15:20
Seorang anak berhikmah menggembirakan ayahnya: tetapi orang bebal menghina ibunya.
Kamu boleh menjadikan ibubapamu sungguh bahagia dengan menjadi berhikmah, dan Allah akan memberkatimu untuk itu. Masa depanmu bergantung kepada hal menyenangkan ibubapamu. Allah mentahbiskan ibubapa, dan Dia mengharapkanmu untuk menghormati mereka bagi jawatan mereka dan apa yang telah mereka buat untukmu. Allah juga telah memilih ibubapamu secara spesifik! Bumi ada 4 bilion ibubapa, tetapi Allah memilih dua yang Dia tahu akan menjadi yang paling baik bagi dirimu, tidak kira apa yang kamu fikir tentang mereka atau harap untuk dirimu sendiri.
Pertimbangkan amsal ini. Ia jenis yang menunjuk, iaitu menyatakan fakta-fakta tanpa memberi nasihat. Ia penuh nilai, niat, dan kekuatan yang harus diselami. Sementara anak berhikmah menjadikan ayahnya gembira,adakah pelajaran ini (1) untuk anak-anak menjadi berhikmah, (2) untuk anak-anakmenjadikan ayah mereka gembira, atau (3) untuk kaum ayah mendidik anak-anak yang berhikmah untuk kegembiraan masa depan mereka? Semua pelajaran ini adalah baik.
Bagaimanakah anak yang bebal menghina ibunya? “Amsal-amsal Salomo. Seorang anak lelaki yang berhikmah menjadikan ayah gembira: tetapi anak lelaki yang bebal ialah kepiluan ibunya” (Ams 10:1). “Anak yang bebal ialah kepiluan kepada ayahnya, dan kepahitan kepada perempuan yang melahirkannya” (Ams 17:25). Anak yang bebal menghina ibunya secara langsung dengan menjadi keberatan dan kepahitan kepadanya melalui gaya hidup yang bebal.
Para teruna haruslah berhikmah, kerana hikmah penting, dan ia membawa banyak manfaat (Ams 4:5-9). Hikmah juga membawa kepada keredaan dengan Allah dan manusia (Ams 3:4; Luk 2:52). Tetapi pelajaran amsal ini ialah kesan hikmah kepada ibubapa. Jika kamu memilih untuk menjadi bebal, maka kamu menyinggung Allah, kamu menyakiti dirimu, kamu menyinggung orang lain, dan kamu menyakiti ibubapamu. Berhati-hati!
Berapakah pentingnya untuk menyenangkan ibubapamu dengan menjadi anak yang berhikmah? Sungguh penting! Pertimbangkannya dengan positif dan dengan negatif. Jika kamu mentaati dan menghormati ibubapamu, maka Allah akan memberkatimu dengan kehidupan yang baik dan yang panjang (Kel 20:12; Ula 5:16; Efe 6:2-3). Tetapi Allah mewajibkan hukuman mati bagi anak-anak yang biadap, dan Dia akan melakukan itu Sendiri, jika umatNya mengabaikan tugas-tugas mereka (Ams 20:20; 30:17; Kel 21:15,17; Ima 20:9; Ula 21:18-21; 27:16; Mat 15:4)!
Mengapa nak buang masa, wang, atau usaha untuk hidup lebih lama dengan faktor-faktor yang boleh dipersoalkan seperti nutrisi, senaman, ubat, atau diet tambahan? Allah di syurga, Yang telah memberimu nyawamu, memberitahumu melalui amsal ini bahawa Dia akan menambah kepada kehidupanmu, jika kamu hidup dengan berhikmah. Bagaimana? Dengan memenuhi janjiNya untuk memberi kehidupan yang baik dan yang panjang kepada orang yang menghormati ibubapa mereka.
Apakah hikmah? Daya penghakiman yang betul! Orang berhikmah takut akan Allah dan belajar firmanNya untuk mengenal dan membuat kehendak sempurna Allah di dalam setiap situasi. Mereka tekun, berbudi baik, benar, berbelas kasihan, mulia, berhemat, wajar, dan berakhlak mulia. Ibubapa melihat anak-anak demikian hidup dengan berhikmah, dan ia memberi mereka sukacita yang besar (Ams 10:1; 17:21; 19:13; 23:15-16,24-25; 27:11; 29:3).
Daripada memikir kamu telah memenuhi tugasmu terhadap ibubapa dengan memperoleh bagi mereka kad orang tua atau membawa mereka keluar untuk makan, sebaliknya jadikanlah takut akan Tuhan dan hikmah Alkitab hal-hal yang paling penting dalam kehidupanmu. Itu yang akan memberi ibubapa yang salih lebih banyak sukacita daripada apa pun hadiah. Ia cadangan yang menguntungkan semua pihak! Allah akan senang hati dan memberkatimu untuk itu; hikmah akan membawamu kemakmuran dan menyelamatkanmu daripada masalah; dan ibubapamu akan berasa sebegitu teruja.
Yesus dari Nazaret ialah Anak Allah. Dia bertambah dalam hikmah dan kehormatan ketika hanya seorang budak (Luk 2:52). BapaNya di syurga sungguh mengasihiNya, dan Yesus menyenangkanNya dengan elok dalam segalanya (Mat 3:17). Dia juga menyenangkan ibuNya, dan Dia kekal setia kepada agamaNya melalui kematianNya dan kebangkitanNya (Luk 2:19,51; Yoh 19:25; Kis 1:14). Dia genap-genap mengamalkan amsal ini dengan menjadi berhikmah bagi BapaNya dan tidak menghina ibuNya. Ikutilah teladanNya yang sempurna itu.