Amsal · Proverbs

13:23
Ada banyak makanan dalam pembajakan orang miskin: tetapi ada yang dibinasakan kerana kekurangan daya penghakiman.

Kerja keras akan membawa keuntungan, tetapi ia dapat dihilangkan oleh keputusan-keputusan yang bebal. Orang miskin boleh berjerih lelah dalam kegiatan berkebun, dengan banyak penghasilan daripada Pencipta mereka. Jerih lelah mereka yang tertumpu kepada suatu kawasan tanah yang kecil menghasilkan ganjaran yang baik kepada meja makan mereka. Tetapi orang miskin yang lain, meskipun ada sedikit kelebihan, dapat menghilangkan ganjaran dengan melulu kepada skim cepat kaya yang merampas segalanya.

Membajak ialah kegiatan menggembur dan menyuburkan tanah untuk pertumbuhan tanaman. Pertanian ialah kerja profesional yang pertama di dunia, dan ia merupakan kerja yang baik. Ia perniagaan dan pelaburan yang paling asas, yang memberi pandangan jelas bagi modal, kerja, dan untung. Sementara bergantung kepada berkat Allah, benih-benih disemai ke dalam tanah untuk menunggu penghasilan oleh Tuhan. Dan Tuhan memang memberi penghasilan!

Purata pulangan bagi gandum ialah 200. Satu benih gandum yang disemai menghasilkan 200 lagi. Satu busyel yang ditanam menghasilkan 200 lagi busyel. Ini pulangan 20,000%! Purata pulangan bagi ladang jagung ialah 800 kali, atau 80,000%! Purata pulangan bagi beras ialah 2000 kali, atau 200,000%! Ada banyak makanan dalam pembajakan orang miskin. Kamu tidak pernah melihat jenis pulangan sebegini dalam apa pun portfolio pelaburan orang yang kaya yang terkenal, kerana pengurus dana lindung nilai atau pelabur yang paling baik pun hanya dapat mengekalkan sekitar 30% setahun dalam sesuatu tempoh masa.

Kekurangan daya penghakiman ialah kekurangan akal budi yang baik. Ia keadaan rentan yang bebal kepada gagasan-gagasan yang tidak akan berjaya. Ia mendengar orang yang sia-sia dan rancangan-rancangan mereka. Ia pengurusan yang kurang berbudi bicara dan yang kurang berhemat. Ia menolak pemikiran yang kritikal dan menolak perangai berhati-hati sikap pesimistik. Ia sebaliknya merupakan pemikiran yang berangan-angan sahaja, sementara percaya lebih kepada harapan dan impian daripada penaakulan yang teliti.

Kekurangan daya penghakiman ialah keputusan yang tergesa-gesa, pilihan yang kurang baik, kurang memandang kepada masa depan, dan anggapan yang membawa risiko tinggi. Ia percaya segala yang didengar. Ia geram terhadap ragam lama melakukan kerja dan tidak sabar untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia merupakan keinginan untuk makanan percuma, tak kira berapa kali diberitahu bahawa tiada apa makanan yang percuma. Ia mimpi bahawa adanya jalan pintas yang dapat membawa kekayaan, walaupun orang yang paling kaya pun, iaitu Salomo, menafikan pemahaman itu.

Amsal ini berkaitan dengan pekebun yang miskin. Mereka ada banyak makanan, sebab mereka berjerih lelah dalam bidang yang salih hari demi hari, tahun demi tahun. Tetapi ada orang lain yang mungkin kekurangan makanan. Apa yang sudah terjadi? Mereka telah menyerahkan penghasilan mereka kepada keputusan-keputusan yang bebal. Pelajaran di sini ialah nilai kerja keras dan kepentingan pengurusan kewangan yang berhikmah.

Kerja keras ialah pelajaran yang mudah. Jerih lelah yang tekun dalam bidang yang berguna akan membawa hasil, terutamanya dalam industri yang sangat perlu iaitu pertanian. Ia mungkin kerja yang boring dibandingkan dengan kerja yang lain, tetapi ia berkesan, dan ia sudah terbukti berkesan untuk 6000 tahun, sejak Kain dan Habel mengendalikan kebun pertanian yang pertama. Ada banyak amsal yang mengajar tentang kerja keras dan ganjarannya (Ams 6:6-11; 10:4-5,26; 12:24; 13:4; 14:4; 15:19; 18:9; 19:15,24; 20:4; 20:13; 21:25; 22:13,29; 24:30-34; 26:13-16; 27:18).

Penghakiman ialah budi bicara, kehematan, hikmah, pemahaman, dan pengetahuan. Dan seorang lelaki harus memilikinya dengan banyak untuk mengelak gagasan-gagasan yang sia-sia yang akan mencuri hasil titik peluhnya dan meninggalkannya miskin secara kewangan. Hanya lelaki yang kuat, iaitu mereka dengan penghakiman yang baik, mengekalkan kekayaan. Salomo juga telah memberi banyak amsal sebagai amaran terhadap pengurusan kewangan yang bebal (Ams 11:16; 12:11; 13:11; 13:16; 14:15,23; 18:9; 21:17,20; 23:21; 27:23-27; 28:19). Lihatlah ulasan-ulasan bagi Amsal 1:32, 11:16; 12:11; 13:11, dan 13:16. Kamu tidak akan kecewa.

Banyak orang ingin menjadi kaya, maka mereka mudah terpengaruh kepada skim cepat kaya. Jika salah seorang menawarkan mereka “keadaan kewangan yang merdeka” dan suatu “perniagaan” milik sendiri, mereka dengan mudah membayar penjual itu dan mendaftarkan diri. Ketika kamu menyusul dengan keadaan mereka sepuluh tahun kemudian, mereka sudah melakukan ini untuk beberapa kali tanpa apa pun keuntungan, dengan kerugian banyak masa yang mungkin dapat dipakai untuk membajak!

Orang sedemikian suka membaca majalah kejayaan kerana mencari “cara yang lebih baik untuk menjanakan untung.” “Apa-apa pun adalah lebih baik daripada kerja yang menjemukan seperti berkebun”, fikiran mereka membisik. Sudah tentulah, para penerbit majalah itu sudah berada dalam kerja yang lebih baik! Mereka memilih untuk meninggalkan kegiatan berkebun untuk memangsakan orang dungu yang mudah terpengaruh yang akan membeli langganan majalah koleksi gagasan sia-sia mereka untuk setiap bulan.

Apabila kerajaan meluluskan loteri, siapakah yang pertama berbaris untuk tiket? Orang yang sudah jemu berkebun! Dia bermimpi bagaimana dia akan memakai wangnya yang berjuta-juta ringgit. Dia dapat menyenaraikan bagaimana dia mahu memakai kekayaannya. Dia dengan sungguh-sungguh mengambil “banyak makanan” daripada pembajakannya dan memberi itu kepada syarikat judi untuk urusan yang tidak akan berjaya yang direkakan untuk orang bebal dan orang yang lurus bendul. Orang kaya menjadi lebih kaya, dan orang miskin menjadi lebih miskin.

Apabila musim memburu atau memancing berselisih dengan musim tuaian, cuba kau teka yang mana satu dipilih oleh si lamban? Tentulah berekreasi! Akhir kata, dia memerlukan masa untuk bersuka juga kan? Orang sedemikian tidak dapat memikir jauh dan merancang cuti selepas tuaian; mereka ingin kenikmatan itu sekarang juga. Itu memakai lagi makanan hasil pembajakan mereka itu.

Apabila orang bebal ada hasil tuaian yang luar biasa, mereka pula meminjam dengan memakai jaminan hasil tuaian luar biasa tahun depan yang diramalkan lalu membina gudang yang lebih besar dan membeli lebih banyak ekar tanah. Mereka berimpian membeli seluruh daerah itu. Sekiranya sedikit sahaja cuaca buruk datang, mereka kehilangan seluruh kebun mereka, sebab mereka tidak mampu membayar balik hutang. Mereka sudah terlebih membina kerana kekurangan daya penghakiman dan budi bicara.

Orang lain ada hasil tuaian yang luar biasa lalu menambahkan perbelanjaan mereka terhadap kenikmatan dan kemewahan-kemewahan yang lain. Kecenderungan untuk memakai memang benar dan melebihi teori ekonomi semata-mata. Ketika penghasilan bagi dua tahun kemudian menjadi kurang biasa, mereka rugi banyak, sebab mereka sudah terlampau berbelanja, daripada menabung di bank dengan faedah. Hasil kegiatan membajak mereka sudah dibinasakan.

Orang lain sungguh kekukangan pada musim tuaian dan tidak mengumpulkan seluruh tuaian ke dalam gudang. Mereka suka bertangguh-tangguh dan merupakan pembazir. Atau mereka terlebih mendapat pinjaman bagi benda yang tidak diperlukan dan melingkupi aset-aset mereka dengan hutang yang meremukkan diri. Mereka melabur dalam skim cepat kaya yang memakan habis modal mereka yang berharga itu. Atau mereka menjadi penajajamin bagi orang lain dan harus membayar hutang orang lain.

Walaupun Allah telah memberi hikmah pertanian sebaik sahaja selepas Eden (Kej 1:29; Yes 28:23-29), dan manusia telah menyempurnakannya selama 6000 tahun, orang bebal masih mendengar dengan sungguh-sungguh apa pun“gagasan yang baru”. Mereka tidak dapat faham bahawa 99% daripada semua gagasan baru sememangnya gagasan lama dari dahulukala yang gagal. Mereka tidak berpuas hati dengan pulangan 20,000%, 80,000%, dan 200,000%! Mereka juga tidak mahu menerima hakikat bahawa hanya orang yang dikurniai bakat daripada Allah yang sebenarnya kreatif dan mudah mencipta. Mereka tidak suka mendengar amaran yang lama berulang kali untuk bertekun dengan cekal hati dalam kaedah-kaedah yang sudah terbukti berjaya dan yang sejati.

Hai pembaca, tiada makanan yang percuma! Mendengar sahaja orang bercakap tentang makanan percuma atau rezeki mudah dan murah adalah sungguh berbahaya. Kata-kata mereka yang sia-sia itu akan menjadikanmu tidak puas hati, lalu akan mengakibatkan kebutaan dalam budi bicara perniagaanmu. Kamu sedang menunjukkan kekurangan daya penghakiman, dan sedang menuruti gagasan mereka yang spekulatif atau yang bohong tentang kejayaan kewangan yang tidak lama lagi akan mencuri banyak makanan usaha pembajakanmu. Larilah dirimu daripada mereka, dan pergilah membajak satu ekar tanah lagi dengan penuh tenaga!

Sikap curiga ialah salah satu bahagian hikmah yang penting. Hanya orang pandir percaya akan segala yang didengarnya (Ams 14:15). Hanya orang pandir memandang dengan optimistik kepada masa depan (Ams 22:3; 27:12). Sikap optimistik bukanlah suatu nilai murni ketika dipakai untuk perniagaan; sikap pesimistik lebih selamat dan lebih berhemat secara kewangan.

Hai pembaca yang Kristian, berapa banyak makanan yang ada dalam pembajakan pastormu? Adakah dia memberi lebih banyak roti dan daging bagi jiwamu? Berapa banyak yang telah kamu hilang kerana kekurangan daya penghakiman untuk meneliti dan memakainya? Sudahkah kamu membazirnya dengan membiarkannya mudah tercicir? Jika kamu membinasakan kerja kerasnya dengan pendengaran yang malas atau cuai dalam pemakaiannya, maka kamu akan kebuluran.

Adakah curahan berkat rahmat Tuhan kepadamu kurang kalau dibandingkan dengan berkat seorang pekebun yang menerima pulangan yang tinggi? Atau sudahkah dia memberkatimu dengan lebih banyak? Apakah yang telah kamu buat dengan rahmatNya? Tugasmu adalah untuk menggiatkan ketekunan dan daya penghakiman dengan memakai rahmatNya dengan berhasil dan menambahkan ladang rohanimu dengan buah-buahan, 30 kali ganda, 60 kali ganda atau 100 kali ganda.