15:19
Jalan orang yang kekukangan adalah seperti pagar berduri: tetapi jalan orang benar dijadikan terang.
Adakah kehidupanmu sukar atau lancar pada tahun lepas? Apakah yang nampak boleh diharapkan? Adakah masa depan menakutkanmu, atau mengalu-alukanmu? Ada satu alasan bagi jawapan-jawapanmu kepada soalan-soalan ini. Si pemalas ada dua masalah dalam kehidupan – hal tidak berjalan lancar bagi mereka, dan mereka takut akan masa depan. Orang tekun mendapati kehidupan adalah lancar dan mudah, dan mereka bersukacita dlaam peluang-peluang yang ia bekalkan. Berapa banyak duri yang ada pada jalanmu? Kamu boleh mencabutkannya!
Ada dua kiasan simile – atau perbandingan yang dikenalpastikan – dalam amsal ini. Si pemalas punya kehidupan adalah seperti pagar berduri, yang merupakan halangan yang sukar dan yang pedih yang menghalang kemajuan atau perjalanan. Dia ada masa yang sukar untuk maju, dan dia benci akan usaha dan masalah. Orang yang benar pula ada lebuh raya yang lancar dan yang berturap yang menjadikan perjalanannya selesa dan cepat. Dia mendapati kemajuan dalam kehidupan adalah mudah, dan dia memandang kepada masa depan.
Amsal membezakan orang yang kekukangan dan orang yang tekun, iaitu orang durjana dan orang benar. Orang yang kekukangan dibandingkan dengan orang benar untuk mengajar bahawa orang yang kekukangan adalah durjana dan orang benar adalah tekun. Allah dan orang baik membenci orang malas, sebab kekukangan ialah dosa (Ams 6:6-11; 10:26; 18:9; 24:30-34; 26:16; Kej 3:19; Mat 25:26-28; Rom 12:11; 1Tes 4:11-12). Penyelesaian Allah untuk si pemalas adalah untuk melaparkan mereka (Ams 20:4; 2Tes 3:10).
Bagaimanakah kehidupan orang kekukangan seperti pagar berduri? Oleh sikap suka menangguh dan pengabaian hal-hal yang perlu untuk kemajuannya dan kejayaannya! Kemalasan menimbulkan pelbagai kesukaran yang menjadikan kehidupan lebih sukar daripada apa yang diniatkan Allah. Dengan menangguh-nangguh dan memberi alasan daripada bersedia untuk masa depan, dia sampai pada masa depan tanpa aset, kredit, kemahiran, atau reputasi. Dia tidak dapat mempertahankan diri di hadapan kesusahan; dia tiada modal untuk melabur dalam apa pun; dia tidak bernilai di pasaran pekerjaan; dan dia tidak ada kawan yang boleh menjamin keyakinan baginya.
Bagaimanakah kehidupan orang kekukangan seperti pagar berduri? Dengan perangainya yang negatif dan yang durjana! Kemalasan mencuri tenaganya, mencabuli hatinya, dan membutakan matanya. Dia fikir dia terlalu letih untuk bekerja (Ams 19:15). Dia berdukacita kalau hanya nak fikir akan kerja (Ams 26:15). Dia mencemuh setiap peluang untuk bekerja walaupun ada hujahan-hujahan yang cemerlang daripada tujuh orang berhikmah yang berjaya (Ams 26:16). Cuba cadangkan kerja. Dia akan tuntut ia terlalu sejuk untuk bekerja (Ams 20:4). Cadangkan suatu kerja lagi. Dia takut akan singa di tengah-tengah jalan (Ams 22:13; 26:13). Dia akan membayang dan berbantah untuk mempertahankan apa pun alasan yang dapat dikhayalkan untuk mengelak berhadapan dengan duri-duri kemalasan yang telah dia semaikan!
Bagaimanakah kehidupan orang tekun dijadikan terang? Dengan usaha-usahanya yang slam yang menjadikan waktu semasa lebih mudah! Dengan rancangan yang teliti dan dengan kerja keras, dia telah menyediakan apa yang perlu bagi kemajuannya dan kejayaannya. Dia tahu ke mana dia pergi, dan dia telah mengambil langkah-langkah untuk beroleh maju ke sana. Dia mengumpulkan aset, kredit, kemahiran, dan reputasi. Dia dapat mengendalikan kesusahan, melabur dalam peluang-peluang yang ditawarkan, memperoleh kerja ganti jika diperlukan, dan memanggil nombor sesiapa pun untuk rujukan yang cemerlang untuk membantunya.
Bagaimanakah kehidupan orang tekun dijadikan terang? Dengan perangainya yang ceria dan yang benar terhadap kerja! Kerja keras ialah sukacita baginya! Dia bersukacita untuk peluang kerja. Dia bersyukur untuk kerjanya. Dia menawarkan dirinya bagi kerja overtime. Dia suka membantu dalam perniagaan. Dia menghargai dan menghormati para pekerjanya. Dia tidur dengan baik, tetapi hanya pada waktu malam (Ams 6:6-11; Pkh 5:12). Dia memandang ke masa depan untuk bangun dan pergi kerja untuk bekerja pada waktu pagi. Dia menyelam ke dalam projek dan menyiapkannya, lebih baik daripada sesiapa pun yang lain. Dia mengikat diri untuk bekerja melebihi orang lain (1Kor 15:10).
Dia mencari peluang-peluang untuk lebih banyak bekerja, sebab dia tahu bahawa ganjaran dan kekayaan akan mengikut (Ams 10:4; 12:24; 22:29; 27:18). Dia rasa jerih lelah itu juga suatu ganjaran baginya (Pkh 9:10). Dia nampak masa depan penuh dengan janji-janji dan ganjaran. Dia tidak melihat apa pun yang menakutkannya: jalan di hadapannya adalah lancar dan disiapkan untuk memecut dengan laju. Dia optimistik tentang kehidupan, kerana dia telah berhadapan dengan projek-projek yang sukar dahulu dan nampaknya melebur di hadapan usaha-usahanya yang tekun itu.
Kalau semua yang lain sama rata, Allah boleh memberi kesusahan dan masalah kepada para orang kudus yang paling baik, tetapi Dia akan menyelamatkan mereka daripada kesukaran itu (Maz 34:19). Setiap orang ada masalah dan dicucuk duri sekali sekala, tetapi orang benar maju ke depan dan mencuci duri-duri itu; dia tidak bersembunyi di katilnya atau rumahnya seperti orang yang kekukangan. Dia bangun awal selepas jatuh, meskipun dia jatuh semula (Ams 24:16). Dia tidak pernah berputus asa atau meletak jawatan supaya terima sahaja kehidupan yang mengalah.
Jika kamu telah menjadi kekukangan, kamu tahu amsal ini adalah benar: kamu tahu bahawa kamu ada pagar berduri di jalanmu. Ia tidak akan menghilang hanya kerana kamu telah membaca amsal ini yang elok oleh Solomo dan bersetuju dengan pelajarannya. Ia hanya akan lesap jika kamu bangun dan menyerangnya dengan ketekunan seorang yang benar. Jika kamu tidak menyerangnya, duri-duri akan bertumbuh semakin hari semakin besar sehingga pagar itu menghimpit kehidupanmu sepenuhnya sampai dirimu menjadi kegagalan yang pedih sekali. Bangun! Maju! Bencilah tidur! Bencilah masa rehat! Serang tugas-tugasmu dengan memikirkan duri-duri yang sedang bertumbuh!
Ada satu lagi masalah yang kecil. Allah membenci si lamban dan akan menentang mereka dalam segala yang dilakukan mereka. Jika kamu telah lamban dalam kerja, maka Allah merupakan musuhmu, dan tiada apa pun yang akan berhasil dengan cara yang sepatutnya. Allah akan hanya memberkati dan memberi keredaan kepada orang yang tekun. Oleh sebab itu, jika kamu sudah kekukangan, rayulah kepadaNya untuk pengampunan sebelum kamu cuba membersihkan pagar berduri itu dengan kekuatanmu sendiri. Dia akan meniup menentang usaha-usahamu, kecuali kamu bertaubat dan merayu kepadaNya untuk bantuan.
Peraturan yang sama dipakai kepada kehidupan rohanimu. Jika kamu bersikap kekukangan dengan tugas-tugas agamamu, maka kamu akan kecewa dan merasa tertekan oleh Alkitab, oleh kekeliruan agama di dunia, dan oleh sikap badaniahmu sendiri (Luk 8:11-18). Tetapi orang yang dengan tekun mencari Tuhan akan dengan mudah dan dengan pasti menemuiNya dan ganjaranNya yang besar (Yer 29:13; Ibr 11:6). Hai pembaca! Pilihannya terpulang kepadamu dalam kedua-dua hal alamiah dan rohaniah. Cabutkanlah duri-duri itu pada hari ini juga!