Amsal · Proverbs

15:25
TUHAN akan membinasakan rumah orang yang angkuh: tetapi dia akan memantapkan sempadan orang balu.

Keangkuhan akan membinasakanmu. Memikir diri sendiri istimewa memudaratkan. Ia tidak kira kalau kamu kaya atau kuat, Allah Sendiri akan menjatuhkanmu. Kamu tidak boleh menahan atau memperlahankan penghakimanNya. Tetapi Dia akan memberkati dan melindungi yang rendah hati, meskipun mereka balu atau anak yatim.

Fikir Firaun yang angkuh. Dia memperolok-olok Musa, “Siapakah TUHAN, sehingga aku patut mentaati suaranya untuk melepaskan Israel? Aku tidak mengenal TUHAN, dan juga tidak akan melepaskan Israel” (Kel 5:2). Apakah kesudahan Firaun? Lemas di bawah Laut Merah. Bagaimana pula dengan anak sulungnya? Lebih dalam dari Laut Merah. Di manakah kekayaan Mesir akhirnya berada? Di dalam kocek orang Israel untuk membina bait suci TUHAN.

Dua orang bidan melayani Israel, Sifra dan Pua. Firaun mengarahkan mereka untuk membunuh semua bayi Ibrani lelaki. Tetapi mereka takut akan Allah, dan tidak membunuh bayi yang baru lahir, dan berbohong kepada Firaun tentangnya. Apakah yang dibuat TUHAN? Memberkati mereka dan membuat mereka berumah tangga (Kel 1:15-21). Siapakah yang rumah tangganya terbinasa? Firaun. Siapakah pula yang rumah tangga mereka dimantapkan? Para orang bidan.

Siapakah TUHAN? Perkataan ini dengan semua huruf besar bermaksud Jehovah, Allah Yang Maha Hidup dan Yang Maha Benar Alkitab (Kel 6:3). Jehovah bermaksud AKU ADALAH BAHAWA AKU ADALAH (Kel 3:14). Tiada lagi peribadi, baik benar mahupun dikhayalkan, yang dapat berbanding denganNya. Jika kamu angkuh, memikir dirimu istimewa sementara kamu bukan apa-apa kecuali makhluk ciptaanNya, maka kamu melanggariNya.

TUHAN Jehovah akan membinasakan orang angkuh, maka pelajaran Salomo dalam amsal ini adalah untuk membenci keangkuhan dan sebaliknya memilih kerendahan hati. Amsalnya mengajarmu ciri akhlak Yang Maha Hidup dan pelajaran untuk kejayaanmu. Tidak kira berapa banyaknya orang menyertai perjuanganmu yang angkuh, Allah akan membinasakanmu. Salomo telah menulis, “Setiap orang yang angkuh dalam hatinya ialah kekejian kepada TUHAN: walaupun bergandingan tangan, orang itu tidak akan terlepas hukuman” (Ams 16:5). Percayalah itu.

Fikir akan Aleksander Agung [Iskandar Zulkarnain]. Adakah dia salah seorang panglima tentera yang paling hebat di sejarah? Ya. Adakah dia membinasakan semua musuh ketika berada pada umur sekitar 30 tahun dan menakhluki dunia?Ya. Adakah dia mempunyai jalan dan beberapa dekad untuk hidup supaya dapat melaksanakan rancangan-rancangannya? Ya. Tetapi apakah yang terjadi? Keangkuhannya menyebabkan Allah Jehovah membinasakannya pada umur 33 dan seluruh keluarganya. Dia patut memikir dengan lebih teliti tentang gelaran “Agung”nya, sementara Allah yang telah memberkatinya dengan itu.

Keangkuhan membawa pembinasaan TUHAN, tidak kira kepopularan, kekuatan, atau kekayaan. Kerendahan hati membawa berkatNya, tidak kira ketidakhormatan, kemiskinan, atau kelemahan. Allah suka menyelamatkan orang yang tidak berdaya, dan Dia suka membinasakan orang yang yakin kepada diri sendiri dan kepada kuasa sendiri (Ula 10:17-18; Ayb 40:9-14; Maz 18:27; 146:9; Luk 1:51-53). Peraturan asas ini tentang kerendahan hati atau keangkuhan disebut kitab Amsal berulang-ulang kali (Ams 16:18; 17:19; 18:12; 29:23). Jika kamu dengan rela merendahkan diri, maka Allah Jehovah Yang Maha Agung akan mengangkat dirimu (1Pet 5:6; Yak 4:10).

TUHAN membenci keangkuhan. Dia tidak bertahan dengan orang yang fikir dirinya sesuatu yang istimewasementara bukan apa-apa. Seseorang telah berbohong kepada dirinya sendiri dengan fikiran yang demikian (Gal 6:3). Apapun keadaan seseorang atau apa yang dimilikinya ialah anugerah Allah; dan dia tidak patut bermegah di dalamnya, seakan-akan dia sendiri yang telah mencapai apa pun (1Kor 4:7). Allah bukan sahaja akan membinasa orang yang angkuh, tetapi juga akan membinasakan rumahnya – keluarganya dan harta miliknya, yang dia dengan sia-sia fikir akan bertahan kepada semua generasi (Maz 49:11).

Allah telah membuang Syaitan dari syurga kerana keangkuhan (1Tim 3:6; Yud 1:6; Wah 12:9). Dia meremukkan Raja Nebukadnezar yang agung dan meninggalkannya merangkak untuk tujuh tahun (Dan 4:25; 5:20); Dia membuat Haman dan sepuluh anak lelakinya digantung mati pada tempat pergantungan yang ditegakkan mereka sendiri (Est 7:10; 9:14). Di manakah Adolf Hitler punya Reich Ketiga yang akan bertahan untuk seribu tahun? Apakah yang terjadi kepada Mao Zedong dan Kemaraan Raksasanya dan Revolusi Budaya? Allah tidak akan diperolok-olokkan.

TUHAN suka kerendahan hati. Dia akan memberkati orang yang gementar terhadapNya (Yes 57:15; 66:2). Dia suka mengambil seorang pengemis dari longgokan tahi binatang dan menempatkannya di kalangan para penguasa untuk mewarisi takhta kemuliaan, seperti yang dijelaskan Hana dalam doanya yang luar biasa (1Sam 2:1-10). Dia Pelindung segala anak yatim dan balu (Maz 10:14,18; 68:5). Akal atau idea untuk mengubahkan batasan harta milik seorang balu ialah kebebalan yang mematikan diri (Ams 22:22-23; 23:10-11).

Dengarlah Daud menulis tentang Pelindung balu dan anak-anak yatim ini, “Nyanyi kepada Allah, nyanyi pujian bagi namanya: sanjungi dia yang mara di atas syurga dengan namanya JAH, dan bersukacita di hadapannya. Ayah kepada yang tidak berayah, dan seorang hakim bagi orang balu, ialah Allah dalam kediamannya yang kudus” (Maz 68:4-5). Kamu lebih baik merendahkan diri dan bermurah hati kepada balu supaya kamu dapat hidup.

Allah telah mengutus Elia untuk mengekalkan balu yang merana kelaparan di Sarfat (1Raj 17:8-16; Luk 4:25-26). Dia mengutus Elisa untuk menyelamatkan seorang balu lagi dari pemiutangnya (2Raj 4:1-7). Pertimbangkan Naomi, yang batasan-batasan sempadannya dimantapkan dan keturunan anak lelakinya termasuk Daud dan Yesus (Rut 4:14-17). Pertimbangkan sejarah singkat akan batasan-batasan sempadan perempuan Sunem (2Raj 8:1-6).

TUHAN berfirman, “Biar orang balumu percaya kepadaku” (Yer 49:11). Wasiat Baru, dengan doktrin dan ketegasannya, memberi perhatian yang istimewa kepada jagaan orang balu (Mat 23:14; Luk 2:36-38; 7:11-18; 21:1-4; Yoh 19:26-27; Kis 6:1-7; 9:36-41; 1Tim 5:3-10; Yak 1:27). Hikmah bagi kejayaanmu dan kemuliaanmu oleh amsal ini adalah untuk menjadikan diri rendah dan sederhana seperti seorang balu.

Hai orang Kristian, situasimu tidak pernah kelam. Biar dunia memperolok-olokmu kerana pendekatanmu yang rendah hati dan yang sederhana bagi kehidupan dan berkat. Penyelamatmu dan Sahabatmu adalah kuat untuk menyelamat (Yes 63:1-6). Dia tidak akan pernah meninggalkanmu; apakah yang dapat manusia buat terhadapmu (Ibr 13:5-6)? Batasan-batasan sempadanmu akan tidak lama lagi menjadi pasti dan terbukti seperti yang ternyata dalam kisah Lazarus dan orang kaya (Luk 16:22-26).

Gereja Roman Katolik yang angkuh memegahkan kepurbaan dan bahawa dia akan kekal sebagai permaisuri untuk selama-lamanya, dengan tanpa ketakutan menjadi balu atau berdukacita. Tetapi Allah akan membinasakannya dengan kematian, ratapan, kebuluran, dan api dalam satu hari (Wah 18:1-8). Pada masa yang sama kawanan Yesus yang kecil, yang telah diberi kerajaan oleh Allah Bapa, ada batasan-batasan sempadannya dimantapkan dengan tentu dan pasti terhadap serangan Rom (Luk 12:32; Wah 12:14-17). TUHAN ada bersama mereka sampai ke pengakhiran dunia (Mat 28:20).