16:19
Lebih baik untuk bersemangat rendah hati bersama orang yang rendah diri, daripada membahagikan jarahan bersama orang durjana.
Maksimakan kehidupanmu! Majukannya pada hari ini juga! Jika Salomo membandingkan dua perkara dan berkata bahawa salah satu lebih baik daripada yang lain, maka rebutlah itu. Pilihlah kerendahan hati dengan orang miskin daripada untuk menjadi kaya sombong bersama orang angkuh.
Lihatlah amsal yang sebelum ini untuk diberi amaran tentang kepentingan keputusan ini bagi kehidupanmu. Ia berkata, “Keangkuhan mendahului kebinasaan, dan roh yang sombong sebelum kejatuhan” (Ams 16:18).
Allah akan menghakimi orang sombong, kerana keangkuhan mereka sungguh memualkanNya. Tetapi Dia akan memberkati dan memberi keredaan kepada yang rendah hati oleh kuasaNya yang besar (Ams 18:12; 22:4; Yes 57:15; 66:1-2; Yak 4:6).
Kamu harus melakukan dua perkara untuk memilih kehidupan yang lebih baik dengan berkat-berkat Allah. Kamu harus memilih roh yang rendah hati bagi dirimu, dan kamu harus memilih kawan-kawan yang rendah hati, meskipun mereka miskin.
Di sinilah hikmah yang sangat berharga. Dapatkah kamu menanggapinya? Akankah kamu mentaatinya? Satu-satunya Allah dan seorang raja yang paling berhikmah mengisytiharkan suatu keutamaan hidup untuk memberimu kepuasan dan damai sejahtera. Jika kamu mahu sukacita dan kepuasan, maka pilihlah orang miskin yang rendah hati sebagai kawan daripada orang kaya yang bongkak.
Sesudah memerhati dan mengalami setiap kelebihan yang dibekalkan kuasa dan kekayaan besarnya, salah seorang raja yang paling hebat telah menulis bahawa ia lebih baik untuk dengan rendah hati menikmati persahabatan orang miskin dan kawan yang sederhana daripada menjadi kaya dan bergaul di kalangan orang yang sombong angkuh.
Ia lebih baik untuk menjadi miskin dan rendah hati daripada menjadi kaya dan angkuh. Dunia tidak mampu percaya kepada konsep itu. Akankah kamu percaya itu? Orang berkata bahawa kejayaan dan kekayaan memperbenarkan keangkuhan, dan untuk bersangkut paut dengan orang yang berpengaruh merupakan kehidupan yang paling baik. Mereka sungguh salah, dan kesalahan mereka akan kembali untuk menghantui mereka. Keangkuhan cukup jahat untuk menghapuskan apa pun manfaat kekayaan.
Kamu tidak boleh menjelaskan gagasan ini kepada orang duniawi. Mereka sibuk menyembah perut mereka sendiri (Flp 3:18-19). Mereka tidak boleh menanggapi mengapa Musa meninggalkan segala kenikmatan dan harta kekayaan Mesir untuk menderita dengan orang miskin Allah (Ibr 11:24-26). Tetapi dengan Jehovah sebagai sahabatnya, dia menikmati lebih banyak kekayaan dengan Israel daripada mana-mana kekayaan yang dapat dibayangkan Firaun (Kel 6:1-3; Maz 133:1-3).
Apakah yang menjadikan persahabatan baik? Iman berharga yang serupa di kalangan para percayawan (2Pet 1:1), lebih baik daripada kekayaan berharga yang orang berjaya ada di bank. Orang kaya dengan keangkuhan duniawi bukanlah sahabat yang baik bagi orang yang salih (Ams 18:11,23; 28:6,11). Orang miskin menjadi anggota gereja yang lebih baik juga, seperti yang telah dinyatakan Yakobus dengan jelas-jelas (Yak 2:1-10).
Di manakah dapat kamu menemui sahabat-sahabat demikian? Di gereja sejati Yesus Kristus yang mengasihi Allah dan sesama diri seperti yang dinyatakan Alkitab. Jauhilah apa pun gereja yang nampak seperti sembahyang personaliti atau seperti kelab malam. Tolaklah keupacaraan dan kerasmian. Pandanglah ke gereja yang menekankan hal kehidupan dengan Allah dan hal bersuka di dalamNya. Ada segelintir gereja yang sedemikian, tetapi rayulah kepada Allah untuk membantumu menemui satu.
Mengapakah keutamaan ini benar? Kerana keangkuhan membawa perbalahan dan persengketaan, dan sahabat-sahabat yang angkuh dan yang kaya akan tidak lama lagi bersubahat untuk melukakanmu dan mengambil aset-asetmu (Ams 13:10; 18:23; 23:1-3,6-8).
Mengapakah keutamaan ini benar? Kerana Tuhan mengasihi dan memberkati orang yang rendah hati, tetapi Dia membenci dan menentang orang yang angkuh (Ams 6:16-19; 1Pet 5:5-6). Mana satu orang yang mahu Tuhan sebagai musuhnya!
Mengapakah keutamaan ini benar? Kerana kepuasan ialah kunci kepada kebahagiaan dan kejayaan (Pkh 5:10; 1Tim 6:6; Ibr 13:5-6). Orang angkuh dan orang kaya selalu mahu lebih daripada apa yang dimiliki mereka.
Mengapakah keutamaan ini benar? Kerana kamu tidak akan pernah rugi kalau mengorbankan hidup bagi Yesus Kristus (Mar 8:34-37; 10:28-30). Tambahan pula, satu-satunya jalan yang menuju kejayaan dengan nyawamu adalah dengan menghilangkan nyawa itu demiNya.
Mengapakah keutamaan ini benar? Kerana kamu tidak boleh membawa kekayaan bersamamu, tetapi orang yang rendah diri yang percaya kepada Allah ada kekayaan yang tidak terkatakan yang sedang menantikan mereka (Mat 6:19-21; 2Kor 4:17-18; 1Tim 6:7).
Hai pembaca! Percayakah kamu kata-kata Yesus Kristus, Yang telah menyarankanmu untuk mencari kerajaanNya dahulu dalam kehidupanmu (Mat 6:33)? Sudahkah kamu menemui sekumpulan orang kudus yang rendah diri yang dapat berkongsi bersamamu kekayaan injil dan harapan akan warisan yang kekal? Itu patut menjadi keutamaan yang paling tinggi.