17:21
Dia yang memperanakkan si bebal melakukannya dengan dukacita: dan ayah si bebal tidak mempunyai sukacita.
Adakah kamu ingin merosakkan kehidupanmu? Melesapkan sukacitamu, dan bersemuka dengan dukacita dan keaiban? Maka peranakkanlah seorang anak yang bebal! Seorang anak yang memalukan dan yang menyesakkan boleh mengikis nyawa daripada jiwamu. Ia suatu bencana yang boleh meremukkan hatimu dan hati pasanganmu (Ams 10:1; 17:25; 19:13).
Isu ini bukan hal Nasib – rekacipta Homer yang pagan! Allah di syurga mungkin dengan adil menghukummu atau moyangmu dengan keturunan bebal yang teruk betul, namun besar kemungkinan kamu sendiri yang mengabaikan tugas-tugas keibubapaanmu lalu menghasilkan si bebal yang kalau sebaliknya tidak mungkin terjadi.
Semua kanak-kanak dilahirkan dengan hati yang bebal yang condong kepada sikap mementingkan diri sendiri, sikap kekukangan, dan dosa (Ams 22:15; Maz 14:1-3; 51:5; 58:3). Walau bagaimanapun, kebebalan ini biasanya boleh diusir keluar dari anak melalui teguran dan tongkat pembetulan (Ams 22:15; 19:13; 20:30; 23:13-14; 26:3; 29:15).
Tetapi sesetengah anak dilahirkan bebal dengan suka mengikut gerak hati dan yang teruk benar, yang sama ada merupakan hukuman disiplin daripada Allah (jika ibubapanya orang pilihan) atau penghakiman (jika mereka bukan orang pilihan). Tiada rawatan untuk si bedebah ini, sebab kamu tidak boleh mengusir kebebalan daripadanya oleh apa cara pun (Ams 27:22).
Ibubapa yang suka mengabaikan tugas mereka, terutamanya ayah, menjadikan anak-anak mereka bebal. Orang demikian yang penuh kebencian tidak mendidik anak-anak mereka, dan hasilnya teruk sekali: anak-anak mereka keras di dalam kebebalan yang melekat pada hati ketika dilahirkan. Ada harapan ketika seorang anak masih muda (Ams 13:24; 19:18; 22:6,15), tetapi jika kamu membazirkan peluang itu, malu dan masalah akan datang (Ams 29:15).
Apakah pelajaran-pelajarannya? Anak lelaki atau anak perempuan yang bebal ialah bencana yang teruk sekali. Sementara punca bencana ini mungkin hasil hukuman Allah, ia hikmahmu untuk kekal kudus dan berakhlak mulia sebanyak semungkin, supaya Allah kemungkinan akan menyelamatkanmu daripada hukuman sedemikian. Sementara mendidik anak boleh mengajar hikmah dan menghapuskan kebebalan, ada alasan yang sungguh baik untuk bertekun dan menjadi setia untuk mendidik setiap anakmu dengan cekal hati (Ams 19:18; 20:30; 22:6,15; 29:15,17).
Kepedihan anak yang bebal sungguh besar. Maka jadilah orang tua yang hebat. Kian hari kamu bercuti daripada tugas ini, kian hari ia membawa dukacita yang lebih besar. Adakah kamu menjadi teladan kepada mereka dengan menjalani hidup yang cukup berhikmah? Bersikap pemerintah dengan menguatkuasakan kesalihan? Berbelas kasihan? Berpengetahuan? Mengajar? Bersikap realistik? Mesra? Konsisten? Rohani? Menjadi pemimpin? Setiap tugas adalah penting. Tetapi yang penting sekali ialah ini: adakah kamu berdoa bagi mereka?
Sudahkah kamu gagal sebagai orang tua? Adakah kamu memiliki seorang dua anak bebal yang memakai namamu pada nama mereka? Akuilah dosa besarmu ini kepada Allah, rayulah kepadaNya untuk belas kasihan, akuilah itu kepada anak-anakmu, dan kerahkanlah setiap usaha yang salih untuk mengajar dan mendidik mereka dengan sisa-sisa jalan yang tertinggal. Tuhan mampu memulihkan tahun-tahun yang tercicir kerana kebebalanmu dan hukumanNya (Yoe 2:25-27).
Jika kamu mempunyai anak bebal bagi sebab-sebab tersebut atau sebab-sebab yang lain, kamu tidak bersendirian. Abraham tidak dapat menjaga keamanan dalam rumah tangganya yang berpoligami, dan di antara anak-anak Yakub hanya ada seorang anak yang betul-betul baik. Samuel telah menyaksikan kebapaan Eli yang teruk sekali dan telah nampak penghakiman Allah terhadap dia, tetapi anak-anak lelaki Samuel tidak boleh dikatakan lebih baik daripada Eli punya. Daud mungkin mengejar hati Allah, tetapi anak-anak lelakinya rosak benar dengan pelbagai jenayah yang layak hukuman mati sampai anak kesayangannya pun mengkaramkan kehidupannya sendiri.
Kerahkanlah dengan munasabah usahamu yang paling baik dan percayalah kepada Allah bagi segalanya yang lain, sama seperti mana-mana tugas atau pilihan dalam kehidupan (Maz 127:1-2). Dia boleh melipatgandakan usaha yang kecil seperti yang Dia buat kepada lima roti dan dua ikan, mengampuni kebebalanmu yang dahulu, dan mengerjakan perubahan dalam hati anakmu yang kamu sesekali pun tidak mampu buat. Utamakanlah Allah dan kewajaranNya dahulu dalam hati dan kehidupanmu, dan barulah kamu dapat menyerahkan anak-anakmu kepadaNya.