Amsal · Proverbs

15:2
Lidah orang berhikmah memakai pengetahuan dengan betul: tetapi mulut orang bebal mencurahkan kebebalan.

Kamu dapat mengucap apa yang salah, dan kamu dapat mengucap apa yang betul dengan cara yang salah, atau pada waktu yang salah, atau kepada orang yang salah. Hikmah belajar apa untuk berbicara, bagaimana untuk menyatakannya, bila untuk menyatakannya, dan kepada siapa untuk menyatakannya. Kebenaran tidak mencukupi. Adakah kamu tahu bagaimana, bila, dan kepada siapa untuk mengucap kebenaran? Orang bebal membebel tanpa mempertimbangkan empat faktor tersebut tentang ucapan yang salih.

Solomo kerap kali mengajar bahawa ucapan ialah salah satu tanda yang paling jelas untuk hikmah atau kebebalan (Ams 10:18-19; 15:28; 17:27-28; 18:6-7; 29:11; Pkh 10:11-14). Orang yang berhikmah atau yang bebal dapat dengan mudah dikenalpasti melalui ucapannya, yang disukat melalui isi, budi bahasa, waktu, dan pendengar. Kunci kepada amsal ini ialah ungkapan “dengan betul”. Orang berhikmah mengucapkan pengetahuan dengan cara yang dapat diterima, tetapi orang bebal mengoceh berterusan tanpa mengetahui apa yang sedang dikatakannya.

Amsal ini adalah untuk kejayaanmu. Orang bebal membinasakan perhubungan dan memburukkan lagi situasi dengan bercakap terlalu banyak tentang hal yang terlalu remeh. Mereka suka bunyi suara mereka meluahkan perasaan dan pendapat diri sendiri, tetapi tak seorang yang lain pun suka. Jadi, mereka lama-kelamaan menghilang segala kawan dan peluang untuk kemajuan. Orang dikeliling mereka akhirnya jemu meluat setiap kali mereka membuka mulut dan/atau terpaksa memulihkan keadaan selepas pembinasaan oleh mulut mereka.

Orang berhikmah menunggu sehingga mereka ada sesuatu yang bernilai untuk menyumbang, dan mereka hanya mengucap apa yang perlu, dengan cara yang betul, pada masa yang betul, kepada pendengar yang betul. Orang lain belajar dengan cepat untuk henti bercakap dan untuk mendengar ketika orang berhikmah sedemikian mula mengucap. Oleh sebab segala kata mereka menguntungkan dan dapat diterima, orang lain menginginkan mereka dekat-dekat, jadi mereka dinaikkan pangkat kepada kedudukan yang terhormat yang berkuasa dan yang berpengaruh kerana tabiat ucapan mereka yang berhikmah (Ams 16:13; 22:11).

Apakah itu isi yang salih? Amsal berkata orang berhikmah mengucapkan pengetahuan. Mereka tidak memberi pendapat-pendapat yang sia-sia, yang orang bebal suka buat. Mereka belajar sebelum berucap (Ams 15:28). Mereka mendambakan kepastian firman kebenaran (Ams 22:17-21). Mereka tahu bahawa ucapan yang menentang Alkitab adalah tidak bernilai (Yes 8:20). Mereka ingin untuk membangun (Efe 4:29). Ucap hanya jika kamu ada kebenaran (Ams 16:23), ketika penting bagi pendengar (Ams 29:11); kurangkan kata-katamu (Ams 17:27-28).

Apakah itu budi bahasa yang salih? Amsal ini berkata orang berhikmah berucap dengan betul, yang bermaksud benar, betul dan wajar. Ucapan yang berbudi baik adalah ucapan yang dapat diterima (Ams 22:11; Pkh 10:12). Tuhan Yesus berbicara cara ini (Maz 45:2; Luk 4:22), dan ia suatu perintah (Kol 4:6). Ucapan yang berbudi baik adalah mudah untuk diterima, mempersonakan, mempertimbangkan orang lain, lemah-lembut, murah hati, menyenangkan, sopan santun, berbelas kasihan, dan bersyukur. Carilah kasih orang lain dengan setiap perkataanmu (Ams 22:1; 24:26; 25:11).

Apakah waktu yang salih? Orang berhikmah mendengar sebelum berucap (Yak 1:19). Dia memastikan dirinya tahu akan keadaan sebelum dia berucap (Ams 15:23; 18:13; Yoh 7:24). Dia mengubahsuaikan ucapannya bagi para pendengarnya (Ams 25:20; 1Kor 9:19-23). Dia membiarkan orang yang lebih berpengetahuan untuk berbicara dahulu (Ayb 32:4-7). Dia tahu bahawa bergegas dalam ucapannya menjadikannya lebih teruk daripada orang bebal (Ams 29:20), terutamanya ketika di rumah Allah (Pkh 5:1-7). Perlahankan diri! Dengar dulu, fikir kedua, danakhirnya berucap!

Apakah itu pendengar yang salih? Bukan semua yang layak menerima kata-kata kebenaran dengan berbudi baik pada waktu yang betul. Jangan pedulikan orang bebal selepas teguran yang pertama (Ams 26:4-5). Elakkan para pencemuh sama sekali (Ams 9:7-8). Tuhan Yesus Kristus mengajar peraturan yang berhikmah ini (Mat 7:6). Tegurlah orang yang tidak tertib, gesakan orang kudus, hiburkanlah yang lemah akal, tegurlah pendosa, dan didiklah anak (Ima 19:17; 1Tes 5:14; Ibr 10:25).

Pengetahuan dan kebenaran tidak membenarkanmu untuk berucap dengan apa pun cara yang kamu suka. Ada peraturan untuk hikmah dan kesalihan bagi cara kamu mengendalikan pengetahuan dan kebenaran yang Allah beri. Segalanya, termasuk ucapan, harus dilakukan dalam nama Yesus tanpa bersalah kepada orang lain (1Kor10:31-33; Efe 4:15).