Amsal · Proverbs

16:18
Keangkuhan mendahului kebinasaan, dan roh yang bongkak mendahului kejatuhan.

Sesuatu kuasa yang lebih kuat daripada graviti menjatuhkan manusia – keangkuhan! Di sini, Solomo telah memberi aksiom [prinsip] yang semua orang patut hafal dan pertimbangkan setiap hari. Menjadi angkuh atau sombong akan apa-apa pun adalah cara yang pasti untuk jatuh tersungkur. Orang yang sombong dan angkuh akan jatuh sepasti buah yang jatuh dari pokok. Para pembaca, rendahkanlah dirimu pada hari ini dan bencilah keangkuhanmu.

Di sinilah kata-kata hikmah utama daripada seorang raja yang berhikmah dan yang berjaya. Dia lebih berpengetahuan daripada mana-mana pakar runding atau ahli falsafah yang paling berkesan bagi kemakmuran dan kejayaan di dalam kehidupan. Dia telah mengulangi amaran ini kerap kali, dan itu menandakan bahawa ia penting, tetapi kamu tidak akan diajar prinsip ini di sekolah perniagaan atau mana-mana sekolahpun. Manusia secara semulajadi suka kepada keangkuhan, terutamanya keangkuhannya sendiri!

Keangkuhan adalah racun kepada hati, jiwa dan minda. Ia mengeraskan hati daripada mengasihi dan mengampuni orang lain, jadi ia menghakisi persahabatan. Ia melecuhkan jiwa kepada pembetulan dan amaran, jadi ia membawa kepada pengunduran dan kejatuhan yang teruk. Ia membutakan minda kepada bahaya dan risiko, jadi seseorang itu bergegas ke dalam keputusan-keputusan yang bebal dan ke kebinasaan tanpa apa pun kewaspadaan yang biasanya ada.

Keangkuhan menghilangkan kedudukan iblis di syurga (1Tim 3:6), dan Salomo telah memperhatikan keangkuhan menjatuhkan banyak orang. Dia kerap kali memberi amaran akan keangkuhan (Ams 11:2; 17:19; 18:12; 29:23). Tetapi anaknya, Rehabeam, telah melangkaui pelajaran ini. Dia memprovokasi bangsa Israel dengan sungguh angkuh sehingga dia hilang sokongan sepuluh daripada dua belas suku bangsa Israel pada waktu upacara kemahkotaannya (2Taw 10:1-19). Sikapnya yang terlalu yakin itu telah membawanya kerugian sebuah negara.

Raja Uzia menganggap dirinya sebagai imam dengan mempersembahkan kemenyan, tetapi akhirnya dia kena bersara dengan penyakit kusta pada mukanya. Haman, secara bongkak, cuba membinasakan orang Yahudi, namun memalukan diri sendiri dan akhirnya digantung mati. Petrus mengisytiharkan bahawa dia tidak akan sesekalipun menyangkal Tuhan, sehingga beberapa jam kemudian, ayam itu berkokok. Raja Herod secara sombong menikmati puji-pujian manusia, dan untuk beberapa jam, cacing-cacing menyeksa dirinya sebelum membunuhnya.

Ia sungguh mudah untuk mengenalpasti orang yang angkuh. Dia suka bercakap, terutamanya tentang dirinya sendiri dan tentang pendapat-pendapatnya. Dia tidak melayani orang lain secara sukarela, sebab itu terlalu rendah baginya, dan dia terlalu sibuk dengan halnya sendiri. Dia bergaul dengan orang kenamaan, dan hidup melebihi kemampuannya. Dia menolak nasihat dan amaran. Dia mudah menjadi marah, mengkritik orang lain, dan menyimpan dendam bagi pelanggaran-pelanggaran yang sudah berlalu.

Orang angkuh mengambil kesempatan ke atas orang lain, biadap terhadap penguasa, dan berbangga dalam hal melanggar hukum. Dia selalu ada alasan bagi tindakannya yang buruk, daripada meminta ampun dengan rendah hati. Dia membuat janji yang dia tidak dapat atau tidak mahu tunaikan. Percakapannya melulu. Masalah-masalah di dalam kehidupannya selalunya menjadi salah orang lain. Dia tidak akan mencari bantuan. Dia biasanya memerintah secara zalim.

Apakah penawar bagi keangkuhan? Akuilah dosa-dosamu sepenuhnya kepada Allah, dan tinggalkan itu. Minta maaf kepada orang yang telah kamu buat salah dan buat perdamaian sepenuhnya dengannya. Rendahkanlah dirimu dan taatilah semua nasihat berhikmah yang telah diberikan kepadamu. Layanilah orang yang paling rendah yang kamu dapat temui. Kurangkan percakapan. Kekanglah hati dan mindamu supaya hanya memikir fikiran yang baik tentang orang lain. Hindarilah segala balas dendam.

Kerendahan hati bukanlah berfikir atau menyatakan diri sendiri sebagai rendah hati. Kerendahan hati adalah untuk mentaati Allah dan melayani orang lain. Kerendahan hati bukanlah penampilanmu atau gaya jalanmu; ia menyanjungi Allah dan orang lain daripada menyanjungi dirimu sendiri. Keangkuhan memprovokasi Allah untuk menghukum; kerendahan hati membawa berkat. “Maka, rendahkanlah diri kalian di bawah tangan kuat Allah, supaya dia dapat menyanjungi kalian pada waktunya” (1Pet 5:6).