Amsal · Proverbs

18:17
Dia yang pertama bagi perjuangannya sendiri nampaknya benar: tetapi jirannya datang dan memeriksanya.

Sesiapa pun manusia boleh berbunyi munasabah, ketika dia pertama berucap dan sendiri mengusulkan perjuangannya. Ketiadaan fakta-fakta yang bertentangan atau pendapat-pendapat membalas, dan rayuannya yang penuh beremosi dan bersungguh-sungguh, dapat menyakinkan kepercayaan kepada apa yang dituntut benar. Apa pun boleh berbunyi baik dalam suatu vakum. Tetapi segala kenyataan haruslah dicubai dengan hujahan-hujahan bertentangan untuk menguji kesahihannya. Rasul Paulus yang terpelajar secara berhikmah telah menulis , “Ujilah segala sesuatu; berpegang teguhlah kepada apa yang baik” (1Tes 5:21).

Orang politik selalunya nakal berputar-belit, melebih-lebih dalam cerita, dan kata-kata berbunyi benar yang menggerakkan hati. Tetapi janji-janji kemakmuran mereka harus diserahkan kepada perbahasan di depan orang ramai dan kepada hakikat-hakikat kasar fakta-fakta. Para peguam mahkamah menjanakan untung yang baik dengan mendedahkan dusta orang bersalah dan kesaksian palsu melalui para saksi yang bertentangan, pendapat-pendapat pakar, dan pengesahan bukti. Keangkuhan orang kaya menyebabkannya melebih-lebih dalam cerita yang orang miskin yang berhikmah kerap kali boleh kesan (Ams 28:11).

Adakah kamu betul dalam suatu pertikaian? Adakah kamu memiliki suatu gagasan yang kamu ingin kejar? Adakah kamu pasti kenyataan itu sah? Adakah kamu keliru dengan suatu kesaksian yang tidak sesuai dengan pengalaman? Pernahkah kamu mendengar hujahan-hujahan yang kamu tahu ia salah tetapi ia berbunyi benar? Di sinilah suatu peraturan untuk diingati – setiap perjuangan haruslah ditelitikan dengan keras untuk kesahihan dan kebenaran.

Solomo telah menulis amsal ini untuk mengajar anaknya budi bicara yang berhikmah ketika menghakimi tuduhan, pengisytiharaan, dan kenyataan. Inilah hikmah – kuasa menghakimi dengan betul. Kebenaran dapat bertahan dengan keamatan penelitian, tetapi kebanyakan perjuangan bukanlah kebenaran. Pencabaran tuntutan yang tidak berasas kerap kali akan mendedahkannya sebagai palsu dan semberono. “Orang pandir percaya akan setiap perkataan: tetapi orang berhemat memandang rapi ke mana dia pergi” (Ams 14:15). Sikap curiga menang atas sikap mudah percaya.

Orang berhikmah menguji segalanya. Mereka tidak peduli tentang hujahan satu pihak. Beberapa ungkapan yang biasa adanya maksud amsal ini, seperti “percanggahan kepentingan”, “penglibatan emosi”, “penglibatan pihak yang ketiga”, “urus niaga tulus”, “pemeriksaan balas”, “penyanggah”, dan sebagainya. Sistem-sistem perundangan yang baik dibentuk untuk memastikan kedua-dua belah suatu hujahan didengar dan supaya kedua-dua pihak dapat memeriksa balas saksi pihak bertentangan.

Orang berhikmah menguji segala sesuatu. Orang Yahudi dan orang Rom membenarkan yang tertuduh mempertahankan dirinya sendiri sebelum penghakiman dibuat (Yoh 7:51; Kis 25:16). Hukum Musa menuntut penyiasatan rapi dalam segala hal desas-desus (Ula 13:12-18; 17:2-7), dan ia tidak akan menerima kesaksian satu orang dalam apa pun hal (Ula 19:15). Salah satu keistimewaan besar raja, atau sesiapa pun yang berkuasa, adalah untuk membuat penyiasatan sedemikian (Ams 25:2). Agripa, Feliks, dan Festus secara berhikmah membenarkan Paulus mempertahankan dirinya terhadap Tertulus dan para orang Yahudi (Kis 24-26).

Orang berhikmah menguji segala sesuatu. Paulus memuji orang Berea kerana menyemak kesahihan khutbahnya dengan alkitab (Kis 17:11). Yesus berkata supaya menghakimi dengan penghakiman yang wajar, dan bukan dengan apa yang kelihatan (Yoh 7:24). Sementara setiap jalan orang adalah betul pada pandangannya sendiri, para penasihat yang banyak akan menyelamatkanmu daripada perdayaan dalam perjuanganmu sendiri (Ams 12:15; 15:22). Daripada bersembunyi daripada siasatan, seseorang yang berhikmah akan mendedahkan gagasan-gagasannya kepada cabaran dan soalan-soalan orang yang berpengetahuan.

Hanya sedikit pengetahuan yang diperlukan untuk percaya sesuatu, lebih banyak pengetahuan untuk mengajarnya, tetapi pengetahuan yang sungguh banyak untuk mempertahankannya. Maka, menyerahkan suatu pertikaian atau pendapat kepada penyelidikan teliti ialah cara yang baik untuk melindungi dirimu daripada bahaya hatimu sendiri (Yer 17:9). Para penasihat yang berhemat akan dengan cepat menentukan kesahihan gagasanmu. Jika kamu melulu dengan gagasanmu, jiranmu mungkin memalukanmu (Ams 25:8).

Kaunselor perkahwinan yang berhemat hanya memakai satu belah telinga ketika mendengar isu orang lain, sebab mereka tahu perkahwinan ada dua orang dengan dua pandangan dan dua set fakta. Kamu telah diberi dua telinga untuk mendengar dua pihak bagi situasi sedemikian. Bergegas untuk menjawab hal-hal pertikaian dengan hanya mendengar satu pihak ialah kebebalan benar (Ams 18:13). Jika kamu sedang mendengar aduan suatu perhubungan dari hanya satu pihak, maka, kurangkan nasihatmu hanya kepada tugas orang itu sahaja.

Ujilah segala sesuatu melalui firman Allah (Kis 17:11; 1Tes 5:21). Organisasi-organisasi agama yang menyembunyikan doktrin mereka daripada penelitian adalah bahaya. Rom melakukan itu untuk 1500 tahun dengan mengharamkan Alkitab dan hanya memakai Latin bagi ibadah-ibadah mereka. Orang Protestan melakukannya dengan menyangkal ilham apa pun Alkitab Bahasa Inggeris dan memakai bahasa Ibrani dan Yunani daripada manuskrip-manuskrip “asal” khayalan mereka. Ujilah segala tuntutan agama melalui alkitab yang dapat kamu baca (Maz 119:128; Yes 8:20; 2Tim 3:16-17).

Di sinilah hikmah! Jangan peduli tuntutan sehingga dibuktikan oleh kajian teliti, saksi-saksi penyanggah, siasatan rapi, atau pemeriksaan balas. Jangan paksa suatu gagasan baru, pertikaian, atau pendapat tanpa menyerahkannya kepada cabaran dan soalan-soalan oleh penasihat yang berhikmah atau para penyanggah. Ketika menghujahkan suatu hal, dengan jujur kemukakan kedudukan penyanggah juga. Jika kamu seorang pengkhutbah,kemukakan bantahan-bantahan kepada doktrinmu untuk mengarahkan para pendengar, menopang kebenaran, dan membungkamkan para seteru.

Yesus Kristus ada perjuangan – yang paling besar di sejarah – kemuliaan Allah, keselamatan orang pilihanNya, dan pengisytiharaan kebenaran. Dia yang pertama dalam perjuanganNya, dan Dia mengemukakannya kepada pandangan terbuka para pengkritik dan para musuh (Yoh 18:19-21; 3:1-3; 7:26; 8:2; Mat 4:23; Luk 19:47; Kis 10:36-42). Oleh kejujuran dan kewajaran yang tak tercela, tidak seorang pun yang dapat mengusul suatu hujahan untuk membalas (Mar 14:55-59). KewajaranNya mengutuk mereka, termasuk pencuri berdekatan yang penuh tohmahan.

Oleh sebab itu, Dia Yang Maha Setia dan Saksi Yang Benar (Wah 3:14; 1:5; 19:11). Kamu boleh percaya kepadaNya dan perjuanganNya sepenuh-penuhnya, sebab ia yang paling tulen dan yang paling berharga yang kamu akan pernah dengar atau pernah perlukan. Buang segala hujahan dan fikiranmu yang bercanggah dan yang ragu-ragu – lari kepadaNya melalui iman dan percayalah setiap firman daripadaNya dan tentangNya di dalam alkitab. Kamu tidak akan sesekali pun menjadi malu atau dibingungkan, di seluruh dunia tanpa berakhir-akhir (Yes 45:17; Rom 10:11; 1Pet 2:6). Amen.