19:7
Semua saudara orang miskin membencinya: apatah lagi kawan-kawannya yang menjauhinya itu? dia mengejar mereka dengan kata-kata, namun mereka tidak ada.
Di sinilah pemerhatian yang tepat oleh Raja Solomo. Sifat manusia amat hodoh, ketika dorongan mereka diselidiki dengan jujur. Keluarga seseorang manusia akan meninggalkannya, ketika dia miskin secara kewangan. Dan dia akan pasti kehilangan kawan, kerana mereka tidak lagi nampak apa pun alasan untuk bergaul dengannya. Walaupun dia mungkin meluahkan banyak kata-kata kesayangan, namun mereka akan meninggalkannya.
Keluarga biasanya lebih erat daripada persahabatan, jadi dunia berkata, “Darah lebih pekat daripada air”. Tetapi Solomo di sini mengajar bahawa wang adalah lebih penting daripada keluarga. Dunia harus menggubah suatu kata pepatah, “Wang lebih pekat daripada darah”. Bicara filsafat dan lagu romantis tentang kasih abadi dan betapa berharganya suatu jiwa adalah baik, tetapi hakikat kehidupan ialah kenyataan tanpa peluang keuntungan peribadi, kebanyakan orang akan meninggalkan baik anggota keluarga mahupun seorang sahabat.
Sesetengah amsal menyatakan pemerhatian, dan kamu harus mencari pelajarannya. Solomo memerhati bahawa kebanyakan orang bersikap mementingkan diri sendiri: ketika mereka menanggap tiada lagi peluang kewangan dalam perhubungan, mereka akan meninggalkan orang itu. Dan dia nampak bahawa ciri yang buruk ini menular sampai kepada ahli keluarga dan sahabat pun. Apakah yang dapat kamu belajar daripada pendakwaan teruk bangsamu ini?
Bangsa manusia secara batiniah mementingkan diri sendiri, tamak, dan suka mengambil kesempatan. Mereka kenal nafsu, atau pemuasan kehendak diri sendiri, lebih baik daripada mengenal kasih, atau pengorbanan diri. Orang berhikmah belajar ciri ini dan memasukkannya dalam pertimbangannya ketika menyelediki situasi atau sedang membuat keputusan yang melibatkan orang lain. Dia akan ingat cita-cita di sebalik batu dan sikap mementingkan diri dalam kebanyakan perhubungan.
Kebanyakan kawan ialah teman semasa senang. Kesetiaan mereka kepadamu hanya sedalam kocek wangmu. Ketika dilanda badai hidup, mereka mula beredar – ke pintu keluar persahabatan itu. Kawan sejati, yang kurang dikenali dunia, bukan sebegitu berubah-ubah hati. Solomo juga menulis, “Seorang kawan mengasihi pada setiap waktu, dan seorang saudara dilahirkan untuk masa kesusahan” (Ams 17:17).
Jika kamu beroleh miskin kerana kekukangan atau kebodohan, kamu tidak harus mengadu tentang kekurangan kawanmu: kamu telah menjauhkan mereka kerana kebebalanmu sendiri. Orang yang tekun dan yang jujur dengan benar memandang hina orang malas dan orang degil. Mereka takut berdekat denganmu, supaya jangan kamu akan minta bantuan sekali lagi untuk membiayai kekukanganmu. Pergilah bekerja, elakkan skim cepat kaya, dan menabung wang; supaya mereka akan kembali (Ams 19:4,6; 20:4; 1Tes 4:11-12; 2Tes 3:6-12; Efe 4:28).
Kawan-kawan yang sejati hanya ditemui di dalam orang yang disepadukan denganmu dalam Yesus Kristus, Anak Allah. Mereka bukan teman semasa senang, sebab keadaan luaran atau cita-cita tidak mendorong atau mempengaruhi mereka. Mereka setia kepadamu oleh kasih Allah dan keluargaNya. Mereka lebih minat dalam penyempurnaanmu daripada keuntungan diri mereka sendiri. Dan mereka menghargai kasih dan damai sejahtera melebihi apa pun menu atau mana-mana pun suasana restoran dengan makanan mewah di dunia (Ams 15:17; 17:1). Di manakahkawan yang sebegitu bernilai ditemui? Di gereja Yesus Kristus, yang berhimpun untuk tujuan-tujuan yang tersebut.
Ia boleh dikatakan tentang sahabat Kristian sejati, “Darah lebih pekat daripada darah”, yang bermaksud bahawa suatu perhubungan dalam darah Yesus Kristus adalah lebih kuat daripada ikatan persaudaraan kandung darah daging atau DNA yang sama. Ia juga boleh dikatakan tentang kawan-kawan sedemikian, “Darah lebih pekat daripada wang”, kerana suatu perhubungan oleh darah Yesus Kristus yang dicurahkan melampaui apa pun fikiran tentang perak atau emas. Persahabatan dengan orang Kristian yang sudah lahir baru akan sungguh berbeza daripada kawan duniawi yang adalah pemerhatian Solomo.
Tiada malu dalam kemiskinan yang sah bagi orang yang mengikuti Yesus Kristus, sebab Dia telah memilih orang miskin dunia ini untuk menjadi anak-anakNya (1Kor 1:26-29; Yak 2:5). Walaupun kawan palsu mungkin meninggalkanmu, Allah Yang Berbahagia, Yang telah mengambilmu sebagai anak angkat ke dalam warisan kekayaan yang tidak terbilang, tidak akan meninggalkanmu (Rom 9:23; Efe 1:18; 2:7). Fikir tentang Lazarus dan pertukaran nasibnya yang besar dengan orang kaya yang tidak mempedulikannya (Luk 16:19-23). Kasih Allah adalah abadi dan tidak berubah-ubah, tidak kira apa pun keadaan (Rom 8:38-39).