15:18
Orang yang penuh murka menimbulkan pertengkaran: tetapi dia yang lambat marah meredakan pertengkaran.Orang yang penuh murka menimbulkan pertengkaran: tetapi dia yang lambat marah meredakan pertengkaran.
Ada orang yang akan bertengkar dengan tidak teragak-agak. Roh yang ingin bertengkar ini berasal daripada sifat rosak manusia yang diwarisi daripada Adam (Tit 3:3; Rom 1:29-31; 3:13-18). Ia disebabkan oleh keangkuhan dan sikap mementingkan diri sendiri yang ingin dianggap lebih unggul daripada orang lain (Ams 13:10; Fil 2:3-4). Ia disebabkan oleh sikap lekas marah oleh roh yang terburu-buru, yang dengan serta-merta bertindak untuk menjatuhkan nama baik atau mengatasi orang lain dan membalas apa-apa pelanggaran atau kesalahan (Yak 4:1-5).
Orang yang penuh murka menjadi lekas marah. Sedikit provokasi pun akan menjadikannya bertindak dengan serta-merta terhadap orang yang telah bersalah terhadapnya. Tentulah ini akan memprovokasikan pihak yang bersalah itu untuk naik berang juga. Apa yang seharusnya dileraikan dengan mudah atau lesap sebegitu sahaja sekarang dijadikan suatu perbalahan besar. Orang yang penuh murka itu telah membangkitkan suatu pertengkaran yang sepatutnya tidak ada. Sikap lekas marahnya itu menambahkan pertikaian di mana jua dia pergi. Dia ini orang bebal yang berbahaya.
Namun begitu, orang yang lambat marah itu dapat menenangkan perasaan dan menamatkan pertengkaran. Daripada bertindak dengan melulu atau dengan ganas, dia, secara lemah-lembut dan sabar, menyerap semua pelanggaran orang lain dan membiarkan redang mereka itu beransur lesap. Sungguh tidak mungkin untuk bertengkar dengan sebuah bantal. Jika pertengkaran memerlukan dua orang, yang sememangnya sebegitu, maka orang yang lambat marah itu menamatkan pertengkaran dengan menenangkan emosi dan ancaman yang semakin meningkat. Kekurangan marah dia itu meredakan pertikaian itu yang muncul sekejap sahaja.
Si pemarah ialah orang bebal, sebab dia merosakkan hikmah dengan balasan yang berdasarkan emosi (Ams 14:17; Pkh 7:8-9). Ia sangat berbahaya untuk berada dekat dia kerana dialah yang mula atau menambahkan lagi pertikaian di antara orang (Ams 17:14, 19; 19:19; 29:22). Kamu harus mengelak dan menolak orang sebegini, sebab mereka akan merosakkan kemuliaan rohmu yang benci pertengkaran (Ams 14:7; 22:24-25; 1Kor 15:33).
Orang yang berhikmah belajar untuk menguasai roh mereka dan mengelak daripada menjadi marah (Ams 14:29; Yak 1:19-20). Salomo berkata bahawa orang sebegini lebih hebat daripada orang yang menakluki sebuah kota oleh dirinya sendiri (Ams 16:32). Seseorang yang mulia akan menjauhkan kemarahannya dan mudah melangkaui kesalahan orang lain (Ams 19:11). Dia tidak ingin bertengkar. Kata-kata lemah-lembut mengerjakan keajaiban dengan orang yang marah (Ams 15:1).
Yesus Kristus mengajar bahawa memberi sebelah pipi yang lain itu merupakan balasan yang salih terhadap provokasi (Mat 5:38-42). Dia mengutuk kemarahan yang tidak mempunyai sebab yang mulia (Mat 5:21-26). Orang yang hebat di kerajaan syurga ialah pendamai, bukan pemarah (Mat 5:9; Yak 3:17-18). Merekalah orang yang suka menurut di bumi ini, dan mereka suka untuk mengalah kepada orang lain bila-bila mungkin.
Kebencian itu membangkitkan pertengkaran oleh kemarahan; tetapi kasih itu menutupi segala pelanggaran dan segala dosa yang timbul di antara manusia (Ams 10:12; 1Pet 4:8). Yesus telah memberi teladan yang paling besar akan hal lambat marah semasa penyaliban dan perbicaraannya yang sungguh tidak adil itu (1Pet 2:19-23; Mar 15:5). Paulus mengasihi gereja Korintus walaupun mereka tidak menghargai semua pengorbanannya (2Kor 12:15). Adakah kamu seperti Yesus dan Paulus?