Amsal · Proverbs

15:28
Hati orang benar belajar untuk berjawab: tetapi mulut orang durjana mencurahkan apa yang jahat.

Mana yang lebih baik? Suatu jawapan yang cepat bagi soalannya? Atau jawapan yang betul? Adakah kamu tertekan untuk menjawab dengan cepat? Matikanlah keperluan untuk kelajuan supaya dapat memastikan diri sendiri betul. Orang yang berhikmah dan yang benar selalu ingin mempertimbangkan soalan atau isu dengan teliti sebelum menjawab.

Orang benar mungkin kena memakai lebih masa untuk menjawab suatu soalan, tetapi dia akan memberi jawapan yang betul pada akhirnya, sementara orang yang bebal dan yang durjana akan langsung berucap apa sahaja yang pertama-tama masuk ke dalam fikiran. Kepada mata yang tidak terdidik, orang benar mungkin nampak seperti keliru, sementara orang durjana mungkin nampak seperti sumber pengetahuan yang besar kerana kelajuan dan kuantiti jawapannya.

Orang berhikmah mengenal ini: sikap tergesa-gesa membawa pembaziran, dan kuantiti biasanya menutupi kekurangan kualiti. Kelajuan dan panjangnya sesuatu jawapan tidak membuktikan jawapan yang betul. Dapatkah kamu belajar peraturan ini supaya berfikir dengan kritikal akan respon-respon orang lain dan untuk memperlahankan jawapan diri sendiri? Ketika seseorang memerlukan nasihat, kamu patut langsung tidak bercakap kecuali dan sehingga kamu ada kebenaran yang pasti untuk menasihatinya.

Orang berhikmah mendengar dan mempertimbangkan soalan-soalan sebelum membentuk suatu jawapan, kerana menjawab suatu hal sebelum mendengarnya adalah kebebalan dan malu (Ams 18:13; 25:8). Nikodemus merayu kepada hikmah ini akan hukum untuk melindungi Yesus (Yoh 7:51; Ula 13:12-18). Jika kamu menjawab berasaskan tanggapan yang pertama, maka kamu akan kerap kali menghakimi menurut apa yang kelihatan dan tidak sebaliknya memberi penghakiman yang benar (Yoh 7:24).

Untuk mengelak mendengar cerita pihak sebelah sahaja, Allah mewajibkan sekurang-kurangnya dua saksi kepada mana-mana satu peristiwa; satu saksi adalah tidak bernilai dalam sesuatu kontroversi (Mat 18:16; 1Tim 5:19; Ibr 10:28). Ini membantu dengan percanggahan perkahwinan, urusan perniagaan, dan kontroversi-kontroversi dua pihak. Ingat peraturan ini dengan baik-baik, sebab kebanyakan orang akan mahu kamu memihak kepada satu pihak sahaja.

Menyelami sesuatu perkara ialah kehormatan para raja (Ams 25:2), yang bermaksud untuk belajar segala butir sesuatu situasi sebelum membuat penghakiman, sebab desas-desus tidak cukup untuk melayakkan orang mulia menghakimi (Ula 13:12-17). Hikmah mewajibkan kewaspadaan, yang bermaksud meneliti dari segala arah (Efe 5:15). Ayub yang sempurna menyelami perkara-perkara sebelum membuat penghakiman (Ayb 29:16).

Para hamba Allah hanya dapat mengelak malu dan diluluskan oleh Allah melalui pembelajaran yang tekun (2Tim 2:15; 1Tim 4:13-15). Jika mereka mengajar atau menjawab dengan tergesa-gesa, maka mereka akan pasti silap tanpa ilham langsung yang ada pada para rasul. Khutbah yang sejati adalah untuk membaca firman Allah dengan jelas kepada para pendengar dan kemudian memberi maksud dan erti yang betul, yang memerlukan banyak kerja (Neh 8:8; Ezr 7:6). Celakalah para pastor pada zaman ini yang memberitahu cerita-cerita yang menghiburkan dengan berpura-pura setia kepada Alkitab. Ada banyak di kalangan mereka yang mencurahkan dongeng, seperti yang telah dinubuatkan (2Tim 4:3-4).

Para raja juga dengan bangsa-bangsa yang bergantung kepada keputusan-keputusan mereka boleh berbuat silap. Solomo telah memberi amaran kepada anak lelakinya oleh amsal ini untuk mengelak bahaya dan risiko akan perundangan yang tergesa-gesa. Jika Ahasyweros telah meneliti rang undang-undang yang ada di hadapannya, maka dia tidak mungkin akan menjahanamkan bangsa Ester (Est 3:7-11). Jika Darius telah menyelidiki suatu cadangan perintah untuk menghormati dirinya, maka dia tidak mungkin akan menjahanamkan Daniel untuk dilempar ke dalam gua singa (Dan 6:1-14).

Tiada malu untuk berkata kepada orang yang sedang bertanya kepadamu, “Tolong beriku sedikit masa untuk mempertimbangkan soalanmu dan untuk menyediakan jawapan yang wajar”. Respon yang sedemikian ialah hikmah. Orang yang memohon nasihatmu lalu tidak sabar mengkritik dirimu kerana kamu bersikap hati-hati ialah orang bebal. Dan orang yang menjawab dengan tergesa-gesa ialah orang bebal, maka kurangkan pedulilah jawapannya dan jangan menjadi seperti dia.

Yesus Kristus, Yang telah Allah menjadi sungguh tangkas dalam pemahaman, telah menghakimi dengan benar, dan bukan dengan melihat atau mendengar semata-mata (Yes 11:1-5). Ketika Dia menjawab soalan, musuh-musuhNya menjadi bingung dan takut untuk tanya lebih (Mat 22:46). NamaNya ialah Yang Setia dan Yang Benar.