15:26
Fikiran orang durjana ialah kekejian bagi TUHAN: tetapi kata-kata orang suci ialah kata-kata yang menyenangkan.
Mulutmu ialah luahan hatimu. Kamu memilih dan membentuk kata-katamu di dalam hatimu. Adakah fikiranmu dan ucapanmu suatu kekejian kepada TUHAN Jehovah? Atau adakah kata-katamu apa yang berbudi baik dan yang menyenangkan yang menyukakan Allah dan manusia? Betapa besarnya perbezaan ini di kalangan manusia!
Setiap kali kamu berucap, kamu menyatakan kepada Allah dan manusia apa yang ada di dalam hatimu. Setiap kali kamu berucap, Allah dan manusia menghargai dan bersuka dalam kata-katamu, atau ia membawa kekejian dan menghina mereka. Ucapan ialah salah satu tanda yang paling baik terhadap akhlak seseorang. Pertimbangkan ini dengan betul-betul.
Fikiranmu bukan kepunyaanmu sendiri. Kamu terikat oleh tanggungjawab kepada Penciptamu untuk memikirkanNya dengan segenap hatimu (Ula 6:4-7). Tetapi orang durjana tidak pernah memikir akanNya (Maz 10:4; Rom 1:20-28). Kerongkong mereka ialah kubur yang terbuka, yang menyatakan kereputan dan maut di dalam hati mereka (Rom 3:13).
Meskipun pada waktu kamu berbohong, kata-kata bohongmu tidak akan berbohong – ia memberitahu kebenaran tentang dirimu dan keadaan hatimu. Kamu seorang pembohong! Hatimu, sama ada hitam dengan kedurjanaan ataupun putih dengan kewajaran, dinyatakan jelas kepada Allah dan manusia dengan kata-katamu. Orang bebal berkata, “Kamu tidak boleh mengenal hatiku”. Mereka berbohong kepada diri mereka sendiri dan kemudian percaya akan itu! Setiap orang, termasuk Allah, mengenal hati mereka oleh kata-kata mereka (Mat 12:33-37; Yak 3:5-16). Apakah warna hatimu?
Solomo memberi amaran bahawa Allah melihat segalanya yang dilakukan di bumi (Ams 15:3). Tetapi Daud mengajar awal-awal bahawa Allah mendengar dan menaakuli setiap fikiran, bahkan sebelum ia diluahkan melalui perkataan (Maz 139:1-6). Allah Yang Maha Besar dan yang mengerikan tahu fikiran dan niat hatimu (Ibr 4:12), dan kamu akan memberi perhitungan untuk setiap perkataan yang kosong (Mat 12:34-37). Dia menghitung fikiran yang bebal sebagai dosa (Ams 24:9). Pasanglah kekang kepada fikiranmu dan kata-katamu pada hari ini juga.
Allah sama ada marah denganmu bagi apa yang kamu fikir dan apa yang kamu kata, atau Dia senang hati denganmu untuk kedua-duanya. Yang mana satunya itu? Jika dia marah, kamu dengan kekurangan harapan sedang jatuh ke dalam kebinasaan (Ams 10:7; Maz 34:16). Jika Allah menentangmu, tiada bantuan di syurga atau di bumi untukmu. Jika Allah berpihak kepadamu, apa pun kuasa tidak dapat menahanmu daripada berkat-berkatNya. Hatimu dan bibirmu bukan bibirmu sendiri; kamu akan menerima kebaikan atau kejahatan bagi ucapanmu (Ams 18:21; Maz 12:1-5). Kamu telah diberi amaran.
Fikiran dan kata-kata orang durjana adalah angkuh, berkufur, kejam, najis, bebal, bongkak, jahil, memfirnah, sia-sia, dan padas. Mereka berucap dengan kasar, dengan menurut gerak hati, dengan biadap, dengan lantang, dengan mempersendakan, dan dengan mementingkan diri sendiri. Mereka membebel tentang penguguran anak, perzinaan, evolusi, gosip, kesatuan pekerja, wayang, keyakinan diri sendiri, perkahwinan sejenis, sukan, dan segala kesia-siaan yang lain. Allah syurgawi memandang hina mereka, fikiran mereka, dan kata-kata mereka.
Fikiran dan kata-kata orang yang suci adalah ceria, berbudi baik, membantu, murah hati, berpengetahuan, berbelas kasihan, berdamai, berakhlak mulia, dan berhikmah (Ams 10:20-21; 15:2,4; 16:23-24; Pkh 10:12). Mereka berucap secara teliti dan perlahan. Kata-kata mereka dibentuk dari hati yang suci, sebab ia hati yang suci yang menjanakan kata-kata yang berbudi baik.Para raja pun ingin berada dekat dengan orang sedemikian (Ams 22:11). Kata-kata mereka menyenangkan kepada kedua-dua Allah dan manusia (Ams 15:23; 24:26; 25:11).
Bagaimanakah kamu memberi kesan kepada orang lain oleh kata-katamu? Jika kamu bermula dengan fikiran yang rendah hati, murah hati, dan yang berhikmah di dalam hatimu, kamu akan memberi hiburan, penggalakkan, dan bantuan kepada orang di sekelilingmu. Sesetengah orang memotong orang lain dengan kata-kata mereka yang sebagai pedang; orang lain ada lidah yang merupakan pokok kehidupan (Ams 12:18; 15:4). Kamu boleh bersikap manis dan membawa apa yang sihat kepada orang lain, jika kamu memilih kata-kata yang menyenangkan (Ams 16:24). Bagaimanakah kamu boleh berbuat demikian? Hanya fikir fikiran yang menyenangkan tentang orang lain dalam hatimu!
Tiada sesiapa pun yang pernah berucap seperti Yesus Kristus. Para pengawal yang dihantar musuh-musuhNya pun tidak dapat menangkap Dia, sebab mereka tertarik oleh ucapanNya yang berakhlak mulia (Yoh 7:45-46). KhutbahNya yang pertama di kampungnya sungguh berbudi baik, sampai ia menjadikan para pencemuh berhenti di dalam jalan-jalan mereka (Luk 4:14-22). Dan selepas kebangkitanNya, Dia memberi tafsiran nas-nas kitab dengan cara yang menyebabkan hati dua muridNya untuk membara dengan kesenangan (Luk 24:13-32).
Bagaimanakah kamu dapat belajar untuk berucap seperti Dia? Hentikanlah tabiat-tabiat semasamu untuk berfikir dan bercakap serentak, dan bertaubat akan apa pun ucapan yang bebal (Ams 30:32; Ayb 40:4; Yes 6:5). Hanya fikir tentang apa yang mulia dan yang bernilai murni (Ams 4;23; Mal 3:16; Flp 4:8; Kol 3:2). Perlahankan diri (Ams 15:28; 29:20; Yak 1:19). Kurangkan kata-katamu (Ams 17:27-28; Pkh 10:19). Jika kamu tidak dapat mengatakan apa pun yang baik tentang Allah atau manusia, maka henti berucap sama sekali (Efe 4:29; Kol 4:6). Bantulah kami, ya Tuhan.