14:4
Di tempat ketiadaan lembu jantan, palung bersih sahaja: tetapi keberhasilan yang banyak adalah melalui kekuatan lembu jantan.
Kamu memerlukan lembu jantan, walaupun ia mahal. Pelaburannya berbaloi, dan kamu akan maju dengan lebih cepat dan dengan lebih jauh kalau membeli seekor lembu jantan berbanding dengan menabung wangmu tanpanya. Peraturan yang kuno ini di masyarakat pertanian masih bernilai sampai hari ini, jika kamu belajarnya dengan sepenuh-penuhnya.
Hikmah termasuk melipatgandakan usaha-usaha kamu untuk mencapai lebih daripada apa yang dapat dibuat keseorangan. Amsal ini mengajar pelajaran tersebut yang penting. Allah mengilhamkan Salomo supaya menulis tentang hal ekonomi, hal kewangan, dan hal pelaburan. Allah menginginkan kamu bekerja pintar supaya dapat menjadi lebih maju.
Di dalam buku falsafahnya, Salomo telah menulis, “Jika besi itu tumpul, dan dia tidak mengasah matanya, maka dia terpaksa memakai lebih tenaga: tetapi hikmah itu berfaedah untuk memimpin” (Pkh 10:10). Hikmah termasuk bekerja dengan pintar, seperti memakai kikir untuk mengasah kapak supaya kamu dapat menumbangkan pokok dengan lebih cepat daripada orang lain, yang meneruskan usaha bebal mereka untuk memukul pokok dengan mata kapak yang tumpul.
Adam Smith telah mengarang buku, “The Wealth of Nations,” (Kekayaan Bangsa-bangsa) pada tahun 1776. Sebelum itu, pemahaman akan menabung, pelaburan, modal, alat keberhasilan, aset yang menjanakan pendapatan, dan pengagihan kerja kurang difahami. Tetapi Salomo telah mengajarkan hal-hal ini pada tahun 920 SM, atau hampir 3000 tahun sebelum Adam Smith. Berilah kemuliaan kepada Allah! Cintailah Alkitab! Cintailah Amsal!
Lembu-lembu jantan ['Oxen' dalam bahasa inggeris] ialah binatang bovin besar yang telah diciptakan Allah untuk berkhidmat untuk manusia. Pada hari ini, apabila dijinakkan, secara am orang biasanya memanggilkannya lembu daging ['Cattle' dalam bahasa inggeris]. Secara spesifik, ia merupakan lembu jantan yang telah dikembiri dan yang telah mencapai tahap kekuatan dewasa yang sepenuhnya (Lembu jantan tidak suka dipegang, dikenakan kuk dan dipaksa membajak!). Berat badannya boleh mencapai 1 tan dengan mudah dan mempunyai tenaga yang cukup kuat untuk menarik.
Palung ialah alat storan berpalang yang menjadi tempat jagung atau hasil biji-bijian disimpan untuk memberi makan kepada lembu dan ternakan yang lain. Palung dalam bahasa Inggeris ialah “crib”. Penggunaan perkataan “crib” ini telah disamakan dengan katil kecil bayi yang berpalang kerana ia mempunyai rupa yang hampir sama. Sesuatu palung adalah serupa dengan palung yang Tuhan dan Juruselamat kita telah pakai selepas dilahirkan (Luk 2:7).
Jika seorang petani membajak, mengusahakan, dan menuai dengan tangan, dia hanya mempunyai kekuatan dan daya ketahanan untuk mengerjakan satu bahagian tapak tanah yang kecil sahaja. Keluarganya akan kekurangan dan dia langsung tidak akan maju. Palung yang bertujuan untuk diisi dengan jagung dan hasil-hasil yang lain akan menjadi bersih, iaitu, kosong, sebab dia dan keluarganya pasti sudah makan habis kebanyakan atau semua yang dia mampu tanam dan tuai. Bangsa-bangsa pada hari ini yang masih hanya bergantung kepada kerja buruh adalah semiskin keadaan mereka dari 4000 tahun dahulu.
Tetapi jika seorang petani boleh menyangkal diri sendiri dan mengumpulkan wang untuk beli seekor lembu jantan, dia sudah melabur di dalam alat yang akan melipatgandakan hasilnya dengan banyak. Seekor lembu jantan boleh menarik bajak untuk banyak jam sehari (1Raj 19:19). Banyak ekar tanah boleh dikerjakan. Tetapi ini bukan kesudahannya!
Lembu jantan juga boleh mengirik bijian mentah untuk mengasingkan isinya (Ula 25:4) dan ia dapat menarik batu pengisar (Hak 16:21). Lembu jantan boleh menarik gerobak yang penuh dengan hasil ke pasar (Bil 7:3). Petani itu sekarang menghasilkan lebih daripada keperluannya sendiri lalu menambahkan kekayaannya dan membesarkan kebunnya. Nasib buruknya yang dahulu telah diterbalikkan kerana menabung dan melabur di dalam seekor lembu jantan.
Menabung dan melabur ialah tiang-tiang untuk ekonomi yang kapitalistik [bermodal] dan yang makmur. Untuk membeli seekor lembu jantan, seorang petani menyangkal dirinya daripada kenikmatan-kenikmatan jangka masa pendek untuk mengumpulkan dana yang perlu: inilah maksud menabung. Selepas itu, dia harus membelanjakan dana yang dikumpulkan itu untuk seekor lembu jantan yang makan banyak setiap hari dan mahal untuk dijaga: inilah maksudnya melabur. Hikmah itu suka menabung dan suka melabur.
Dengan menabung setengah daripada hasilnya, petani itu menjanakan modal. Dengan melaburkannya ke dalam benda yang menambahkan hasilnya dengan lebih cekap, dia telah mengubahkan modal itu kepada aset yang menjanakan pendapatan. Modal yang dilaburkan itu akan membawa kekayaan, yang menjanakan lebih modal dan pelaburan, yang membawa lebih kekayaan. Banyak keberhasilan adalah melalui kekuatan lembu jantan! Terima kasih, Salomo!
Pertimbangkan hikmah amsal ini. Lembu-lembu jantan makan banyak jagung dan makanan yang lain. Namun begitu, ladang yang tidak mempunyai lembu jantanlah yang palungnya kosong. Ladang yang mempunyai lembu jantan, walaupun ia makan banyak jagung, mempunyai keberhasilan yang berganda bagi hasil bersih jagung. Ada banyak saki-baki jagung untuk dijual dan untuk membeli kemewahan yang tidak pernah dibayangkan seorang petani dahulu ketika hanya mengusahakan ladang dengan tangan sendiri. Allah telah menciptakan cara penghasilan, iaitu lembu jantan, yang apabila dipakai dengan bijak akan menghasil lebih daripada apa yang dimakannya. Terima kasih Tuhan! Allah juga memberi hikmah supaya memakai lembu jantan. Terima kasih Tuhan!
Kedua-dua lembu jantan dan hikmah untuk memakai lembu jantan datangnya daripada Allah. Sebenarnya, pengetahuan menanam, menuai dan proses biji-bijian yang berlainan juga datang daripadaNya (Yes 28:23-29). Adakah kamu memahami kebenaran yang berharga ini – hikmah untuk perkebunan datangnya daripada Allah? Ia tidak didapati dengan memakai cara cuba-cuba (sebab kalau sebegitu, generasi pertama sudah mati sebelum dapat belajar bukan?)
Dari manakah datangnya ciptaan yang pintar? Ia berkat daripada Allah dan dihasilkan daripada hikmah (Ams 8:12). Allah meletakkan kemampuan yang luar biasa di dalam hati sesetengah orang, dan Dia menggerakkan orang itu untuk memakai kepintarannya untuk mencipta alat-alat yang mengagumkan orang lain dan dipakai orang lain untuk menggandakan usaha mereka (Kel 31:1-6; 36:1-2; 2Taw 26:15). Adakah kamu bersyukur kepada Allah bagi alat-alat yang membebaskan kamu daripada bekerja buruh setiap hari? Dia akan menghakimi sikap ketidaksyukuran (Rom 1:21-22).
Di sinilah hikmah untuk ekonomi, dan Salomo telah mengajarkannya dari 3000 tahun dahulu! Tetapi ada masyarakat dan bangsa-bangsa tertentu yang belum menanggap pelajaran-pelajaran yang mudah ini. Mereka masih bergantung kepada kerja buruh sedangkan tidak memahami hal menabung, tidak membuat pelaburan, dan mengetepikan alat-alat keberhasilan yang sedia ada. Mereka memetik buah dan kacang, memburu binatang, memakai kulit binatang, dan masih hidup di dalam pondok dan khemah. Mereka tidak berubah dari beribu-ribu tahun dahulu. Adakah kamu bersyukur bagi hikmah?
Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang cinta dan memakai prinsip-prinsip hikmah ini menikmati banyak kekayaan dan kemakmuran. Mereka menikmati kemewahan dan kelapangan masa lebih daripada mana-mana masyarakat sejarah. Manusia mengolongkan negara-negara lain yang tidak memakai hikmah Salomo ini sebagai negara Dunia Kedua atau negara Dunia Ketiga berdasarkan kejahilan mereka akan prinsip-prinsip ekonomi yang mudah ini.
Sesudah seseorang nampak faedah untuk menabung dan melabur di dalam lembu jantan, dia menjadi sungguh sedar akan kemungkinan-kemungkinan yang lain. Maka, ciptaan pintar yang lain juga terjadi, dan itu merupakan berkat yang lebih lanjut daripada Allah ke atas mereka yang takut akanNya (Ams 8:12). Mereka menciptakan alat bajak, alat menabur, jentera pemetik, mesin mengirik, dan traktor yang lebih baik! Mereka menciptakan gergaji rantai (chainsaw), mesin penuai kombin, PTO, tali sawat penyampai, mesin basuh, mesin taip, pembersih vakum, ketuhar gelombang mikro, dan komputer!
Adakah kamu lebih suka kerja balak dengan memakai kapak atau dengan memakai gergaji rantai? Adakah kamu lebih suka menghiris daging dengan pisau atau dengan memakai mesin hiris? Adakah kamu lebih suka menjadi seorang akauntan beralatkan kalkulator atau beralatkan komputer? Adakah kamu lebih suka mengalihkan kotak-kotak dari lori dengan memakai trak angkat ataupun dengan memakai tangan? Sanggupkah kamu menerima tugas untuk memasang kereta dengan tangan sahaja atau dengan memakai barisan pemasangan di kilang kereta?
Simpulkan pelajaran ini dan pujilah Tuhan! Lembu jantan, hikmah ekonomi untuk memakai lembu jantan, hikmah pertanian, dan ciptaan-ciptaan pintar kesemuanya adalah daripada Tuhan! Berilah Allah kemuliaan!
Adakah kamu sedang menabung atau melabur sebijak semungkin? Adakah kamu mentaati amsal ini di dalam hidupmu? Adakah kamu memiliki apa-apapun alat yang melipatgandakan hasil? Adakah kamu memiliki apa-apapun aset yang menjanakan pendapatan? Adakah kamu sedang mengumpulkan dana, iaitu modal, untuk melabur di dalam benda-benda sebegini? Jika kamu memakai semua pendapatan kamu, kamu bebal. Kamu harus belajar daripada semut (Ams 6:6-8; 30:25). Kamu harus cari “Mutual Fund” (dana bersama), rumah sewa, perlengkapan atau alat yang boleh menghasilkan lebih daripada harga kosnya, suatu perniagaan yang membolehkan kamu memakai orang lain sebagai pekerja, atau cara-cara lain yang boleh melipatgandakan usaha kamu sendiri.
Paulus telah memakai peraturan-peraturan menjaga lembu jantan kepada hamba-hamba Tuhan. Jadi, pertimbangkan bagaimana amsal ini berkaitan dengan mereka (1Kor 9:6-14; 1Tim 5:17-18). Suatu gereja yang tidak mempunyai pastor akan ada pertumbuhan rohani yang terbantut, sebab kekuatan lembu jantan rohani yang dianugerahkan oleh Allah sudah
hilang. Tetapi kalau ada pastor yang berusaha, gereja akan mendapat faedah daripada cara keberhasilan yang telah ditahbiskan oleh Allah ini. Hamba Allah yang rajin boleh membawa banyak keuntungan – dan inilah panggilannya (1Tim 4:13-16). Dan lebih keras dia bekerja, lebih banyak dia harus diberi makan (1Tim 5:17-18).
Adakah kamu menjaga lembu jantan kamu, iaitu penjaga jiwamu? Adakah kamu berdoa untuknya setiap hari? Jika kamu memeliharanya dan berdoa untuknya, dia dapat membantu melipatgandakan keinginanmu untuk firman Allah.
Lebih-lebih lagi, ia tugas rohani orang kudus Allah untuk memastikan supaya gereja-gereja mereka suci sebab berkat-berkat rohani dan jasmani adalah melalui kemurahanNya (Maz 144:9-15). Sumber keberhasilan jasmani dan sumber keberhasilan rohani pun menurut kurniaan Allah. Lembu jantan yang sihat dan yang kuat, dan ladang yang penuh dengan makanan adalah melalui belas kasihan Tuhan (Maz 144:13-14). Dan berbahagialah mereka yang telah menghormati Tuhan dengan kehidupan yang kudus yang membawa semua berkat besar ini! Berbahagialah umat yang Allah mereka merupakan TUHAN (Maz 144:15)!