17:20
Dia yang berhati rewel tidak menemui kebaikan: dan dia yang berlidah babil jatuh ke dalam kenakalan.
Hati yang jahat atau ucapan yang jahat membawa masalah. Mana-mana satu pun mencukupi. Kedua-duanya akan mengutukmu dua kali ganda! Jika kamu membenarkan kejahatan dalam hatimu, jangan harap kebaikan mendatangi jalanmu dalam kehidupan. Jika kamu membenarkan lidahmu untuk mengucapkan hal-hal yang jahat, kamu akan jatuh ke dalam kenakalan kerana itu. Di sinilah amaran yang serius bagi kesan-kesan yang pasti akibat tidak menguasai rohmu dan ucapanmu. Berhati-hati!
Hati yang rewel adalah jahat, bercanggah, keras, sukar untuk disenangi, babil, angkuh, suka memberontak, tidak munasabah, dan durjana. Hati yang bertentangan dengan itu pula adalah baik, suka bersetuju, mudah disenangi, suka bekerjasama, berbudi baik, rendah hati, lemah-lembut, wajar, suka menunduk, munasabah, dan wajar. Orang-orang yang rewel adalah jahat, suka memberontak, bermasalah, dan durjana. Mereka orang bebal.
Orang dengan hati yang rewel suka memberontak – dia membenci mentaati ayahnya, pastor, majikan, atau kerajaan. Dia angkuh dan akan memakai alasan bagi dosa-dosanya setiap kali. Dia boleh menyakiti orang di sekelilingnya tanpa apa pun penyesalan. Dia jarang bahagia atau puas hati, tidak kira apa pun usaha yang dipakai untuk menyenangkannya. Dia membenci orang miskin dan beriri hati dengan orang kaya. Dia cabul.
Orang dengan hati yang rewel tidak menemui apa pun yang baik. Dia tidak diberkati. Dia tidak akan mengenal keredaan Allah atau manusia dalam kehidupannya. Dia sudah terkutuk untuk bermasalah, tidak kira betapa kerasnya dia mencari kebaikan, kerana hatinya jahat kepada Allah dan manusia (Ams 11:20). Walaupun orang berkata, “Kamu tidak mengenal hatiku”, ia dengan mudah nyata melalui perangai orang itu (Ams 20:11; Mar 7:21-23; Luk 6:43-45).
Lidah yang cabul adalah rosak, rewel, keras hati, tidak munasabah, durjana dan salah. Lidah yang bertentangan dengan itu pula adalah sihat, suci, lemah-lembut, berbudi baik, betul, munasabah, murah hati, dan wajar. Lidah yang babil mengucapkan hal yang salah pada waktu yang salah dengan cara yang salah. Ucapan demikian menyakiti, menjelekkan, mengacau, dan membinasa.
Seseorang dengan lidah yang cabul menghiris hati orang-orang yang berdekatan dengannya, terutamanya keluarga. Dia mengkritik sesiapa pun yang dia suka, bila-bila yang dia suka. Dia mengutuk kekuasaan. Dia berdoa di gereja lalu mengutuk orang ketika dalam perjalanan balik ke rumah. Dia mengampu musuh-musuhnya namun boleh mengoyak-ngoyak hati isterinya yang lembut pada jam yang sama. Dia boleh menyanyi, “Oh, betapa aku mengasihi Yesus”, dan kemudian menjerit terhadap pemandu lain di lalu lintas jalan. Dia memfitnah, mengumpat, dan berbisik tentang orang lain tanpa berfikir. Dia negatif dan suka mengadu. Lidahnya cabul. Dia tidak boleh menyatakan apa yang kudus dan yang murah hati kecuali dalam kemunafikan.
Allah benci mata air ini yang pahit, yang menyemburkan racun daripada perigi yang sudah diracuni. Orang demikian akan jatuh ke dalam kenakalan. Dia akan dihimpit dengan kesulitan, kerena Allah dan manusia akan menentangnnya (Ams 18:6-7). Mana-mana kawan yang dia ada bukanlah kawan yang sejati, kerana mereka hanya di sana untuk memperoleh apa yang mereka boleh dapat. Mereka sudah tentu bukan di sampingnya kerana nikmat dan keamanan lidahnya yang rosak dan yang menghiris hati itu. Dia hairan mengapa hal jahat berlaku terhadap dirinya, tetapi dia tidak boleh mengaku bahawa ucapannya rosak.
Harun dan Miriam mengkritik Musa kerana isterinya yang berbangsa Etiopia, maka Allah menjadikan Miriam putih dengan penyakit kusta (Bil 12:1-15). Korah dan para putera Israel dengan biadap berkata kepada Musa, “Kalian mengambil terlalu banyak ke atas diri kalian, memandangkan seluruh jemaah itu kudus”. Musa yang suka menunduk itu beroleh marah pula, dan Allah menelan mereka dan keluarga mereka hidup-hidup melalui bumi (Bil 16:1-34)!
Ini apa yang sebenarnya: hati yang rewel menghasilkan lidah yang babil. Ia sangat tidak mungkin untuk ada satu tanpa yang lain, kerana dari luapan hati mulut berucap (Mat 12:33-37). Oleh sebab itu, hati yang jahat akan membawa ucapan yang rosak, yang membawa dua kali kutuk amsal ini. Jagalah hatimu dengan segala ketekunan (Ams 4:23).
Adakah kamu mendapati bahawa tiada banyak yang baik dalam kehidupanmu? Adakah kamu sedang mengalami kenakalan yang menimpa dirimu? Ada sebabnya demikian. Kamu tidak menjaga fikiran hatimu atau kata-kata lidahmu seperti yang seharusnya. Dosa-dosa hati dan ucapan yang jahat telah membawa penghakiman dan rasa tidak setuju manusia kepada kehidupanmu. Bertaubat! Biar hatimu dan bibirmu berpaling kepada kewajaran.