19:1
Lebih baik orang miskin yang berjalan dalam integritinya, daripada orang yang babil dalam bibirnya, dan merupakan orang bebal.
Integriti peribadi lebih baik daripada kekayaan. Orang yang berjalan dengan jujur, walaupun dia miskin, adalah lebih berjaya di mata Allah dan di mata orang baik daripada orang bebal yang babil, walaupun dia kaya. Hikmah Allah dan Solomo menggalakkan kehidupan kudus jauh melebihi kejayaan kewangan.
Ada elipsis di sini – kata-kata yang sengaja ditinggalkan untuk memendekkan ayat dan menjadikannya lebih berkuasa. Kamu tahu adanya elipsis daripada ungkapan bertentangan yang tidak lengkap, sebab tiada apa pun perkataan yang bertentangan dengan istilah, “miskin”, dan Tuhan yang baik telah memberimu versi amsal penuh di dalam Amsal 28:6. Di sini, ia bukan sahaja orang miskin yang jujur yang sedang dibandingkan dengan orang bebal yang babil, tetapi lebih-lebih lagi, seorang bebal yang babil dan yang kaya.
Di sinilah salah satu daripada keutamaan Solomo yang banyak – mengajar hikmah dengan perbandingan. Orang muda harus lebih berusaha untuk kehidupan yang benar daripada kemajuan dalam bidang kerja mereka atau kejayaan kewangan. Urusan yang jujur adalah lebih bernilai daripada kemajuan ekonomi. Biar mereka memilih kehidupan yang kudus melebihi cita-cita yang profesional. Akhlak dan perangai melebihi keuntungan kewangan.
Ada sesetengah perbandingan yang ditemui di dalam buku Amsal. Wang yang sedikit dengan takut akan Tuhan adalah lebih baik daripada kekayaan bersertakan masalah (Ams 15:16); sedikit wang bersertakan kewajaran lebih baik daripada pendapatan yang besar yang tidak wajar (Ams 16:8); orang miskin yang jujur lebih baik daripada orang kaya yang pembohong (Ams 19:22). Perbandingan-perbandingan ini harus mengaturkan keutamaan-keutamaanmu dalam kehidupan.
Hai lelaki muda, jangan peduli iklan televisyen, bos yang cepat maju, atau jiran yang kaya raya. Menjana wang dan beroleh maju adalah kurang penting daripada berjalan jujur dalam segalanya yang dilakukanmu. Orang yang tidak takut akan Tuhan dan menyatakan perkara yang cabul dengan mulutnya ialah seorang yang kalah, tidak kira betapa banyak wang dia dapat jana atau betapa besar saiz rumahnya. Dia pasti akan jatuh.
Kamu akan menghadapi banyak pilihan, mungkin pada hari ini, yang harus melibatkan tindakanmu memilih di antara integriti di hadapan Allah dan alasan “maju ke depan”. Akankah kamu memalsukan suatu sebut harga atau anggaran supaya dapat mendapat jualan yang besar? Akankah kamu berdiam ketika pesaingmu dituduh dengan palsu? Akankah kamu menolak kenaikan pangkat yang akan mewajibkanmu untuk bekerja bagi bos yang tidak jujur? Akankah kamu memberitahu kebenaran sepenuhnya dalam permohonan kerja yang kamu sangat ingini? Akankah kamu memalsukan penyata-penyata kewangan kepada bank?
Kamu sudah diberi amaran. Jika kamu menaruh kejayaan profesional atau kewangan melebihi kehidupan yang kudus, kamu kalah, baik sekarang mahupun kelak. Tuhan melihat hatimu dan setiap perbuatanmu, dan Dia akan tegas berurus denganmu sekarang dan pada waktu penghakimanNya. Tetapi Dia juga boleh memberi sukacita sekarang yang tidak dapat dibeli dengan wang (Maz 4:7), dan Dia akan memberi hidup yang kekal bagi orang yang hidup dengan benar (Mat 7:21).
Sasaran-sasaranmu haruslah ucapan yang berbudi baik dan yang jujur, urusan niaga jujur yang tidak tercela, menjadi pasangan yang mengasihi, mendidik anak-anakmu dengan baik, dan melakukan kebaikan kepada semua orang. Kamu harus mengelakkan kemunafikan, fikiran yang jahat, dan apa pun yang nampak jahat. Dan kamu harus melakukan segalanya ini dengan pertama-tama Allah dalam doronganmu dan sasaranmu. Orang demikian lebih baik daripada orang kaya yang berkompromi.
Orang berhikmah akan pertimbangkan bahawa Allah menyukat pencapaian moralnya, daripada asyik memikirkan dunia yang bebal ini yang menyukat manusia oleh keuntungan kewangan. Keutamaan dalam cita-cita dan sasaran-sasaran hidup yang dinyatakan amsal ini adalah daripada Allah Jehovah dan telah ditulis oleh Solomo yang bersetuju dengannya. Percayalah itu. Hal memilih keutamaan-keutamaan ini ketika muda dapat menjadikanmu hebat di hadapan Allah.
Nabal orang yang hebat dengan banyak kekayaan dan isteri yang cantik, tetapi dia orang yang bebal dan anak Belial (1Sam 25:2-3,17,25). Daud ialah orang yang paling dikehendaki pihak berkuasa Israel dan sedang menjadi pelarian untuk nyawanya, sementara berdiam di hutan dan ladang bersama ternakan domba. Siapakah yang kamu lebih ingin jadi? Lelaki mana yang lebih baik? Apa yang terjadi kepada kedua-dua lelaki ini? Beri Allah kemuliaan!
Allah menjadikan Nabal membatu untuk sepuluh hari kerana ketakutan, membunuhnya, dan menyerahkan isterinya kepada Daud. Allah melindungi Daud, menempatkannya di takhta pemerintahan, dan menjadikannya sungguh hebat pada akhirnya. Yang satu menjual jiwanya kepada iblis, dan yang satu lagi hidup bersama Allah. Yang satu besar kemungkinan pergi langsung ke neraka selepas mati, dan yang satu lagi mati kematian orang benar. Pertimbangkannya. Apakah keutamaan-keutamaanmu?
Hai lelaki muda, jalan orang durjana menggoda banyak orang (Ams 12:26). Gaya hidup orang kaya dan termasyhur sukar untuk tidak dipedulikan. Tetapi itulah kekayaan orang bebal (Ams 1:32); kamu harus menolaknya, sebab kekayaan itu tidak menceritakan masa depannya yang teruk itu (Maz 73:16-20). Apakah yang disebut Solomo, “Dia yang menaruh percaya kepada kekayaannya akan jatuh: tetapi orang benar akan makmur seperti ranting” (Ams 11:28).
Jika kamu menggadaikan hal-hal dunia yang jahat ini demi Yesus Kristus, Dia berjanji untuk mengganjarimu dengan seratus kali ganda sekarang dan dengan hidup yang kekal di akhirat (Mar 10:29-31). Walaupun ini berbunyi sukar untuk dipercayai, ia benar. Bagaimanakah kamu dapat rugi dengan tawaran yang sebegitu hebat dan pasti daripada Raja segala raja? Perolehlah itu pada hari ini dengan memilih kesalihan daripada memilih kekayaan.