Amsal · Proverbs

17:22
Hati yang girang membawa kebaikan seperti ubat: tetapi roh yang patah mengeringkan tulang.

Kamu memberi lebih kesan kepada kesihatanmu daripada diet, khasiat, senaman, pendedahan dan tidur. Kamu memberi kesan kepadanya melalui perangai dan rohmu. Suatu roh yang gembira dan girang akan memajukan kesihatanmu, tetapiyang luka dan negatif akan merosakkannya. Apakah perangai kamu pada hari ini? Lakukanlah apa yang baik untuk dirimu sendiri! Pertimbangkan hikmah di sini dan pilihlah supaya menjadi girang di dalam Tuhan! Lakukannyalah sekarang juga!

Perbandingan-perbandingan yang dipakai di dalam amsal ini, iaitu “seperti ubat” dan “mengeringkan tulang” tidak seharusnya diputar-belitkan untuk mengutuk antibiotik atau menjelaskan punca penyakit leukemia. Kedua-duanya adalah kiasan yang mengajarkan tentang kesihatan dan nilai suatu pandangan dan perangai yang gembira terhadap kehidupan.Ada pelajaran yang besar di sini, tetapi amsal ini bukan mengajarkan rawatan untuk kesemua kesakitan.

Kajian baru-baru ini telah mengesahkan hal ini yang telah diajarkan oleh Solomo dari 3000 tahun dahulu. Mereka yang ketawa dan menikmati hidup akan lebih panjang hayatnya. Sekarang ada suatu golongan kesakitan yang dinamakan kesakitan psikosomatik (psiko = minda; somatik = tubuh) dimana minda boleh menyebabkan masalah-masalah fizikal didalam tubuhmu. Berilah Allah kemuliaan untuk amsal ini.

Hati yang girang atau roh yang patah ialah suatu pilihan! Kedua-duanya bukan hasil daripada takdir, pembawaan, warisan genetik moyang atau kesihatan. Dan kedua-duanya juga bukanlah disebabkan oleh keadaan sekeliling kerana seseorang yang girang boleh memilih untuk bergirang di dalam dugaan yang sangat sukar dan seseorang yang murung boleh merosakkan suatu

acara yang gembira. Kamu boleh berpesta sepanjang hidupmu, jika kamu ada hati yang bersukacita; tetapi seseorang dengan perangai yang negatif boleh mencari pasal dengan setiap hari (Ams 15:15). Pertimbangkanlah hal ini!

Sukacita Kristian adalah suatu perintah (Fil 4:4; 1Tes 5:16), tetapi ketawa orang bebal adalah dosa (Efe 5:4; Peng 7:6). Kebebalan bukanlah ubat; berkelakar bukanlah salap [ubat sapu]. Kedua-duanya adalah rosak dan boleh membinasakan. Solomo memanggilnya kegilaan (Peng 2:2; 10:13). Amsal ini tidak mengajar suatu pendekatan hidup yang bodoh atau jahil. Ia menjanjikan berkat-berkat semulajadi untuk sukacita, yang merupakan buah roh dan juga suatu perintah; dan ia mengutuk hati yang negatif, kritikal atau tidak berterima kasih.

Dosa membinasakan hati yang girang, sebab seseorang anak Allah tidak boleh bergembira di luar persekutuan dengan Bapanya. Daud kerap kali menjelaskan roh yang sudah patah oleh dosa (Maz 6:1-6; 38:1-11; 51:8-11). Ia mengeringkannya, mematahkan tulangnya, dan menyiksakannya dengan teruk daripada dalam sampai ke luar. Dia menghabiskan masanya di dalam tangisan dan dukacita, daripada bersukacita dan melangsungkan hidup baik-baik. Jadi, langkah pertama yang mudah sahaja untuk mendapatkan suatu hati yang girang dan kesihatan yang baik adalah untuk hidup dengan kudus dan tak bercela didalam Tuhan.

Ketidakpuasan hati akan merosakkan kesihatan, sebab segala fikiranmu tertumpu kepada apa yang kamu tidak ada, walaupun kamu mempunyai banyak. Hidup Ahab telah murung sebab dia tidak dapat memiliki ladang anggur Nabot (1Raj 21:1-4), dan Amnon terjatuh sakit kerana berahi benar untuk adik perempuannya (2Sam 13:1-4).

Jika kamu membenarkan keirihatian, nafsu, kegeraman atau kemarahan didalam hidupmu, kamu sedang merayu untuk pengadilan Allah dan masalah kesihatan yang teruk. Fikiran-fikiran yang jahat ini akan mengejar kamu siang dan malam; mereka tidak akan membiarkan kamu tidur senang. Jika kamu tidak mengampuni orang lain, Allah tidak akan mengampuni kamu, dan kamu akan menjadi kering didalam kesihatanmu oleh perangai yang begitu jahat dan kejam itu.

Tetapi jika kamu bersukacita, mengasihi, bersyukur, berdamai, mengampuni dan penuh dengan pujian, kamu akan menjumpai berkat-berkat Allah dan suatu salap yang merawat tubuhmu. Jika kamu menjadikan Tuhan sukacita hidupmu, kamu akan mempunyai sebab untuk selalu bergirang walau apapun keadaan sekelilingmu. Malam-malammu akan menjadi damai dan senang, sebab hati, jiwa dan mindamu tenang.

Para pembaca, Pengkhutbah memberitahu kamu supaya menikmati hidupmu pada hari ini (Peng 9:7-10). Sanggupkah kamu mendengarkan nasihatnya yang berilham ini? Atau sanggupkah kamu membiarkan perangai dan fikiran berdosa merosakkan jiwa dan tubuhmu? Ia adalah pilihanmu, sebab kepuasan dan sukacita adalah pilihan. Keadaan sekeliling bukanlah suatu pasal, sebab kamu boleh bergembira dimana-manapun. Tetapi kesan-kesan pilihanmu akan menjadi milikmu!

Tuhan Yesus telah datang untuk merawat orang yang remuk hati (Yes 61:1-3). Apa lagi harus Dia buat untuk membawa sukacita kepada hatimu, dan untuk meloncat-loncatkan langkahmu, dan untuk menjadikan mukamu bercahaya, dan membawa kesihatan kepada tulang-tulangmu? Dia adalah Juruselamat dan Sahabat yang mulia, dan mereka yang mengenalNya adalah gembira selama-lamanya. Rahmat Allah di dalam Kristus Yesus adalah hadiah dan kekayaan yang tak terkata. Bersukacitalah!

Tidak ada apa yang lebih menyegarkan dan yang lebih sihat daripada meneliti hati sendiri, mengaku dosa di dalam doa peribadi, dan mempersembahkan kepadaNya korban pujian dan nyanyian, samaada bersendirian ataupun didalam perhimpunan jemaah. Daud telah belajar hal ini dengan baik (Maz 32:11; 68:3; Hab 3:17-19). Kamu tidak akan pernah menari dengan sepenuh kekuatanmu sehingga kamu telah pelajari hal-hal ini. Para pembaca, pergi ambillah ubatmu!