14:3
Dalam mulut orang bebal ada tongkat keangkuhan: tetapi bibir orang berhikmah akan mengekalkannya.
Adakah ucapanmu kebanyakannya angkuh atau kebanyakannya berbudi baik? Semua ucapan tergolong antara sekitar dua keterlampauan ini. Di manakah ucapanmu tergolong? Adakah ucapanmu cenderung berbudi baik dan murah hati pada setiap masa? Atau adakah ia cenderung menjadi angkuh dan melukakan pada sesetengah masa?
Di sinilah salah satu masalahnya – kamu bukan hakim yang baik bagi ucapanmu. Hanya orang lain dapat dengan tepat beritahu sama ada kamu angkuh atau murah hati dengan kata-katamu. Semua orang ingin menganggap betul cara mereka bercakap, tetapi para pendengar itulah yang akan rasa sama ada dijelekkan ataupun diberkati oleh kata-katamu.
Ada kesan-kesan untuk ditanggung bagi ucapanmu. Ucapan yang kasar dan angkuh membawa hukuman dan masalah daripada Allah dan manusia; ucapan yang cermat dan yang berbudi baik membawa berkat dan keselamatan daripada Allah dan manusia. Dapatkah kamu menguasai mulutmu untuk melindungi dirimu daripada masalah?
Cara kamu memakai lidahmu, iaitu salah satu benda yang paling sukar untuk dikuasai, menentukan cara kamu dilayani di dalam kehidupan. Kedua-dua maut dan hidup berada di dalam kuasa lidah, dan jika kamu membenarkan dirimu untuk langsung bercakap, kamu akan sedar salah satu daripada hasilnya (Ams 18:21). Solomo kerap kali memberi amaran tentang kesan-kesan ucapan (Ams 10:20,31; 15:2; 21:23; 26:28; Pkh 10:12-14).
Apakah tongkat keangkuhan di dalam mulut orang bebal ini? Ia suatu metafora yang menjelaskan bagaimana ucapan angkuh orang bebal melukakan orang lain dan melukakan dirinya sendiri. Lidahnya menjadi suatu senjata untuk kepedihan (Ayb 5:21; Yak 3:9-12). Orang bebal tidak dapat mengawal ucapannya yang angkuh, dan ia menyebabkan orang lain dan dirinya sendiri untuk berdukacita mana-mana yang dia pergi (Ams 12:18; 13:10; 14:16; 18:6-7,21; 21:24; 28:25; 29:20).
Tetapi orang berhikmah dikekalkan dan dihormati melalui lidahnya. Dia memakai ucapannya bagi kebaikan orang lain, dan mereka mengasihinya untuk itu (Ams 15:4,23; 24:26; 25:11-12). Kata-katanya yang berbudi baik dan yang murah hati memenangi berkat dan keredaan orang lain (Ams 11:16; 22:11; 31:26). Dia mengekalkan jiwanya daripada banyak dukacita dengan berurus secara berhikmah dengan orang di sekitarnya (Ams 6:1-5; 12:13; 15:1; 18:7).
Ketika seorang bebal bercakap angkuh dengan mulutnya, keangkuhan dalam kata-katanya menyebabkan orang lain untuk tidak menyukai dan membencinya. Dia kehilangan sahabat dan perhubungan, tetapi di dalam kejahilannya dia tidak tahu mengapa. Ketika orang berhikmah dengan murah hati dan dengan rendah hati merendahkan dirinya untuk memajukan orang lain, orang lain itu membalas dengan kesayangan dan penghargaan. Orang demikian memenangi sahabat dan kehormatan.
Adakah kamu tahu di manakah ucapanmu tergolong di antara keangkuhan dan sikap berbudi baik? Sementara hatimu sungguh memperdayakan mengatasi segalanya, kamu merupakan hakim yang tidak sesuai (Yer 17:9; Maz 19:12). Sementara orang cenderung untuk berdalih bagi kesalahan mereka sendiri, kamu harus menerima penghakiman orang lain. Adakah orang lain fikir kamu orang yang memedihkan, kasar, angkuh, atau menyindir? Atau adakah orang lain memikir kamu orang yang lemah-lembut, murah hati, membina, atau suka menurut? Kamu harus menghapuskan sampai sedikit bau keangkuhan pun di dalam hatimu untuk ada ucapan yang dapat diterima (Ams 16:5).
Firman Allah adalah terus-terang di sini. Ucapan yang rosak harus digantikan dengan ucapan yang berbudi baik dan yang membina (Efe 4:29). Kepahitan, murka, kemarahan, membuat ribut, percakapan jahat, dan niat jahat harus digantikan dengan kemurahan, kelemah-lembutan, dan pengampunan (Efe 4:31-32). Ucapan harus selalunya berbudi baik, dan membenarkan ruang untuk hanya sedikit digarami (Kol 4:6).
Tuhan Yesus Kristus sendiri berbicara dengan budi baik yang paling sejati (Maz 45:2; Luk 4:22). Para pegawai yang diutus orang Yahudi untuk menangkap Dia pun hairan akan ucapanNya yang cemerlang (Yoh 7:45-46). Hikmah dari syurga nyata-nyata berbeza daripada hikmah neraka, dan kedua-dua jenis dibuktikan daripada perangai hati dan ucapan manusia (Yak 3:14-18). Biar hikmah amsal ini cukup nyata memalingkan ucapanmu daripada keangkuhan kepada yang berbudi baik.