15:3
Mata TUHAN berada di setiap tempat, memerhatikan kejahatan dan kebaikan.
Di manakah kamu dapat menyembunyikan diri daripada pandangan Allah? Daud tidak dapat bersembunyi di syurga, neraka, dan di hujung lautan, atau di dalam kegelapan (Maz 139:7-12). Allah berada di mana-mana untuk melihat apa-apa pun (Yer 23:24; 32:19). Dia bukan memandang dari jauh-jauh, seperti salah seorang kafir berbohong di dalam lagunya yang popular itu.
Apakah yang dapat kamu sembunyikan daripada pandangan Allah? Daud tidak dapat menyembunyikan fikirannya, mimpinya, bahkan kata-katanya yang tidak disebut keluar (Maz 139:1-6). Allah mengenal sepenuh-penuhnya sampai fikiran dan niat hatimu (Ams 15:11; Ibr 4:12-13). Tiada apa pun di dalam kehidupanmu yang dapat disembunyikan daripadaNya.
Apakah yang akan Allah melangkau atau bersetuju dengannya? TUHAN berada di dalam baitNya yang kudus. MataNya melihat dan membenci segala kemunafikanmu, dosamu, dan fikiran jahatmu (Maz 11:4; Hab 1:13). Walaupun kamu dapat berdalih bagi dosa-dosamu kepada orang lain atau mempengaruhi mereka dengan cara yang lain, kamu masih tidak dapat menggerakkan Allah.
Tidak kira di mana jua kamu pergi atau apa yang kamu cuba sembunyikan, TUHAN Jehovah melihat dan tahu segalanya. Segala jalanmu telanjang dan terdedah kepada mataNya yang melihat segalanya (Ams 5:21; Ayb 34:21-22; Ibr 4:13). Jika kamu ada dosa yang rahsia yang orang lain tidak tahu, Dia mengenal setiap satu dengan sepenuh-penuhnya.
Hai pembaca yang muda, apakah yang tersembunyi di bilikmu? Allah melihat itu, dan tahu mengapa kamu ada itu, dan akan mengutukmu kerana itu. Akhan menanam barang larangan di bawah khemahnya, tetapi Tuhan menunjukkan itu kepada Yosua; dia dan keluarganya direjam batu sampai mati dan dibakar kerana itu (Yos 7:1-26). Apakah yang tersembunyi di dalam hatimu? Allah melihat itu dan akan menghukummu, kecuali kamu bertaubat.
Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu! Allah telah memberi Musa kata-kata yang berharga ini (Bil 32:23). Kamu tidak dapat menyembunyikan dosa daripada Allah. Dia nampak dan tahu segalanya, dan kamu akan menanggung hukuman segalanya itu. Mata Tuhan patut menyebabkanmu gementar dengan ketakutan kudus dan membenci apa pun fikiran dosa.
Manusia telah berbohong kepada diri sendiri bahawa Allah tidak nampak (Ayb 22:13-14; Maz 10:11; 73:11; 94:7; Yeh 8:12; 9:9). Tolaklah segala kebebalan yang bahaya itu, hai pembaca, sebab itu merupakan Syaitan yang sedang berbohong kepadamu. Jangan memperdayakan dirimu. Kamu tidak akan melakukan jenayah sementara tahu polis atau hakim sedang melihat, jadi, mengapakah kamu mempertimbangkan dosa selepas tahu bahawa Allah, Hakim segalanya, sedang melihat?
Allah juga melihat perbuatan-perbuatan baikmu. Dia tidak akan meninggalkan satu pun doa yang telah kamu naikkan secara rahsia (Mat 6:1-8). Seorang balu yang miskin yang menyeludup dua pesernya ke dalam perbendaharaan pun diketahui Allah (Luk 21:1-4). Setiap perkara baik yang telah dilakukanmu akan diingat pada Hari Penghakiman yang dahsyat, bahkan apa juga yang telah kamu lupa (Pkh 12:14; 2Kor 5:10; Mat 25:31-40; Ibr 6:10).
Allah melihat setiap orang, kesemua lapan bilion orang itu. Tetapi mataNya mencari orang yang segelintir itu yang mengasihi dan mentaatiNya, dan Dia akan kuat memberkati mereka kerana itu (2Taw 16:9). Walaupun sungguh besar, Dia merendahkan diriNya untuk melihat anak-anakNya di bumi (Maz 113:4-9). Walaupun kudus dengan sempurna, Dia nampak dan menimbang sepanjang hayat manusia dan hatinya untuk melangkaui sesetengah kesilapannya (2Taw 15:17; 1Raj 15:3-5).
Hai perempuan Kristian, Allah melihat segala perbuatanmu bagi suamimu dan anak-anakmu. Hiburkanlah hatimu pada akhir suatu hari panjang yang letih yang Bapa Syurgawimu nampak dan mengambil berat. Dia tahu dan membalas apa pun masalah yang orang lain buat kepadamu, termasuk seorang suami yang kejam (Mal 2:13). Ingat kes Hagar yang miskin itu – Tuhan nampak dia dan menyelamatkannya pada waktu keperluannya yang besar itu (Kej 16:1-14).
Hai Kristian, Dia nampak segala kesengsaraanmu, jadi hiburkanlah hatimu dalam apa pun penderitaan. Dia membotolkan titisan air matamu dan menulis itu ke dalam bukuNya (Maz 56:8; Mal 2:15). Dia mendengarmu berbicara tentangNya dengan orang lain, dan Dia mencatatkan namamu kerana itu (Mal 3:16). Seekor burung pipit pun tidak dapat jatuh tanpa penjagaanNya yang ditentukanNya, dan kamu adalah lebih bernilai daripada banyak burung pipit. Percayalah kepadaNya pada hari ini.