Amsal · Proverbs

16:20
Dia yang mengendalikan suatu hal dengan berhikmah akan mendapat kebaikan: dan sesiapa yang menaruh percaya kepada TUHAN, berbahagialah dia.

Kamu menghadapi keputusan dan dilema [keadaan serba salah] setiap hari. Hanya dua perkara yang diperlukan untuk kejayaan – hikmah dan iman. Hikmah, iaitu daya penghakiman yang betul, akan membantumu menjawab dan menyelesaikan setiap satu dengan adil dan dengan berhemat. Setiap kali kamu melakukannya, berkat-berkat yang alamiah dan yang rohani akan turut menyertai. Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan dalam Allah, akan melindungi dan memakmurkanmu dengan lebih lanjut, sementara kamu menghormatiNya oleh kebenaran dan kewajaran mengatasi sikap ingin mengekalkan diri sendiri dan sikap ingin mengangkat diri sendiri.

Kejayaan dan kebahagiaan adalah mudah. Ia ditawarkan di sini. Bagaimanakah ia diperoleh? Oleh hikmah salih dalam keputusan-keputusan dan oleh iman kepada Allah segala hikmah (Ams 3:5-6; Yos 1:8; 1Tim 6:6; 1Pet 3:10-12)! Mengurus kerunsingan kehidupan melalui iman kepada firman Allah dan penyediaan nasib Allah, akan menjamin keredaan orang lain, damai sejahtera dan kemakmuran pilihan yang berhemat, dan berkat-berkat Allah. Betapa hebatnya ganjaran itu! Kamu perlu memperoleh hikmah dan iman dan memakainya pada hari ini juga!

Kebanyakan manusia menghadapi keputusan dan dilema dengan dorongan-dorongan mementingkan diri sendiri yang mencabuli daya penghakiman mereka dan menyebabkan mereka membuat pilihan yang tidak baik. Daripada kepercayaan kepada Allah untuk memberi berkat suatu jalan penyelesaian yang berhikmah dan yang wajar, mereka cuba melindungi dan memakmurkan diri sendiri dengan melenturkan keadilan dan kesaksamaan. Adakah kompromi ini berhasil? Ia tidak pernah berhasil! Ia akan menghantuimu dengan ketidakperkenan orang lain, kesan-kesan pilihan yang mementingkan diri sendiri, dan hukuman daripada Allah. Kejatuhan orang demikian adalah pasti!

Di manakah hikmah ditemui supaya dapat mengendalikan hal-hal dengan berhemat dan supaya dapat memperoleh keredaan Allah dan manusia? Di dalam kitab-kitab Kristian, firman yang berilham Allah (Maz 19:7-11; 119:130; 2Tim 3:15-17)! Dan banyak hikmah praktikal ditemui di sini dalam kitab Amsal (Ams 1:1-7; 2:1-9; 30:5-6). Jika kamu menyelami firman Allah, kamu akan mengumpulkan hikmah sejati supaya dapat mengendalikan kesulitan-kesulitan kehidupan, dan kamu akan mendapat berkat-berkat besar dan sukacita terakru kepada dirimu sendiri.

Daud ada hikmah besar dan keredaan dengan rakyat (1Sam 18:5,14,16,30). Bagaimana? Dia menghargai Alkitab dengan setinggi-tingginya (Maz 1:1-3; 19:7-11; 119:1-176). Ia telah mengajarnya bagaimana untuk mengendalikan hal usaha-usaha Saul untuk membunuhnya, hal hasutan anak-anaknya, hal menyepadukan bangsa yang berpecah-belah, dan hal kematian anaknya. Mengapakah Daud mendengar pembetulan daripada Abigail? Penyangkalan oleh Natan pula? Celaan Natan lagi? Dia dapat bertindak dengan sikap mementingkan diri sendiri banyak kali, tetapi tidak. Dia percaya kepada Allah sepenuh-penuhnya.

Yusuf dan Daniel, iaitu orang-orang tawanan di istana bangsa yang paling besar pada zaman itu, membuat pilihan-pilihan menuruti firman Allah. Yusuf menolak godaan seorang perempuan cantik dan telah disalahtuduh ingin merogol, tetapi dia tenang dalam hati nurani yang suci, keredaan-keredaan para penawannya, dan Allah mengangkatnya ke jawatan atasan Mesir. Daniel menolak diet pagan raja Nebukadnezar dan dekri agama Darius lalu beroleh damai sejahtera jiwanya, kehormatan para penawannya, dan Allah mengangkatnya ke jawatan atasan Babel dan Parsi. Tanggapilah pelajarannya!

Hikmah Allah yang berilham dalam Alkitab membawa kejayaan dan kebahagiaan. Ia ada kriteria yang tidak pernah salah bagi seorang isteri (Ams 31:30), jalan menenangkan kemarahan (Ams 15:1), rahsia tentang kemurahan (Ams 11:24-25), amaran terhadap skim cepat kaya (Ams 12:11; 13:11), hikmah pengurusan (Ams 29:21), bahaya-bahaya menanggung hutang orang lain (Ams 6:1-5), nilai hal menabung (Ams 6:6-8), hikmah kapitalisme (Ams 14:4), peraturan-peraturan didikan anak (Ams 29:15), dan bahaya alkohol (Ams 20:1).

Pertimbangkan lebih tentang kitab Amsal. Ia mempunyai amaran-amaran tentang perempuan yang lacur (Ams 6:25), nilai kerja keras (Ams 22:29), kutuk keangkuhan yang teruk (Ams 16:18), keutamaan-keutamaan hidup (Ams 15:16; 17:1), sifat persahabatan sejati (Ams 17:17; 27:5-6), penawar untuk masalah perzinaan (Ams 5:19), nilai para penasihat (Ams 15:22), kejahatan hasutan (Ams 20:2; 24:21-22), bahaya memandang hina ibubapa (Ams 20:20; 30:17), nilai alkohol (Ams 31:6-7), hikmah bagi masyarakat manusia (Ams 30:27), dan penjagaan orang miskin (Ams 19:17).

Pelajaran amsal ini ada dua. Jangan mengherotbenyotkan amsal ini lalu menghilangi nilainya kerana mengabaikan salah satu daripadanya. Adakah kamu memakai hikmah Alkitab dengan tekun, dan kemudian adakah kamu percaya kepada Allah Yang Berbahagia di syurga untuk kejayaan? Allah mengharapkanmu untuk memakai hikmah yang telah diberiNya – sebab apa pun yang kurang daripada itu mencubaiNya; tetapi seberapa banyak kebijaksanaan dan kehematan pun tidak dapat mengendalikan segala hal – kamu mesti memiliki keredaan dan berkat luar biasa Allah (Maz 127:1-2; Mat 4:5-7).

Orang berhikmah tidak percaya kepada dorongannya sendiri dan keraguan akan kemampuannya, maka dia bergantung kepada berkat Allah lebih daripada usaha-usahanya sendiri. Dia tahu dia tidak boleh berbuat apa-apa tanpa bantuan ilahi, maka dia menyerahkan dirinya supaya bersandar kepada belas kasihan Allah dan janji-janji Allah sesudah memilih jalan yang berhikmah. Dan inilah gabungan yang merupakan hikmah sejati. Tanggapilah itu, dan ingatinya!

Yakub dengan berhikmah membahagikan harta milik dan orang-orang yang dimilikinya kepada dua kumpulan dan menghantar pemberian-pemberian yang besar sebelum bertemu dengan Esau, tetapi dia bergelut dengan Allah sepanjang malam untuk kejayaan (Kej 32:3-32). Daud mengutus Husai untuk melencongkan kepercayaan Absalom kepada hikmah Ahitofel, tetapi dia merayu dan percaya kepada Allah bagi kejayaannya (2Sam 15:31-34). Ester menganjurkan dua perjamuan bagi suaminya, raja Parsi, tetapi itu hanya sesudah dia berpuasa untuk tiga hari dan tiga malam bagi kejayaan perjamuan-perjamuan tersebut (Est 4:15-17; 5:1-6).

Jika hikmah ditemui di dalam Alkitab, di manakah iman ditemui? Di tempat yang sama! “Maka iman datangnya oleh pendengaran, dan pendengaran oleh firman Allah” (Rom 10:17). Pembacaan yang kerap akan Allah punya pengendalian dan hal menyelamatkan umatNya akan membina iman dalam penyediaan nasibNya (Maz 40:4-5; 46:1-11; 77:11-20; 78:1-8; 107:1-43; 111:1-10; 145:1-21; Rom 15:4).

Bagaimanakah kamu mengendalikan dilema-dilema kehidupan? Oleh emosi? Oleh hati naluri? Oleh tabiat? Oleh ketakutan? Oleh teladan ibubapa? Oleh sikap pandai menjaga diri sendiri? Oleh tekanan pengaruh rakan sebaya? Oleh pendapat popular? Oleh aliran-aliran semasa? Oleh pertimbangan-pertimbangan yang pragmatik? Asas-asas bagi keputusan dan tindakan itu akan gagal. Kamu telah kehilangan pelajaran amsal ini, dan kamu akan kehilangan kejayaan dan kebahagiaan yang dapat diberi hikmah dan iman kepadamu. Bersyukurlah kepada Allah, dan percayalah kepada Salomo di sini.

Orang berhikmah belajar firman Allah dan memakainya dengan setia. Mereka tidak pernah takut menghargai kebenaran dan kewajaran melebihi sikap ingin mengekalkan diri sendiri dan sikap ingin mengangkat diri sendiri. Mereka tahu bahawa hukum-hukum Allah termasuk kejayaan alamiah, membawa kebahagiaan rohani, dan menjamin berkat-berkat dan perlindungan Allah. Mereka tidak pernah mengendalikan hal dengan cara apa pun yang lain daripada apa yang dinyatakan Alkitab, dan dalam keyakinan ini mereka percaya kepada Allah yang setia bagi ganjaran yang sepenuhnya (Maz 119:22,94,117,166,173; Ibr 11:6).