Amsal · Proverbs

15:30
Cahaya pada mata menyukakan hati: dan khabar yang baik menjadikan tulang gemuk.

Sang Penciptamu telah memberimu mata dan telinga. Dia juga telah menciptakan dan mentahbiskan banyak perkara bagi kenikmatan oleh kedua-dua deria tersebut. Adakah kamu bersyukur? Adakah kamu memakai sepenuh-penuhnya itu seperti yang diniatkanNya, dan adakah kamu membantu orang lain berbuat sama? Kehidupan yang sihat dan yang jiwa yang semakin makmur mewajibkan input-input yang baik melalui mata dan telinga. Apakah yang dapat kamu buat untuk mengangkat semangatmu dansemangat orang lain?

Matamu memakai cahaya untuk melihat benda di sekelilingmu. Orang buta harap mereka dapat melihat, dan orang yang dapat melihat patut bersyukur kepada Allah bagi deria penglihatan mereka. Bilik yang gelap memerlukan cahaya tiruan dan malam yang gelap memerlukan matahari terbit untuk menyukakan hati dengan penglihatan yang baru. Hari yang kelam dengan awan dan musim sejuk yang panjang menyuramkan jiwa,tetapi hari siang yang cerah dan musim bunga membawa kegembiraan kepada hati.

Salomo telah menulis, “Cahaya benar-benar manis, dan ia sesuatu yang menyenangkan bagi mata untuk melihat matahari” (Pkh 11:7). Terbitan matahari dan pembenaman matahari menyukakan setiap hati, dan demikian juga segala keajaiban ciptaan yang dapat dilihat di mana-mana pada waktu siang dan di langit pada waktu malam. PelajaranNya adalah untuk menikmati kehidupan sementara masih bernyawa, sebab hanya ada kegelapan di dalam kubur. Orang teruna harus mengikuti hati dan mata mereka dalam batasan had yang diluluskan Allah (Pkh 11:9-10).

Sukacita besar mengisi hati Yakub ketika dia melihat kereta-kereta kuda yang penuh dengan hadiah daripada Yusuf (Kej 45:25-28). Pasangan kekasih di dalam Kidung Agung diisi penuh dengan sukacita sementara mereka melihat tubuh satu sama lain. Hikmah mengajar kita untuk menikmati perhubungan-perhubungan yang kita ada dan untuk memberi pandangan yang menyenangkan juga. Adakah kamu berpuas hati dengan pasangan dan anak-anak? Dapatkah kamu lebih menyenangkan mereka?

Tetapi lebih baik ialah pandangan yang terang akan injil, yang adanya sinaran kemuliaan Allah pada wajah Yesus Kristus (2Kor 4:6). Daud telah berdoa agar dia dapat melihat hal-hal yang ajaib daripada firman Allah (Maz 119:18). Ayub tahu bahawa dia akan dapat melihat Sang Penebusnya dengan mata yang sudah dibangkitkan semula pada masa depan (Ayb 19:25-27), dan demikian juga akan semua anak Allah (1Yoh 3:2). Kemuliaan bagi Allah!

Ia juga benar bahawa padangan yang berbudi dan menyenangkan daripada seorang sahabat atau seorang penguasa dapat menyenangkan hatimu melalui kerinduan atau perkenan mereka. Pandangan demikian di antara kekasih boleh membawa kesenangan yang mendalam di sanubari. Keredaan yang mengasihi daripada orang lain patut lebih penting daripada perak atau emas (Ams 22:1), dan wajah raja yang membawa perkenan dan keredaan memang sungguh berharga (Ams 16:15; 19:12).

Perkenan yang mengasihi di mata orang lain ialah salah satu perkara yang paling menyenangkan yang dapat dilihat matammu. Hati bersukacita untuk melihat sambutan dan keredaan di tingkap mata jiwa orang lain. Demikian juga, khabar yang baik ialah salah satu perkara yang paling menyenangkan yang dapat kamu dengar. Ia memberi tenaga dan menguatkan tubuh. Adakah kamu menyebabkan hati orang-orang lain bersukacita dan menguatkan tulang-tulang mereka?

Telingamu adalah untuk mendengar bunyi yang menyenangkan dan untuk mentafsirkan ucapan yang membawa untung. Tulang yang gemuk, iaitu suatu metafora untuk kenikmatan dan kemakmuran, ialah hasilnya. Orang pekak harap mereka dapat mendengar. Adakah kamu bersyukur untuk telinga yang berfungsi? Apakah yang kamu biar masuk ke dalam telingamu? Apakah yang disampaikanmu kepada pendengaran orang lain? Adakah kamu menjadikan tulang-tulang orang lain gemuk, atau sebaliknya mengisarkan tulang-tulang mereka?

Khabar yang baik ialah berita yang menceriakan hati, mencerahkan minda, dan mengangkat semangat. Berita yang baik dari negeri yang jauh ialah seperti air sejuk kepada jiwa yang dahaga (Ams 25:25). Hati Yakub pertama-tama menjadi lemah ketika mendapat berita bahawa Yusuf masih hidup di Mesir, tetapi ketika khabar itu disahkan, semangatnya dipulihkan (Kej 45:25-28). Khabar yang baik dapat menjadikan hati yang terbeban gembira (Ams 12:25).

Adakah bibirmu membawa khasiat kepada orang lain (Ams 10:2,32)? Adakah orang lain bersukacita akan hal-hal yang berbudi dan yang menguntungkan yang kamu tutur kepada mereka? Adakah lidahmu sumber kesihatan dengan kata-kata berhikmah yang dituturkan dirimu kepada orang lain (Ams 12:18)? Adakah kamu pokok kehidupan (Ams 15:4)? Adakah kamu memuji perangai yang baik? Fikiran yang baik yang tidak diluahkan adalah tidak bernilai. Tulang siapa yang dapat kamu jadikan gemuk pada hari ini dengan khabar yang baik?

Pemakaian mulutmu yang paling baik adalah untuk memuji Allah, mengajar hikmah, dan menyebarkan kebenaran. Adakah kamu memiliki kata-kata kebenaran yang pasti di dalam mulutmu untuk menjawab orang lain (Ams 22:17-21; 1Pet 3:15)? Adakah dirimu merupakan satu di kalangan seribu orang yang dapat menunjukkan orang yang insaf penebusannya (Ayb 33:19-26)? Adakah kamu bermegah di dalam TUHAN dengan cara untuk memberi kegembiraan kepada orang yang rendah hati (Maz 34:2)?

Telinga yang paling diberkati ialah orang yang mendengar injil dan berpegang kepadanya (Luk 11:28). Yesus menghormati orang-orang demikian melebihi ibunya, Maria. Mereka mendengar bunyi yang meriangkan hati dan menjalani hidup mereka di cahaya wajah Allah (Maz 89:15). Mereka tidak kurang istimewa daripada para gembala yang telah melihat dan mendengar para malaikat mengumumkan kelahiran Tuhan Yesus Kristus (Luk 2:8-14).

Sesetengah orang menyatakan bahawa muzik ialah bahasa jiwa. Apakah jenis muzik yang didengarmu? Adakah ia mengangkat hatimu kepada fikiran dan perangai yang mulia? Atau adakah ia mengisi hatimu dengan fikiran nafsu sementara tubuhmu bergerak seksual mengikuti iramanya? Bagi Kristian yang sejati, sementara tubuh mereka ialah bait suci Roh Kudus, muzik yang memasuki pintu pendengaran, atau telinga, patutlah memuliakan Allah.

Apakah pelajaran-pelajaran yang ada di sini? Allah telah menciptakan kedua-dua matamu dan telingamu, dan kamu patut bersyukur untuk kenikmatan dan keuntungan yang dibawa olehnya. Dia juga telah mencipta dan mentahbiskan benda untuk dilihat dan didengar, sesetengahnya semula jadi dan sesetengah pula adlaah rohani, tetapi semuanya baik. Adakah kamu menekankan input-input yang salih ini? Bagaimanakah kamu mempengaruhi orang lain? Adakah kamu membantu mereka melihat dan mendengar hal-hal yang baik?

“Telinga yang mendengar, mata yang melihat, TUHAN telah menjadikan kedua-duanya” (Ams 20:12). Ini boleh dipakai secara alamiah dan juga rohaniah. Jika kamu boleh melihat keindahan alam semula jadi, dan melihat kepelbagaian bunyinya, maka kamu telah diberkati. Tetapi jika kamu dapat melihat dan mendengar misteri-misteri injil Kristus dengan pemahaman, maka kamu lebih diberkati (Mat 13:16).