13:22
Seorang lelaki yang baik meninggalkan warisan bagi anak cucunya: dan kekayaan orang berdosa dikumpulkan bagi orang benar.
Keluarga yang baik bertambah maju dari generasi demi generasi. Orang baik menabung bagi cucu. Allah memberkati pelaburan mulia itu dengan mengambil daripada orang durjana untuk menambahkannya kepada warisan itu. Hikmah termasuk rancangan pewarisan bagi keluargamu untuk maju secara kewangan. Seorang datuk yang mengasihi berniat supaya generasi masa depan keluarganya ada lebih kuasa ekonomi.
Orang baik ada pandangan yang jauh, terutamanya bagi keluarganya. Mereka merupakan perancang keluarga yang sungguh elok. Mereka bersukacita dengan cucu, dan mereka menyediakan segala jenis kelebihan. Allah mengganjari kebaikan mereka dengan melindungi harta-harta mereka untuk keturunan mereka. Generasi-generasi orang benar diberkati (Maz 103:17). Tetapi Dia mengambil kekayaan orang durjana dan memberi itu kepada orang salih.
Alkitab menjanjikan umur panjang kepada orang benar dan memendekkan hayat para pendosa (Ams 3:1-2; 4:10; 9:11; 10:27; Maz 34:11-13; 91:16; Efe 6:2-3). Ia juga menjanjikan peralihan kekayaan yang selamat dari satu generasi kepada yang lain bagi orang benar (Ams 28:8; Pkh 2:26; Ayb 27:16-17). Ini merupakan janji-janji ajaib yang tak seorang penjual insuran kehidupan pun dapat tawarkan.
Israel, umat Allah, melawat Mesir, orang pagan yang bersembahyang kepada kucing di Sungai Nil. Ketika mereka meninggalkan tempat itu, mereka mengambil kekayaan bangsa itu yang mampu menampung banyak generasi (Kel 3:21-22; 12:36). Saul beriri hati kepada Daud yang benar lalu menganiayanya, tetapi Allah memberi takhta Saul dan isteri-isterinya kepada Daud (2Sam 12:7-8). Dan takhta Daud itulah yang bertahan selamanya (Yes 9:6-7).
Orang lelaki ada peranan keluarga yang besar. Orang tua-tua ialah Allah Pencipta punya rancangan bagi keluarga. Seperti ayah, demikian juga keluarga. Kebanyakan masalah kehidupan dapat dikesan balik kepada ayah yang cuai. Dia pertama-tama haruslah baik secara moral dan rohani, seperti yang diajar amsal ini. Kemudian dia harus menabung dan memberi suatu warisan kepada cucunya. Dia mengambil kira cucunya sebagai mahkotanya (Ams 17:6).
Hanya orang baik adalah cukup kuat untuk mengekalkan pendapatan dan aset sebagai harta pusaka (Ams 11:16). Orang bebal dan orang berdosa terlalu bebal, malas, mementingkan diri sendiri, atau terlalu membazir untuk mengumpulkan harta pusaka untuk keluarga. Orang yang baik ialah pekerja yang bekerja keras dalam suatu kerjaya atau bidang, penabung yang cekal dan disiplin, pemakai wang yang berjimat dan yang berhikmah, pelabur yang berhemat dan yang pesimis, dan pemberi yang murah hati. Dia dengan mudah menyangkal diri sendiri supaya adanya wang yang tertinggal bagi generasi masa depan.
Allah telah mengarahkan ibubapa untuk membina suatu warisan bagi anak-anak mereka (Ams 19:14; 2Kor 12:14). Ia bukan suatu pilihan atau cadangan semata-mata – ia arahanNya – ia peraturan hikmah. Sementara anak sudah siap menyokong ibubapa kalau ada kecemasan pada umur tua, itu bukanlah rancangan Allah yang biasa bagi dua generasi (1Tim 5:4,8). Ibubapa sepatutnya sudah hidup dengan tekun dan dengan cukup berhikmah untuk menyediakan suatu warisan bagi dua generasi yang kemudian.
Dunia yang cabul ini mengolok-olok Allah dan ordinan-ordinanNya. Tabiat yang mementingkan diri dan nafsu kenikmatan dan sikap mahu dipuaskan segera memberi kesan memakai kebanyakan atau kesemua pendapatan atau melampaui pendapatan, sesuai dengan sika orang yang mati sebagai penghutang pada zaman generasi yang jahat ini. Ia sungguh popular, dan lucu kepada orang bebal, bagi datuk nenek berkata, “Kami sedang memakai harta warisan anak-anak kami.” Allah Yang Maha Besar akan menghantar para pesara itu ke neraka dan memberi harta pusaka mereka kepada orang benar, yang mengasihi keluarga mereka.
Suatu warisan bagi anak-anakmu dan cucu-cucumu ialah satu alasan lagi mengapa kamu harus menabung separuh daripada pendapatanmu. Menabung wang bukanlah suatu pilihan atau cadangan; ia tugas Kristianmu (Ams 6:6-8; 30:25), kerana hal meninggalkan suatu warisan ialah tugas Kristianmu. Kamu tidak boleh memakai alasan membaca Alkitab dan berdoa setiap hari. Kamu harus bertindak untuk menabung separuh daripada pendapatanmu. Sesiapa pun boleh menabung dengan mengkhususkan wang untuk simpanan dan hidup dengan apa yang tertinggal.
Allah ada hikmah dan hak untuk memberitahumu bagaimana untuk menguruskan wang. Dia mengilhamkan Salomo untuk menulis amsal-amsal ini bagimu. Ia tugasmu untuk mentaatinya. Kamu harus bekerja keras dan bekerja pintar untuk pendapatan (Ams 10:4; 12:24; 14:4). Kamu harus mengelakkan cara pemakaian wang yang bebal dan yang bazir (Ams 21:17,20; 18:9). Kamu harus menolak pelaburan skim cepat kaya (Ams 13:11; 14:23). Kamu harus memberi dengan murah hati (Ams 11:24-27; 19:17). Kamu harus menabung secara sistematik (Ams 6:6-8; 30:25).
Bagaimana pula jikalau kamu ada kurang kekayaan untuk ditinggalkan kepada anak-cucumu? Jika kamu telah hidup dan bekerja dengan mulia menurut firman Allah, maka Dia telah memilih nasibmu itu untuk tujuan yang berhikmah. Dia menginginimu memberi mereka pemberian yang lebih besar. Warisan paling besar yang boleh ditinggalkan seorang lelaki bagi keluarganya ialah takut akan Tuhan, kitab suci Kristian, dan hikmah (Maz 34:11; 119:111; Pkh 7:11). Orang baik akan memandang jauh ke tiga atau lebih generasi yang memerlukan hal-hal yang berharga ini (Maz 78:1-8; Yoel 1:1-3).
Hai pembaca, apakah yang sedang kamu buat bagi keluargamu? Adakah kehidupanmu demikian, dengan penuh integriti sehingga berkat-berkat sedang terkumpul kepada keturunanmu, secara rohani dan secara kewangan? Atau adakah kamu orang yang bebal, yang mengabaikan tugas memberi kepada anak-anakmu kelebihan yang telah diarahkan kepada dirimu untuk beri mereka (Ula 6:4-9; 2Kor 12:14; Efe 6:4)? Malulah kamu! Biar setiap ayah ingat hari demi hari mengapa dia masih hidup (Yes 38:19).
Hai orang Kristian, kedudukan kewanganmu dalam kehidupan hanya penting secara sederhana. Tumpukan perhatianmu dan kerinduanmu ke atas. Bapamu di syurga ada warisan yang ditinggalkan bagimu di dunia akhirat yang melampaui kekayaan alam semesta (1Kor 3:21-23; 1Pet 1:3-5; 2Pet 3:10-14). Apakah pelaburan yang dibuatNya untuk masa depanmu? Kematian AnakNya Sendiri! Apakah bahagian yang telah ditentukan bagimu? Bahagian yang serata dengan AnakNya itu (Rom 8:14-19)!