13:24
Dia yang sayang memakai tongkat membenci anaknya: tetapi dia yang mengasihinya menghukum dia dari awal-awal.
Ibubapa yang mengasihi anak merotan anak mereka. Mereka bermula dari awal-awal dan tidak menahan merotan. Mereka inginkan yang terbaik bagi anak-anak mereka, dan mereka tahu bahawa merotan anak itu akan menjadikannya maju. Mereka harus menaruh percaya kepada Allah dan Solomo jauh lebih dari idea-idea masa kini yang angkuh, jahil, dan muflis.
Amsal ini sungguh ajaib. Satu ayat yang pendek sedemikian dapat menampakkan jika kamu mengasihi Allah, jika kamu mengasihi anakmu, dan jika kamu berhikmah. Kamu tidak dapat mengelak kesimpulan-kesimpulan ini. Jika kamu tidak merotan anakmu, kamu telah memilih untuk membenci Allah, membenci anakmu, dan membenci hikmah.
Pelajaran di sini sungguh penting, dan ia diulangi sepanjang buku Amsal: hukuman rotan itu berkesan, dan ibubapa yang berhikmah memakaikannya (Ams 3:12; 10:13; 19:18; 20:30; 22:15; 23:13-14; 26:3; 29:15,17). Ini tidak terbuka untuk dibahaskan. Allah telah berfirman, dan ini sudah muktamad. 3000 tahun sejarah manusia yang tercatat menyokongnya, dan kaum muda yang rosak akhlak pada zaman kini mengesahkan bahawa mereka memerlukannya.
Dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik, jika ibubapa mentaati amsal ini. Tetapi kebanyakan mereka telah dibasuh otak oleh para pendidik, orang politik, dan media-media massa yang menentang hukuman rotan. Walaupun masalah serius ternampak di mana-mana jua, masalah seperti para remaja yang angkuh, malas, memberontak, mementingkan diri sendiri, dan narsisistik, namun, dunia ini benci Allah dan hikmah Solomo dalam Alkitab.
Apakah itu tongkat? Ia suatu batang kayu/rotan yang elok untuk sebatan di bahagian belakang orang bebal dan kanak-kanak yang bebal. Apakah itu hukuman? Ia pemakaian tongkat untuk membentuk tanda-tanda hikmah itu. Apakah itu awal-awal? Ia bermaksud awal ketika masih ada harapan untuk anak itu dibentuk menjadi berhikmah. Apakah itu sayang? Ia bermaksud kamu tidak cukup mengasihi anak untuk memakai tongkat bagi apapun alasan.
Adakah kamu mengasihi anakmu? Hanya ayah yang membenci anak yang tidak merotannya. Ayah sedemikian mengasihi dirinya sendiri sehingga tidak ingin memakai usaha, emosi, masa dan dukacita jangka masa pendek untuk menghadapi dan merotan anak bagi keuntungannya. Bapa yang setia menyayangi anaknya dan yang berharapan supaya anaknya menjadi insan baik, akan setia merotan dia pada umur yang kecil sewaktu masih ada harapan. Jika kamu tidak memakai rotan, kamu benci anakmu; jika kamu betul-betul mengasihinya, kamu akan perbetulkannya dan merotannya (Ams 3:11-12).
Kasih sejati melebihi perasaan sentimental yang daripada ajaran sesat moden akan kasih yang tidak bersyarat. Kasih sejati ialah keinginan yang akan berkorban untuk kebajikan peribadi dan kebajikan rohani bagi orang yang dikasihi itu; ia berbuat apa yang perlu untuk membantu orang itu menyenangkan Allah dan manusia dengan lebih sempurna. Sudah tentu kamu tidak dapat membaca tentang kasih sebegitu dalam buku Ben Spock atau Majalah Gila-Gila. Kasih ini hanya dikenali oleh orang Kristian dan hanya diajar di dalam Alkitab. Kamu boleh mengabaikan sumber yang lain.
Kasih sejati dikenali oleh matlamatnya dan pilihan cara untuk mencapai matlamat itu. Ibubapa yang salih ingin anak-anak mereka itu membesar di dalam keredaan Allah dan manusia, matlamat paling tinggi yang mungkin bagi kewujudan manusia. Dan mereka memakai cara yang diilhamkan Allah dan cara yang terbukti dari dahulukala untuk mencapai matlamat itu – tongkat dan teguran (Ams 29:15). Inilah tahap kasih yang paling tinggi yang dapat dimiliki ibubapa. Adakah kamu mengasihi anakmu secara ini dan sebegitu banyak? Tiada cara yang lebih baik, jadi, pupuklah cara ini!
Adakah kamu inginkan yang terbaik bagi anakmu? Dia dilahirkan bebal, dan kamu harus mengusir kebebalan itu daripadanya (Ams 22:15). Kalau tidak, kamu akan mengutus seorang dewasa ke dalam dunia untuk dihukum kehidupan dan dihukum kekuasaan yang lain. Tongkat itu memberi hikmah, jadi, keengganan memakainya merampas peluang hikmah bagi anakmu yang diperlukan mereka untuk berjaya dan kamu mementingkan diri sendiri (Ams 29:15). Tongkat itu menyelamatkan budak dari maut dan neraka, jadi, keengganan memakainya memilih kesakitan dan masalah bagi masa hadapan anakmu itu (Ams 23:13-14).
Satu-satunya cara untuk memaksimakan akhlak dan kejayaan adalah untuk merotannya. Bagaimana caranya untuk menjamin anak membesar menjadi dewasa yang mementingkan diri sendiri, malas, tidak matang dan kekurangan akhlak yang wajib bagi kejayaan dalam kehidupan? Layanilah kerenahnya, manjakan anginnya, benarkan dia bebas seperti kawan-kawannya, dan elakkanlah apapun kritikan atau benda negatif yang mungkin mengecewakannya. Inilah yang ibubapa zaman kini anggap sebagai didikan anak. Cuba daftar mana-mana binatang yang bertujuan bekerja yang tidak pernah dikenakan cemeti atau tali kekang ke dalam pertandingan (Ams 26:3).
Adakah kamu inginkan sukacita dan damai sejahtera pada umur tua? Seorang anak terbiar akan memalukan ibubapanya, tetapi teguran dan perbuatan merotan itu menghasilkan anak yang berhikmah (Ams 29:15,17). Adakah kamu kenal mana-mana orang tua yang hidup dengan dukacita kerana ada anak yang bebal, memberontak dan penjenayah? Kamu mungkin salah seorang daripada mereka itu. Mereka itu tidak cekal merotan anak mereka ketika masih muda supaya semakin hari semakin memperolehi sukacita daripadanya (Ams 10:1; 15:20; 17:21,25; 19:13; 22:6; 23:15-16,24-25; 29:3,15,17).
Di sinilah suatu percanggahan: ibubapa menuruti perasaan yang mereka anggap sebagai cinta sehingga memberi anak apapun yang dia inginkan, membiarkan anak membuat sesuka hatinya, dan mengelak apapun yang mungkin mengecewakannya. Mereka ingat bahawa anak yang ceria ialah anak yang baik. Ibubapa yang sedemikian memperkukuhkan kebebalan anak dan dosa-dosa generasi ini – keangkuhan, kemalasan, pemberontakan, sikap mementingkan diri sendiri dsb.
Di sinilah satu lagi percanggahan: Suzy Smartmouth dari PIBG menampal tanda-tanda di sekitar bandar yang menyatakan, “Kanak-kanak tidak boleh dipukul”. Doktor Dimwits, ahli psikologi sekolah menyatakan bahawa merotan itu menyerongkan perangai dan bukan pencegah kepada perangai jahat. Benjamin Spock dan James Dobson mengikut falsafah yang serupa yang menentang ketegasan Alkitab (Ams 20:20; 30:17; Ula 27:16).
Siapakah yang akan kamu percaya? Allah Pencipta yang telah merekakan unit keluarga telah mengisytiharkan kehendakNya jelas-jelas dan berulang-ulang. Solomo, raja dan ahli falsafah yang paling berhikmah dalam sejarah dunia telah memberi nasihatnya yang berilham. Siapakah yang akan kamu percaya? Parti Bangsa Bersatu dan UNICEF, yang mencadangkan hak kanak-kanak sementara memberi amaran akan kesan-kesan pemanasan bumi?
Para pemikir dunia langsung tidak ada pemahaman akan hal keibubapaan, terutamanya mereka yang semakin berpendidikan dan/atau semakin pandai. Ketika seseorang budak di Amerika membunuh budak sekolah yang lain, apakah tindak balas para pendidik, ahli politik dan media massa? Kawalan senapang! Baik Amerika mahupun dunia tidak memerlukan kawalan senjata – mereka memerlukan kawalan budak yang diajarkan dalam amsal ini.
Nenek moyang pernah berkata, “Sayang pakai rotan akan merosakkan anak”; akhlak generasi itu dibandingkan akhlak generasi ini adalah seperti terang dan gelap. Generasi ini berkata, “Kanak-kanak tidak boleh dipukul.” Siapakah yang betul? Nenek moyang itu telah memilih ilham Allah, hikmah Solomo, dan akal budi. Masyarakat zaman kini yang kegadis-gadisan dan yang “apapun boleh”, menunduk kepada pendidik jahil dan kata-kata tolol ibu-ibu yang suka sukan bagi anak. Kedua-duanya pun tidak ada apapun pemahaman akan kehidupan.
Nenek moyang tahu kasih sejati itu melakukan apa yang perlu untuk mempersiapkan anak untuk kehidupan. Mereka tahu bahawa membenarkan anak terbiar tanpa hukuman rotan adalah untuk membenci anak. Mereka tahu bahawa seorang anak yang tidak terdidik akan membesar menjadi dewasa yang tidak berdisiplin, dan tidak sedia untuk kehidupan yang berjaya. Mereka tahu bahawa dewasa yang tidak berdisiplin akan mengalami banyak derita dan masalah.
Hasil tuaian zaman semasa akan remaja yang angkuh, malas, memberontak, jahat, ganas, dan tidak terkawal ini membuktikan pelajaran ini. Dunia ini tidak pernah menyaksikan suatu bangsa anak muda yang sebegitu rosak dan mementingkan diri sendiri dan yang harap segalanya dilayani kepada mereka. Allah dan Solomo itu betul. Apapun pendapat yang lain haruslah dipandang hina (Maz 119:128).
Jika kamu mengasihi anakmu, kamu akan memakai hukuman rotan dengan awal-awal dan cepat. Jika kamu berlengah terlalu lama, mereka menjadi keras di dalam kebebalan, dan waktu itu sudah terlambat (Ams 19:18; Peng 8:11). Ibubapa boleh mengelak anak mereka menjadi kaum remaja yang merunsingkan dengan mendidik budak yang pra-remaja secara Alkitabiah. Jika kamu bebal dengan sayang memakai rotan, kamu akan menuai kesan-kesannya yang pedih.
Ayah yang paling baik di dunia ialah Allah. Dia mengasihi anak-anakNya sebegitu mendalam sehingga Dia mengutus AnakNya yang tunggal untuk mati bagi mereka. Apakah layananNya terhadap anak-anak yang mengingkariNya? Adakah kamu mengenal Alkitabmu? Dia menyesah mereka dengan cambuk dan menuntut mereka menyukainya dan belajar daripadanya (Ibr 12:5-13). Jika mereka tidak belajar dengan cukup cepat, Dia mengeluarkan mereka daripada dunia ini (1Kor 11:30-32). Joel Osteen dan Rick Warren jarang mengajar hal ini.
Anak kesayangan Allah selain daripada Yesus ialah Daud. Dia sungguh-sungguh mengasihi Daud. Apabila Daud berdosa, dan Alkitab ada mencatatkan beberapa dosanya, Allah menghukumnya keras-keras. Pukulan yang dialami Daud bagi penzinaannya dengan Batsyeba dan dosa-dosa lain sungguh keras. Tetapi Daud suka akan pukulan itu kerana dia tahu pukulan itu diberi dengan kasih bagi keuntungannya (Maz 119:67,71,75). Jika kamu seorang anak Allah, kamu harus menghargai kasih Bapamu dan tunjukkanlah kasih itu juga kepada anakmu.