Amsal · Proverbs

19:13
Seorang anak yang bebal ialah bencana ayahnya: dan perbalahan seorang isteri adalah seperti titisan yang berterusan.

Dua perkara yang teruk boleh terjadi kepada sesiapa pun. Dia mungkin berkahwin dengan perempuan yang jelek, atau dia mungkin memperoleh anak-anak yang bebal. Kedua-duanya ialah bencana dan menjadikan perkahwinan dan anak-anak hal yang sungguh penting. Orang dan perhubungan yang patut dipakai sebagai bantuan dan kenikmatan menjadi seperti musuh. Ia hikmah untuk pertimbangkan dengan cukup teliti potensi ancaman-ancaman ini dan mengelakkannya dengan sedaya upaya.

Amsal ini tidak ternilai. Ada dua hal yang sedang dipertaruhkan dan ia sungguh serius – perkahwinan yang tidak bahagia atau anak-anak yang memalukan. Mana-mana satu menyeksa dan membinasakan lelaki untuk banyak tahun. Seorang lelaki yang kena bertahan dengan kedua-dua itu menghadapi kepedihan harian yang sukar disebut dalam perkataan. Tetapi Allah memberi amsal ini kepada Raja Salomo untuk menyelamatkanmu daripada kedua-dua kecelakaan itu, dan Dia menyimpulkannya dengan satu peraturan yang mudah. Hikmah yang luar biasa! Belas kasihan dan kemurahan yang sungguh menakjubkan! Lanjutkan bacaanmu ini!

Perempuan yang suka berbalah tahu bagaimana mempersonakan lelaki, iaitu lelaki yang bebal. Jenis perempuan tersebut menghiasi apa yang luaran, iaitu penampilan jasmani mereka, dengan banyak cara, untuk menarik mata lelaki. Mereka menyembunyi dan menyamar apa yang di dalam, iaitu kecacatan dan kesalahan akhlak, dengan menunjukkan rahmat, hormat, penundukkan, dan kasih. Usaha-usaha ini dibuat sehingga pernikahan sudah tamat. Baru kemudian isteri yang jelek muncul (Ams 30:21-23)! Dan betapa kejinya dan hodohnya perempuan itu! Kasihan lelaki bebal itu!

Lelaki yang kurang berjaga-jaga itu sekarang ada penyakit yang lebih teruk daripada kanser – dia terjebak ke dalam seksaan-seksaan neraka di bumi – dia terjebak ke dalam kutuk yang lebih teruk daripada maut (Pkh 7:26).Dia kena pulang kepada perempuan bedebah itu setiap hari untuk seumur hidupnya, dan dia kena tidur bersamanya! Dia dengan lekas sekali belajar untuk menambahkan lagi waktu bekerja, memupuk hobi seperti memburu, atau membina suatu bengkel yang tidak bersambung dengan rumah untuk menjauhi kebisingan makhluk yang meleter dan yang suka berkelahi itu (Ams 21:9,19; 25:24).

Di tempat awam, dia cuba menyembunyikannya, tetapi bagaimana mungkin? Isterinya ketara seperti babi besar yang terpasang pada barang kemas emas (Ams 11:22). Lelaki yang kasihan itu tidak dapat mengelak keaibannnya yang besar, sebab setiap orang dapat melihat bahawa dia telah berkahwin dengan jenis perempuan yang jijik dan yang keji (Ams 27:15-16). Dia tahu bahawa baik kawan mahupun musuh berbisik tentang kehidupannya yang teruk di rumah.

Seorang perempuan yang berakhlak mulia ialah mahkota kepada suaminya, tetapi perempuan di sini ialah kereputan dalam tulangnya (Ams 12:4).Kepahitan hasil memilih isteri yang salah sebegitu pedih sehingga Salomo mengajar bahawa ia lebih teruk daripada maut (Pkh 7:26). Dan adapun senarai kutuk yang terbesar di dalam kehidupan di bumi ini yang salah satunya ialah seorang isteri yang jelek (Ams 30:21-23). Suami yang kasihan itu berseru, “Ya maut yang manis, ambillah nyawaku!”

Isteri yang suka berbalah akan menyoal, berbincang, berbahas, atau menentang hampir segala sesuatu. Dia menganggap gagasan-gagasannya sekurang-kurangnya sebaik suaminya. Dia selalu mencelah kata. Dia angkuh, degil, dan menganggap diri sendiri benar. Dia tidak dapat mengikut; dia mahu memimpin. Dia tanya terlalu banyak soalan, buat terlalu banyak cadangan, dan tidak taat dengan ceria. Dia suka memperbetulkan suaminya, yang tidak pernah menyebut fakta dengan betul. Tetapi dia sendiri kurang menerima pembetulan pada dirinya sendiri. Dia selalu ada alasan mengapa malam ini bukan malam yang elok untuk bersetubuh! Atau mengapa esok pagi pula bukan waktu malam!

Titisan yang tidak terhenti di sini ialah hari yang berhujan lebat (Ams 27:15). Kamu tidak dapat menghentikannya; ia terus-menerus menitis. Kamu tidak dapat menghentikan kebisingan dan kedegilan perempuan itu. Ini bukan titisan hujan yang menyenangkan di atas bumbung yang selamat; ia merupakan titisan-titisan air suatu bumbung yang bocor yang menghapuskan ketenteraman dan damai sejahtera. Sesiapa pun lelaki yang pernah cuba tidur dekat pili air yang bocor, akan faham. Perempuan itu menyeksa benar! Anak lelaki boleh dilempar keluar; isteri yang suka berbalah pula kena diberi kesabaran. Anak lelaki bebal berada di bilik yang sama; perempuan yang suka berbalah pula berada di katilmu! Ya maut yang manis, ambillah nyawaku!

Oleh sebab itu, biar setiap lelaki berjaga-jaga siapa yang dijadikan teman hidup perkahwinan dan siapa yang dijodohkan kepada anak-anak lelakinya untuk berkahwin. Orang muda bebal tidak tahu bagaimana menilai perempuan, oleh sebab itu, ayah harus membantunya, supaya jangan dia diserahkan kepada lima puluh tahun penjara bersama perempuan ini. Hai kaum bapa, berasaskan sifat perhubungan seorang ayah, kamu ada lebih pengalaman perkahwinan kepada perempuan daripada anak lelakimu yang di ambang kejahilan dan kebebalan kebudakan dan kemudaan. Kamu lebih lama berkahwin daripada umur hidup anak lelakimu itu!

Betapa malunya, generasi yang memberontak ini memikir mereka dapat membuat keputusan yang besar ini bagi diri mereka sendiri. Maka adanya suatu epidemik perkahwinan yang disfungsi, penceraian, dan perzinaan. Hai lelaki muda, ia jauh lebih baik untuk bersendirian dan geram di rumahmu dan katilmu sendiri daripada berkahwin dengan perempuan jelek dan harus hidup dan tidur dengannya sepanjang masa depanmu. Ada sesuatu yang lebih teruk daripada rasa kesunyian dan bersendirian – berkahwin dengan perempuan yang salah!

Jika kamu telah membuat pilihan yang salah dalam perkahwinan, hai lelaki yang kasihan, bertaubatlah akan kebebalanmu dan jangan tambah lagi kebebalan. Perkahwinan harus diurus dengan peraturan ilahi akan penaklukan diri, dan jika kamu berkompromi di sini, kejatuhanmu akan berterusan (Kej 3:16; 1Kor 11:3,8-12; 14:34-35; Eph 5:22-24,33; Kol 3:18; Tit 2:5). Jika isteri mengakui adanya apa pun takut akan Allah, maka bawalah dia ke takhta Sang Pencipta dan tunjukkan dia kedua-dua ketetapanNya dan penjatuhan penghakimanNya yang berhikmah (1Tim 2:13-14). Jika itu pun gagal, hai suami Kristian, bawalah dia ke gereja menurut cadangan Tuhan (Mat 18:15-17; 1Kor 6:1-8).

Setiap lelaki yang ada perempuan yang berakhlak mulia (Ams 31:10-31), yang berbudi baik dan murah hati, yang suka menurut dan tenteram, haruslah pertama-tama bersyukur kepada Bapanya di syurga untuk belas kasihan yang sebegitu melindungi dan kemudian bawalah perempuan baik itu keluar dan puji dia beberapa kali. Dia layak untuk itu. Kamu berhutang berbuat demikian. Allah telah menyelamatkan dirimu daripada kepedihan hidup yang melesukan jiwa, yang mengguris hati, yang mengubahkan mood, dan yang menafikan persetubuhan.

Biar setiap perempuan menyelidiki dirinya sendiri di satu-satunya cermin yang jujur dan yang sejati di dunia – Alkitab (Yak 1:21-26; Maz 19:7-14). Selepas melihat kecacatanmu dan celamu, berubahlah untuk ganjaran. Tolaklah khayalan-khayalan bebal akan masyarakat dan fikiran mementingkan diri sendiri (Maz 119:128; Yes 8:20). Bacalah pendapat Allah, seperti yang telah kamu baru buat. Kemudian buktikan kerjamu sendiri dan bersukacita dalam dirimu sendiri (Ams 14:14; Gal 6:4-5; 1Pet 3:1-6).

Anak yang bebal juga merupakan hal yang buruk dalam kehidupan seseorang lelaki. Ia dapat merampas sukacita dan kehidupan daripada jiwamu, dengan pengetahuan bahawa kamu telah menjana dan mendidik seorang dungu. Sang Pengkhutbah menyaksikan anak yang bebal, sebab dia ada adik-beradik yang bebal, dan anaknya Rehabeam merupakan seorang bebal. Bacalah kepedihannya dan belajarlah pelajarannya yang takzim (Ams 10:1; 15:20; 17:21,25; 23:15-16,24-25; 29:3,15). Ia hikmah untuk belajar daripada kesilapan dan kepedihan orang lain – jadi ambil perhatian dan tanggapilah pelajaran ini.

Bencana ialah kesengsaraan atau kesusahan yang sungguh teruk; ia kesusahan, masalah, dan penderitaan yang sungguh mendalam. Ia kecelakaan yang memedihkan. Ia menunggangbalikkan kehidupan. Ia suatu malapetaka dan tragedi yang berdarah sampai nyawa hati seorang ayah tercabut. Ini tidak terlebih-lebih untuk menyatakan dukacita yang disebabkan oleh anak yang bebal, sebab seorang anak sebaliknya seharusnya menjadi sukacita hati ayahnya. Dan sementara seorang ayah seharusnya bersyukur dan dihormati, ayah itu sebaliknya menjadi bingung dan terhina.

Hai ayah! Didiklah anak sampai kebebalan disingkirkan daripadanya, sementara adanya harapan (Ams 22:15; 19:18). Di sinilah bencana yang kamu mahu elak (Ams 29:17). Selamatkanlah anakmu! Selamatkanlah dirimu sendiri! Jika kamu mengabaikan didikannya, dia akan condong kepada kebebalan (Ams 29:15). Didikan anak ialah perintah (Ams 22:6; Efe 6:4), dan Sang Pengkhutbah memberitahumu apa yang berkesan – tongkat dan teguran (Ams 29:15; 23:13-14). Seorang ayah yang mengasihi akan mendidik anaknya, dan dia akan bermula dari awal-awal; seorang ayah yang membenci anakya akan mengabaikannya sampai kedua-dua mereka pedih hati pada masa depan (Ams 13:24; 8:33-36).

Jika kamu terlalu sibuk, terlalu letih, terlalu pendiam, terlalu kekukangan, terlalu minat dalam hal yang lain, atau memakai apa pun alasan untuk mengelak untuk mendidiknya, maka kamu akan menanggung bebanmu sendiri. Bencana dan malu akan datang, kecuali kamu bertaubat dan merayu untuk belas kasihan Allah dan pemulihan tahun-tahun yang telah hilang ketika kamu sudah patut buat tugasmu yang mudah itu (Ams 29:15; 13:15; Gal 6:4; Yoe 2:25).

Jika kamu ada anak yang bebal, bertaubat dan merayu kepada Allah untuk membantumu memulihkannya (Yoe 2:23-27). Bawalah arahanmu yang berasas kekuasaan dan yang mengasihi untuk ditanggung dirinya dengan apa jua cara yang kamu ada. Kompromi yang lebih lanjut akan membawa lebih kepedihan pada masa depan, seperti dengan Eli (1Sam 2:29; 3:13). Jika anakmu takut akan Allah, bawalah dia di hadapan Sang Pencipta dan ingatilah dia tugas-tugasnya (Efe 6:1-3). Jika dia kekal degil dan merupakan ahli gereja, maka bawalah dia menghadap sidang gereja (Mat 18:15-17).

Setiap orang yang ada anak-anak yang berhikmah dan yang mulia harus pertama-tama bersyukur kepada Allah Bapanya untuk belas kasihan yang sebegitu melindung dan murah hati dan kemudian memuji dan memuliakan anak-anaknya kerana kesetiaan mereka. Tiada apa pun hal yang harus membuka dompet ayah secepat dan seluas seperti anak yang berhikmah dan yang taat. Sikap selalu ingin memerintah akan menawarkan hati mereka (Kol 3:21; Efe 6:4).

Biar setiap anak, tidak kira umur, menyelidiki dirinya sendiri di satu-satunya cermin yang jujur dan yang sejati di dunia – Alkitab (Yak 1:21-26). Adakah kamu sukacita ayahmu? Atau mungkinkah adanya hal yang kamu tahu patut dilakukan dengan lebih baik? Perbetulkannya! Tolaklah budaya biadap generasimu yang durjana dan fikiran memberontak yang bebal. Bacalah pendapat-pendapat tentang anak muda, seperti yang Amsal terangkan dengan jelas sekali. Kemudian sahihkanlah kerjamu dan bersukacita dalam dirimu sendiri (Ams 14:14; Gal 6:4-5).

Kedua-dua bahaya kepada kebahagiaan dan kejayaan, iaitu isteri jelek atau anak bebal, diselesaikan dengan satu peraturan yang mudah – takut akan TUHAN. Jika kamu berkahwin dengan perempuan yang benar-benar takut akan TUHAN, kamu memiliki permata untuk seumur hidupmu (Ams 31:30;1Pet 3:1-6). Jika kamu mengajar anakmu takut yang sama dari awal-awal umurnya, maka dia akan menyukakan hatimu (Maz 34:11; Pkh 12:13-14). Itu mudah sekali, dan Allah yang satu-satunya berhikmah dan raja yang paling berhikmah merangkumi sepanjang zaman dunia telah menulis itu bagimu. Ia sungguh tidak ternilai!

Hai pembaca Kristian, jenis isteri dan jenis anak apakah dirimu kepada Suamimu dan Bapamu di syurga? Adakah Pengantin Lelaki bersukacita kerana kesetiaanmu yang kekal, kasih yang hangat, dan penundukkan yang bersukacita? Atau adakah kamu suatu bau busuk yang jelek di rumahNya? Adakah Bapa syurgawi senang hati dengan berkat memilihmu sebagai anak angkat? Atau adakah kamu seorang anak yang perlu dihukum kerap kali? Biar setiap pembaca menyelidiki dirinya sendiri untuk mengisi keinginan Suaminya dan Bapanya.

Tambahan pula, hai pembaca, amsal ini mengajar kekecewaan menyambut tawaran keistimewaan dan kenikmatan dunia ini, meskipun itu ditahbiskan oleh Sang Pencipta yang sempurna. Hal yang sungguh disanjungi, perkahwinan dan anak, boleh dengan mudah sekali membawa kepedihan yang besar sekali. Tanpa rahmatNya, segalanya kesia-siaan dan kegemasan roh! Di sinilah pelajaran yang besar bahawa peribadi Allah yang haruslah menjadi satu-satunya bahagian dan harta berharga jiwamu (Maz 73:25-26; Mat 6:19-21).