Amsal · Proverbs

15:23
Seseorang mendapat sukacita melalui jawapan mulutnya: dan perkataan yang diucapkan pada waktu elok, betapa baiknya itu!

Menjawab dengan elok ialah kemahiran yang sungguh berharga, terutamanya pada waktu yang betul! Kemahiran mengenal bagaimana menjawab orang lain ialah kemahiran berharga pada orang berhikmah. Hikmah untuk membantu dengan kata-kata yang wajar pada waktu yang wajar menjadikan seseorang berguna kepada orang lain (Ams 12:14; 16:13; 23:16; 24:26; 25:12).

Salomo menyatakan bahawa jawapan yang baik adalah indah seperti buah-buah epal emas di dalam mangkuk perak (Ams 25:11). Tetapi kemampuan untuk memberi jawapan yang wajar pada waktu yang wajar memakai banyak pemahaman dan hikmah, maka dia menujukan khas kebanyakan amsal-amsalnya kepada kemahiran ini bagi kejayaanmu dan keuntunganmu.

Tuhan Yesus mengajar bahawa memberi adalah lebih diberkati daripada menerima (Kis 20:35). Salah satu daripada jalan yang paling elok dan yang paling mudah untuk memberi dan menyokong orang lain ialah dengan perkataan yang murah hati atau yang berhikmah ketika mereka memerlukannya. Ada sukacita yang wajar dalam hal membantu seseorang dengan nasihat yang baik. Tetapi kemampuan demikian hanya datanglah oleh persiapan yang berhati-hati dan pengetahuan sebelum peluang menyatakan dirinya sendiri.

Yesus Kristus ada kemampuan ini. “Tuhan Allah telah memberiku lidah orang yang terpelajar, supaya aku dapat tahu bagaimana mengucapkan kata yang sesuai bagi orang yang lesu” (Yes 50:4). Ia adalah tugas dan keistimewaan untuk memiliki lidah yang berhikmah ini, supaya kamu juga boleh membantu orang lain. Kamu boleh belajar bagaimana untuk menjawab setiap orang dan ada kenikmatan untuk melakukannya (Kol 4:6; Gal 6:1-5; 1Pet 3:15).

Bagaimana? Dengar dengan teliti dan berucap dengan berhati-hati (Ams 18:13; 29:20; Yak 1:19).

Bagaimana? Kurangkan kata-katamu kepada hanya apa yang bernilai (Ams 10:19; 17:27-28; Pkh 5:3).

Bagaimana? Luangkan masa untuk meneliti pertuturanmu melalui doa (Maz 19:12-14; 139:23-24).

Bagaimana? Jagalah hatimu dan fikiranmu supaya suci dan berhikmah (Ams 4:23; 22:11; Luk 6:45).

Bagaimana? Selalu berbudi baik dalam ucapanmu (Ams 11:16; 22:11; Pkh 10:12; Kol 4:6).

Bagaimana? Jadikan kemuliaan Allah suatu objek dalam pertuturanmu (Kol 3:17; 1Kor 10:31).

Bagaimana? Belajar untuk memastikan segala jawapanmu adalah betul (Ams 15:2,28; 16:23).

Bagaimana? Pastikan kata-kata itu sesuai bagi keadaan itu (Ams 10:32; 25:20; 1Kor 13:5).

Bagaimana? Pilihlah kata-kata yang membina orang lain (Ams 12:18; Efe 4:29;p 1Kor 10:24).

Bagaimana? Pakailah kata-kata yang berlemah-lembut ketika seseorang marah (Ams 15:1; 25:15; Hak 8:1-3).

Bagaimana? Berilah kata-kata kebenaran yang pasti daripada memberi pendapat (Ams 22:17-22; 1Pet 3:15).

Bagaimana? Belajarlah hikmah untuk menyelesaikan dilema-dilema bagi orang lain (Ams 10:21; 16:21; 27:9).

Bagaimana? Jadilah orang yang menggalakan dan yang menyelesaikan kesesakan bagi orang lain (Ams 10:21; 16:21; 27:9).

Bagaimana? Jadilah suatu galakan dan suatu pembina kepada orang lain (Ams 12:25; 16:24; 1Sam 23:16).

Bagaimana? Pakailah kata-kata yang menyenangkan daripada perkataan yang kasar (Ams 16:24; Kol 4:6; Luk 4:22).

Bagaimana? Janganlah berbahas atau bertikam lidah dengan orang bebal (Ams 23:9; 26:4-5; 2Tim 2:23).

Bagaimana? Elak pertuturan yang suka mengadu atau yang negatif (Ams 17:20; Flp 2:14; Kol 3:17).

Bagaimana? Tolaklah keangkuhan dan perbalahan dalam pertuturan (Ams 13:10; 18:6; 1Kor 6:7).

Bagaimana? Biar kata-kata yang negatif hanya untuk menggarami pertuturan (Ams 26:5; Yak 3:9-12; Kol 4:6).

Bagaimana? Elaklah kata-kata yang menyakiti ketika bertutur tentang orang lain tanpa kehadirannya (Ams 11:13; 20:19; 25:9,23).

Bagaimana? Usahakanlah kesyukuran ke dalam setiap perbualan (Efe 5:4,20; 1Tes 5:18).

Jika kamu ingin kehidupan yang bahagia dan kehidupan yang baik, maka belajarlah bagaimana untuk memerintah ucapan dan memakai itu bagi keuntungan orang lain (Maz 34:12-16; 1Pet 3:10-12). Kedua-dua lelaki dan perempuan boleh membangkitkan nama baik orang lain dengan kata-kata yang berbudi baik yang boleh membina orang lain (Ams 11:16; 22:11; 31:26; Pkh 10:12; Efe 4:29). Kemahiran dan hikmah ini akan menjadikan kehidupanmu lebih berhasil bagi kedua-dua Allah dan manusia.

Tujuan sejati gereja ialah bantuan yang diberi setiap ahli gereja kepada satu sama lain sementara menantikan kekembalian Yesus Kristus (Ibr 3:12-13; 10:23-25). Tetapi matlamat yang besar ini akan hanya dijadikan kenyataan kalau ahli-ahli belajar untuk menjawab dengan elok pada waktu yang wajar. Jika pertuturan yang salih dipelajari semua, sebuah gereja boleh bertumbuh sampai sukatan penuh Yesus Kristus (Efe 4:13-16).