13:25
Orang benar makan sampai kepuasan jiwanya: tetapi perut orang durjana akan kekurangan.
Di sinilah hikmah untuk kehidupan yang penuh kepuasan dan kebahagiaan. Akankah kamu menunduk kepada Sang Pengkhutbah, Raja Israel, dan pelajarannya tentang penyediaan nasib Allah dan kepuasanmu? Perangai lebih penting daripada kuantiti atau kualiti, dan keredaan Allah yang berbelas kasihan membeza-bezakan manusia.
Orang benar ialah orang yang salih; jiwa yang puas ialah orang yang senang hati dengan apa yang ada. Kesalihan bersertakan kepuasan ialah untung yang besar (1Tim 6:6). Percayalah itu! Kejayaan sejati ialah pilihan yang kamu dapat buat sesudah membaca amsal ini. Pilihlah sekarang untuk bangkit melebihi dunia yang disfungsi dan yang tidak bahagia ini.
Allah menyediakan bagi orang benar, dan Dia menghukum orang durjana. Apa yang dunia kejar dengan penuh tenaga, Allah menyediakan bagi orang benar oleh kekuatanNya (Mat 6:33). Pelajaran yang dianggapkan di sini ialah kepedulian Allah bagi penyediaan nasib orang salih (Ams 10:24,29; 11:6,8,19,21,31; dsb.).
Orang benar makan secukupnya, bagi keperluannya, apa-apa pun yang ada di hadapannya dan menganggap itu sebagai suatu pesta. Orang durjana memakan berlebih-lebihan, dengan hajat supaya hidangan itu berbeza, dan dia tidak dapat dipuaskan. Yang satu berpuas hati dan dipenuhi; yang satu lagi tidak berpuas hati dan berasa geram.
Salah satu kutuk kewujudan manusia yang berdosa ialah ketidakpuasan dan kekhuatiran. Salomo memaklumkan bahawa orang kaya di dunia kerap kali dijauhkan daripada menikmati kelimpahan mereka (Pkh 5:12-17; 6:1-2). Tetapi Allah mampu menterbalikkan segalanya dalam hati dan minda orang benar (Ams 10:22; Pkh 5:18-20).
Allah memberkati orang benar dalam jiwa mereka, iaitu tempat orang durjana selalu bermasalah (Yes 57:20-21). Kemakmuran sahaja tidak boleh membawa kepuasan, kerana perak tidak akan memuaskan orang yang mengasihi perak (Pkh 5:10). Kepuasan ialah keadaan batiniah yang hanya diketahui oleh orang benar (Ams 16:8; Flp 4:11), dan untuk menambahkannya kepada kesalihan ialah keuntungan yang besar bagi setiap orang (1Tim 6:6-8). Percayalah itu!
Pertimbangkan orang benar, yang makan secukupnya bagi keperluannya. Dia memakan dan minum dengan kesederhanaan dan untuk kekuatan (Pkh 10:17). Dia tidak tergoda oleh kemabukan, kelahapan, dan kesan-kesannya (Ams 23:21). Malahan juga, dia makan dan minum bagi kemuliaan Allah (1Kor 10:31).
Dia memakan apa pun yang ada di hadapannya, sebab dia telah memilih untuk berpuas hati dengan barang apa yang Allah bekalkan (Flp 4:12). Dia memilih untuk berpuas hati dengan apa yang dimilikinya, sebab Tuhan ialah bahagiannya yang abadi (Maz 73:25-26; Ibr 13:5-6). Hati yang penuh adalah lebih baik daripada perut yang penuh.
Dia menganggap apa pun makanan yang jumlahnya sederhana sebagai suatu pesta, kerana dia ada kewajaran, damai sejahtera, dan kasih sebagai makanan utama di meja hidangannya (Ams 15:16-17; Maz 37:16). Oleh sebab hatinya girang dalam Tuhan, dia memiliki pesta yang berterusan tidak kira apa pun yang ada di meja hidangannya itu (Ams 15:15; Pkh 5:18-20).
Pertimbangkan orang durjana, yang kerap kali gelojoh dalam kelimpahan (Luk 16:19). Dia memilih kelimpahan melebihi kesederhanaan dan kena menghadapi kesan-kesannya (Ams 21:17; 23:29-35). Tetapi dia tidak boleh berehat, meskipun dalam kemakmuran, sebab dia ada kesakitan celaka yang khuatir akan kemakmuran (Pkh 5:12-17; 6:1-2).
Dia selalu berharap supaya hidangan atau suasana berbeza, sebab hatinya kedambaan dan tamak akan apa yang orang lain ada, dan situasi itu menggemaskan jiwanya (Pkh 6:9). Ahab, walaupun merupakan raja Israel, tidak dapat menikmati apa pun di istananya tanpa memiliki kebun Nabot (1Raj 21:1-4).
Orang durjana menemui masalah di meja hidangan yang paling mewah, sebab kerap kali ada persengketaan berbagai jenis (Ams 15:17; 17:1). Tidak kira di mana dia pandang, tidak kira apa pun dia buat, segalanya kesia-siaan dan kegemasan roh (Pkh 2:17; 4:4; 6:9). Dia seperti laut yang bergelora; dia tidak boleh beristirahat (Yes 57:20-21).
Salah satu perkara teruk yang boleh dilakukan Allah adalah untuk mengisi perutmu dengan apa yang paling baik daripada dunia ini tetapi menyampaikan kekurusan dalam jiwamu, seperti yang telah Dia buat kepada Israel dengan burung puyuh (Maz 106:15). Pastikan bahawa Dia tahu kamu berpuas hati dengan makananmu tetapi lebih mendambakanNya (Mat 5:6; Luk 10:38-42).
Allah menjamin bahawa orang benar akan diberi makan (Maz 34:10; 37:3,25), dan tidak kira betapa kurang bekalan mereka, mereka ada hati yang dipenuhi sukacita yang sejati dan yang kekal. Orang durjana kehilangan segala harapan pada saat kematian dan setitis air pun akan didambakannya untuk sepanjang kekekalan di akhirat (Ams 11:7; Luk 16:24). Bertaubat daripada dosa-dosamu pada hari ini, percayalah kepada Yesus Kristus, dan belajarlah untuk berpuas hati di dalam TUHAN.