Amsal · Proverbs

15:27
Dia yang tamak akan keuntungan menyusahkan rumahnya sendiri; tetapi dia yang membenci pemberian akan hidup.

Keinginan seseorang untuk menjadi kaya adalah berbahaya kepada keluarganya. Dia akan tergoda untuk menerima rasuah atau mengkompromikan kewajaran, yang akan membawa masalah kepada isterinya, anak-anaknya, dan harta miliknya. Tetapi orang yang membenci rasuah atau kompromi kewangan akan mengekalkan dan memakmurkan keluarganya.

Ketamakan ialah cita-cita yang keterlampauan dan keinginan yang mendambakan lebih yang dimilikimu atau lebih yang patut diharapkanmu secara munasabah (Ams 1:19; Yes 56:11). Keuntungan ialah kejayaan kewangan atau kemakmuran. Amsal ini mengutuk keinginan nafsu untuk menjadi kaya, yang mengakibatkan kompromi kesalihan dan hikmah.

Pemberian di sini ialah rasuah atau suapan, yang telah diberi untuk membayar seseorang untuk mengkompromikan hukum atau hikmah kewangan (Ams 29:4; Kel 23:8; Ula 16:19; Yes 33:15). Orang yang berakhlak mulia akan membenci pemberian sedemikian, sebab dia tidak akan menggadaikan integritinya atau perkenan Allah untuk apa-apa pun.

Ada banyak godaan yang berkaitan dengan keinginan untuk kejayaan kewangan, dan ia kerap kali membawa kepedihan dan masalah kepada keluarga seseorang. Tetapi orang yang puas hati dengan pendapatannya, dan tidak akan mempertimbangkan penipuan untuk apa pun kesempatan, akan melindungi dan memakmurkan keluarganya.

Melebihi rasuah, mengingini kekayaan membawa godaa untuk berkompromi dalam urusan, melanggari undang-undang, melanggari hikmah kewangan, keterlampauan bekerja, tergoda oleh skim cepat kaya, salah pakai para pekerja, menipu dalam hal memberi, mengabaikan belas ihsan atau kebajikan, terlampau meluaskan perniagaan, melaparkan keluarga akan kasih sayang dan masa, melupakan jiwamu, khuatir akan hari esok, berminda badaniah, terlampau mengaitkan diri dengan dunia, membongkakkan diri, menghina orang lain, dan banyak dosa-dosa yang lain.

Di sinilah amaran Paulus yang serius: “Tetapi mereka yang ingin menjadi kaya jatuh ke dalam godaan dan jerat, dan ke dalam banyak nafsu yang bebal dan yang melukakan, yang melemaskan orang dalam kebinasaan dan kerosakan jahanam. Sebab cinta akan wang ialah akar segala kejahatan: yang sementara sesetengah orang mendambakannya, mereka telah menyimpang daripada iman, dan menikam diri mereka sendiri dengan banyak dukacita” (1Tim 6:9-10).

Para hamba Allah tidak boleh tamak akan keuntungan, sebab orang demikian akan mengkompromikan kewajaran atau injil bagi pendapatan (1Tim 3:3,8; 6:6-10; Tit 1:7). Peraturan ini sepadan dengan kewajiban Musa untuk para pemimpin Israel untuk menjadi lelaki yang membenci kedambaan (Kel 18:21). Dan Pembaptis Yohanes memberitahu para askar Rom ketika mahu dibaptis olehnya untuk berpuas hati dengan gaji mereka (Luk 3:14).

Dua perkara yang merugikan para pelabur dan para peniaga – ketamakan dan ketakutan: ketamakan membawa kebinasaan, dan ketakutan melepaskan kesempatan keuntungan. Ketakutan lebih baik daripada ketamakan (Ams 14:23; 21:5; 22:3; 28:11,19,22). Tiada apa yang percuma: orang berhikmah menolak apa yang percuma dengan pengetahuan bahawa ia memperdayakan. Pasaran saham bull [lembu jantan] dan bear [beruang] dapat menjanakan untung kewangan di apa pun pasaran, tetapi babi akan akhirnya makan sampah.

Hai pembaca, berapakah banyak masa kamu pakai memikir untuk maju ke depan? Adakah ia keinginan yang diperkenan Allah untuk berbuat dengan sekuat tenagamu apa yang telah Allah beri untuk dikerjakanmu (Pkh 9:10)? Atau adakah ia suatu kegilaan untuk naik disanjungi dunia dengan keuntungan kewangan (Ams 18:11)? Amaran sudah diberikan!

Adakah kamu tergoda dalam mana-mana aspek kehidupan untuk berkompromi supaya maju ke depan? Tergoda untuk mana-mana aspek kehidupan yang tersenarai di atas? Orang salih puas hati dengan apa yang dimilikinya, sebab dia menyanjungi Tuhan dan firmanNya dengan menganggapnya sebagai harta miliknya untuk selamanya (Maz 19:10; 73:25-26; 119:11; Ibr 13:5-6). Dan keluarga mereka akan diberkati di bumi untuk orang yang sebegitu berakhlak mulia (Ams 11:21; Yes 65:23)