Amsal · Proverbs

15:29
TUHAN jauh daripada orang durjana: tetapi dia mendengar doa orang benar.

Doa bukanlah hak. Doa suatu keistimewaan, iaitu keistimewaan dari berkat Tuhan. Allah tidak berhutang untuk mendengar doa mana-mana pun orang, dan Dia akan menolak doa orang durjana. Tetapi seperti yang telah dijanjikanNya, Dia akan mendengar doa orang benar. Dia akan menjawab mereka dengan lemah-lembut, dengan kuat, dan dengan cepat. Aksiom ini difaham dengan sempurna oleh orang Yahudi (Yoh 9:31).

Orang durjana ialah orang yang berterusan dalam dosa, apa pun dosa, bahkan satu dosa. Mereka tahu diri sendiri sedang berdosa, tetapi mereka tidak peduli. Mereka tidak mengaku dan meninggalkannya. Mereka tidak mempedulikan amaran Firman Allah, pelayanNya, hati nurani mereka yang sedang berbisik, dan penginsafan daripada Roh Kudus. Mereka fikir bahawa mereka dapat terlepas dengan dosa mereka. Mereka tidak fikir bahawa it cukup penting untuk meninggalkannya dan membencinya. Mereka menyembunyikannya di bawah samaran kemunafikan.

Kamu boleh menyembunyikan dosa daripada ibubapamu, pasanganmu, anak-anakmu, gerejamu, dan pastormu. Mereka akan terus melayanimu dengan kemurahan dan kesayangan yang sama seperti pada masa dahulu. Kamu boleh memperdayakan sahabat dan ahli keluarga dengan kemunafikan, tetapi kamu tidak dapat memperdayakan Allah. Ini suatu perbezaan untuk diingati, sebab hati durjanamu akan dengan bebal menganggap bahawa sementara kamu tidak dihukum orang lain kerana dosa-dosa tersembunyi, Allah tidak akan menghukummu juga.

TUHAN melihat fikiran dan niat setiap hati (Ibr 4:12). Tiada apa pun yang tersembunyi daripada mataNya yang kudus (Ibr 4:13). Dia dengan sempurna melihat dan tahu setiap dosa fikiran, pertuturan, dan perbuatan (Ams 15:3; Maz 139:1-12). Dan Dia tidak melangkauinya. Dosa-dosa itu mendukakan dan melangkauiNya, dan jika tidak diakui dan dibuang, maka Dia tidak akan mendengar doa-doamu. Kamu dijahanamkan kepada kehidupan yang tiada berkatNya, dan Dia akan dengan wajar menghukum dirimu.

TUHAN tidak jauh daripada orang durjana dari segi lokasi dan pengetahuan, sebab diriNya mengisi syurga dan bumi, dan tidak seorang pun yang dapat menyembunyikan diri daripadaNya (Yer 23:24). Tetapi Dia jauh daripada mereka dari segi menolong mereka, menghiburkan mereka, memberkati mereka, dan bersekutu dengan mereka. Dia dekat untuk melihat kedurjanaan mereka, tetapi Dia jauh daripada menjawab doa-doa mereka. Dan pada Hari Penghakiman besar, Dia akan memberitahu mereka untuk nyah daripadaNya ke dalam api neraka yang kekal (Mat 7:23).

Dosa sebegitu meluat terhadap Allah Alkitab Yang Maha Kudus, terutama ketika kamu sudah tahu, sehingga korban-korbanmu pun menjadi kekejian keapdaNya (Ams 15:8). Ketika kamu memberontak terhadap khutbah FirmanNya, Dia menghitung doa-doamu sebagai suatu kekejian (Ams 28:9). Dia memandang hina sembahyangmu, ketika kamu menyembunyikan dosa-dosa yang tidak diakui (Yes 1:10-15; 58:1-11).

Pelanggaran pemberontakan terhadap Allah ini sebegitu besar sehingga Dia akan ketawa dan mengolok-olok pada saat kamu paling memerlukanNya (Ams 1:24-31). Jika kamu menolak penginsafan dan arahanNya sekarang, Dia akan mengetawakan malapetakamu kelak. Hai pembaca, jangan sesekali pun berani untuk memikir bahawa kamu boleh memperlekehkan khutbah. Jangan sesekali pun berani untuk memikir bahawa kamu boleh memegang dosa-dosa rahsiamu dan Allah akan berbelas kasihan.

Oleh sebab kedurjanaan Saul, TUHAN telah meninggalkannya (1Sam 16:14). Dan walaupun dia merayu untuk belas kasihan, TUHAN telah menghakiminya dan memberi kerajaan pula kepada Daud (1Sam 15:28-30). Dia sebegitu terdesak untuk doa-doanya didengar sehingga dia pergi kepada perempuan sihir Endor untuk membangunkan arwah Samuel, yang kemudian mengutuk dia lebih lanjut (1Sam 28:5-20). Tetapi Daud yakin bahawa di dalam maut pun hadirat Allah akan melindunginya dan memberkatinya (Maz 139:7-10).

Daud juga telah berdosa. Dia menyembunyikan dosanya dan memperoleh ajaran yang sungguh pedih. Dia belajar supaya tidak membenamkan diri di kubang dosa-dosanya. Dia telah menulis, “Jika aku mempedulikan kedurjanaan dalam hatiku, Tuhan tidak akan mendengarku” (Maz 66:18). Maka dia mengakui dosanya, dan Tuhan mendengarnya (Maz 32:5-6). Dia telah menulis, “Tetapi sesungguhnya Allah telah mendengarku; dia telah mengendahkan suara doaku” (Maz 66:19).

Oleh sebab itu, ia tugas besar untuk menyelidiki jiwamu dan kehidupanmu. Orang yang mengejar hati Allah telah menyelidiki dirinya dengan kerap dan dengan teliti (Maz 19:12-14; 26:2; 139:23-24). Kemudian kamu harus mengakui, dengan serta-merta dan dengan sepenuh-penuhnya, apa pun kejahatan yang ditemuimu melalui berkat cahaya dan penginsafan Allah (Ams 28:13; Ayb 33:26-28). Dia akan dengan setia mengampuni dirimu (1Yoh 1:9).

Keinsafan bagi dosa ialah belas kasihan yang istimewa daripada Allah. Ia pendekatan yang menyayang oleh Bapa syurgawimu yang sedang memanggilmu untuk kembali ke pangkuanNya. Ketika kamu rasa keinsafan dosa, bersukacita bahawa Allah tidak meninggalkan dirimu untuk selamanya, dan larilah dengan keinsafan itu untuk mengakui dan meninggalkan dosa-dosamu. Jika kamu terus memberontak, maka Dia akan berpaling dalam kemarahan kebapaan lalu menghukummu. Sebaliknya, Dia dengan penuh sayang berkata kepadamu, “Kembalilah kepadaku” (Yes 44:22; Mal 3:7).

Kepada orang yang merendahkan diri mereka sendiri dan menjalani kehidupan yang kudus, TUHAN selalunya hadir dengan keselamatan dan berkat (2Taw 16:9; Maz 34:15-17; 138:6; Yak 5:16; 1Pet 3:12). Dengarlah TUHAN Allah, dan percayalah FirmanNya, “TUHAN ada dekat kepada semua yang memanggilnya, kepada semua yang memanggilnya dalam kebenaran. Dia akan memenuhi keinginan mereka yang takut akan dia: dia juga akan mendengar seruan mereka, dan akan menyelamatkan mereka” (Maz 145:18-19).

Hai pembaca, kamu tidak perlu menjadi sempurna supaya mendapatkan Allah mendengar setiap doamu, tetapi kamu perlu mengakui kegagalan-kegagalanmu. Pertimbangkan Elia, iaitu dia yang orang liar itu. Ketika meneliti kuasa doa-doanya, TUHAN menghiburkanmu dengan mengisytiharkan bahawa Elia merupakan orang yang tertakluk kepada perasaan-persaan yang sama seperti yang dialamimu setiap hari (Yak 5:16-18). Terima kasih, TUHAN!

TUHAN telah mendengar setiap doa Tuhan Yesus (Yoh 11:42), sebab Dia selalu melakukan apa yang menyenangkan Allah (Yoh 8:29). Pada saat yang paling keperluan, walaupun salib itu tidak dapat dielakkan, BapaNya mengutus malaikat untuk menguatkanNya (Luk 22:43). Dan malaikat TUHAN berkhemah mengelilingi kamu, dan menyelamatkanmu, ketika kamu takut kepadaNya (Maz 34:7).