan Dia berbelas kasihan dan bersimpati kepadamu setiap hari, hai pembaca. Jika kamu anak Raja, maka tunjukkanlah belas kasihan kepada semua orang, seperti Rajamu yang bermurah hati. Tunjukkanlah rahmatNya di dalam kehidupanmu dengan mencerminkanNya kepada semua orang lain.