Amsal · Proverbs

16:17
Lebuh raya orang jujur adalah untuk meninggalkan kejahatan: dia yang menjaga jalannya mengekalkan jiwanya.

Adakah kamu berada di jalan yang betul? Adakah kamu mempunyai peta yang baik untuk elak membelok dengan salah? Jika kamu kekal di lebuhraya orang jujur, kamu akan menyelamatkan dirimu daripada banyak masalah. Alkitab menandakan jalan tersebut dengan baik, tetapi ada banyak selekoh yang besar dan yang menarik untuk menjadikanmu sesat. Para pemenang di dalam perlumbaan kehidupan, yakni orang yang tebusan Tuhan, kekal berada di lebuhraya orang jujur (Yes 35:8-10).

Amsal Solomo ialah lombong emas kiasan metafora. Lebuhraya orang jujur ialah gaya hidup orang berhikmah dan orang yang salih (Ams 2:20; 4:18; 12:28). Mereka membenci kejahatan dan mengelak itu sebanyak semungkin, seperti Ayub dan Daud (Ams 13:6; 15:24; Ayb 1:1; Maz 101:1-8). Mereka tahu ke mana mereka sedang pergi, dan mereka menolak apa pun godaan untuk membelok ke jalan yang salah (Ams 4:14-15; 14:8).

Ada lebih daripada satu jalan dalam kehidupan. Ada jalan orang durjana, yang kamu harus elak dengan segala ketakutan (Ams 1:15; 4:19; 15:9; 22:5). Jika kamu merayau keluar daripada lebuh raya orang jujur, kamu akan menjalani kehidupan yang pedih di dalam jemaah orang mati (Ams 13:15; 21:16).

Kamu harus dengan berhikmah memahami jalan yang kamu pakai setiap hari (Ams 4:25-27; 14:8; 19:16). Manusia akan mengundangmu memakai jalan mereka (Ams 16:29; 28:10). Mereka akan menghinamu kerana memilih jalan yang betul (Ams 29:27). Hatimu akan menipumu ke jalan yang salah (Ams 16:25; 21:2).

Percayalah petamu – Alkitab (Ams 3:5-6; 19:3; 21:29). Semakin lama kamu pakai lebuh raya orang jujur, semakin jelas dan lebih mudah jalannya (Ams 4:18; 10:9). Latihlah anak-anakmu jalan yang baik dan jalan yang betul (Ams 22:6; 23:19). Bersedia untuk menjadi orang tua di dalam jalan yang betul (Ams 16:31).

Kehidupan Kristian ialah perlumbaan – suatu perlumbaan jarak jauh, bukan yang jarak pendek. Ia dilanjutkan dengan kesabaran, lebih daripada suatu cetusan keinsafan yang singkat. Ia wajib menanggalkan setiap beban – peralihan perhatian duniawi – yang mungkin menghambat jalanmu. Ia wajib menanggalkan dosa yang dengan mudah menjeratmu. Ia dilanjutkan dengan kesabaran di hadapan banyak saksi di syurga, sementara kamu pandang ke Yesus (Ibr 12:1-2).

Perlumbaan kehidupan orang Kristian adalah di lebuh raya orang jujur – jalan yang suntuk dan yang sempit yang batasannya digariskan oleh Yesus Kristus, anak Solomo (Mat 7:13-14). Hanya segelintir orang menemui jalan ini yang membawa ke kehidupan – kehidupan yang melimpah sekarang dan kehidupan yang kekal kelak. Pintu ke lebuh raya ini adalah sungguh suntuk, atau sungguh mengongkong; dan jalannya sungguh sempit, yang tidak membenarkan apa-apa pelencongan.

Orang Kristian yang melanjutkan perlumbaannya dengan baik akan menerima hadiah. Dunia menjalani hidup yang menguasai diri dan menyangkal diri untuk memenangi mahkota yang fana. Anak-anak Allah patut dengan sungguh-sungguh menjalani hidup yang menguasai diri untuk memenangi mahkota yang kekal (1Kor 9:24-27). Matlamat untuk menyenangkan Yesus Kristus dan untuk memperoleh keredaanNya patut menjadi dorongan kuat menuju ke garis penamat (Flp 3:13-14).