15:24
Jalan kehidupan adalah di atas bagi orang berhikmah, supaya dia dapat menjauhi neraka yang di bawah.
Kamu telah membuat dan akan membuat banyak keputusan pada hari ini. Setiap pilihan sama ada membawa nyawamu ke arah keredaan Allah sekarang dan kemudian ataupun membawa nyawamu ke arah kebinasaan sekarang dan neraka di kekekalan. Orang berhikmah membuat keputusan dengan berhati-hati dan dengan pertimbangan akan kesan-kesan duniawi dan kesan-kesan kekekalan supaya mengelak masalah dan ketidaksenangan Allah dan untuk mendapat keredaanNya dan berkatNya.
Pilihan yang orang buat setiap hari menentukan kejayaan atau kegagalan kehidupan mereka di dunia ini dan di akhirat. Kebanyakan terlalu angkuh untuk mempertimbangkan jalan-jalan mereka, sebab mereka menganggap bahawa mereka betul. Orang lain terlalu malas, maka mereka terus bermain dengan permainan mereka. Sesetengah pula tidak peduli, dan buta kepada kesan-kesannya. Orang lain mengikuti orang majoriti. Sesetengah mengikuti perasaan mereka.
Tetapi segala kriteria pilihan tersebut adalah bebal! Keangkuhan akan sudah tentu membawa kepedihan dan masalah (Ams 16:18; 18:12). Kekukangan ialah tanda si bebal (Ams 18:1-2). Ketidakpedulian itu jugatanda bagi si bebal (Ams 1:22; 17:16). Majoriti selalunya salah (Efe 2:1-3; Mat 7:13-14; Kel 23:2). Yang paling penting berbanding semua itu, jangan mengikuti hatimu yang memperdayakan (Ams 14:12; 16:25; Yer 17:9).
Pertimbangkanlah jalan-jalanmu. Selidikilah dirimu sendiri. Rayulah kepada Allah untuk membantumu (Maz 139:23-24). Bagaimanakah kamu memilih dan memutus apa untuk dibuat dan apa untuk tidak dibuat? Adakah firman Allah pedomanmu? Atau adakah kamu mengikuti perasaanmu, kegilaan baru dunia, atau sesuatu pengaruh lain yang bebal? Orang berhikmah tidak membenarkan kehidupan terjadi kepada dirinya, dia mengarahkan dirinya ke atas menuju ke arah Allah dan kehidupan.
Jangan berbohong terhadap kebenaran. Jangan bermegah dalam pilihan-pilihanmu, dengan alasan sudah melakukannya untuk sekian lama. Jika kamu sudah hidup bercanggahan dengan firman Allah, maka kamu sedang mengikuti hikmah yang duniawi, sensual, dan keiblisan (Yak 3:14-16). Ia akan membawa kepada kebingunganmu dan kepada setiap pekerjaan jahat sekarang, dan itu akan membawa kesan berhadapan dengan Allah yang marah pada Hari Penghakiman tidak lama lagi.
Jangan mengorbankan masa depanmu pada mazbah masa kini dengan melupakan atau mengabaikan penyelidikan pilihan-pilihanmu dan keputusan-keputusanmu. Hikmah ialah daya penghakiman yang wajar – kemampuan untuk tahu apa untuk dibuat dalam apa pun situasi, dan kamu boleh bertumbuh dengan kuat dalam hikmah sedemikian melalui takut akan Allah, membaca firmanNya, dan berdoa (Ams 1:7; 9:10; Maz 19:7; Yak 1:5).
Hai pembaca Kristian, ia keistimewaanmu dan tugasmu untuk menaruh mindamu kepada hal-hal syurgawi, lebih daripada hal-hal duniawi di kehidupan yang singkat ini (Kol 3:1-4; Rom 8:4-8). Kesan-kesannya besar. Fikiran rohani membawa kepada kehidupan; fikiran duniawi membawa kepada maut. Daripada menjadi seorang penyembah perut, lebih baik untuk mengikuti Roh Allah dan beroleh maju ke atas (Rom 8:9-13; Flp 3:17-20).