19:6
Banyak yang akan merayu untuk keredaan penguasa: dan setiap orang akan berkawan dengan si pemberi hadiah.
Dapatkah kamu mengesan udang di sebalik batu? Dapatkah kamu membuat pertimbangan yang betul? Orang yang berhikmah dapat mengesan kelemahan dan godaan manusia supaya dapat mempertimbangkan orang dan situasi dengan bijaksana. Kuasa dan pengaruh seseorang penguasa, dan wang serta kemurahan orang kaya, menarik para pengampu, iaitu bendalu dan lintah yang membodek-bodek. Orang banyak itu yang merayu untuk keredaan bagi bantuan daripada pihak berkuasa, dan setiap orang yang berkawan dengan yang kaya, secara am merupakan orang yang tidak setia dan yang membahayakan.
Amsal ini ialah suatu pemerhatian Salomo. Sebagai seorang raja yang sangat berkuasa dan kaya, dia mengalami desakan ramai orang dan gangguan para pemohon yang mencari-cari bantuannya. Agar anaknya diajar, dia memberi amaran bahawa seorang penguasa akan memiliki banyak pengikut sedemikian. Sesetengah orang ini akan menjadi bendalu yang kurang berakhlak baik dan yang kurang kesetiaan, dan orang bijaksana tidak akan mempercayai keseluruhan kata-kata atau tindakan mereka.
Salah satu amsal lagi menerangkan amsal ini. Salomo telah menulis, “Semua saudara orang miskin membencinya: apatah lagi kawan-kawannya yang menjauhinya itu? dia mengejar mereka dengan kata-kata, namun mereka tidak ada” (Ams 19:7). Ketika seseorang tidak memiliki wang atau kuasa, dia kehilangan kawan dan saudara, sebab mereka tidak ada sebab lagi untuk mengekalkan persahabatan itu. Lagi pula, mereka takut dia mungkin mohon bantuan daripada mereka, maka mereka melari diri! Kawan-kawan ini disebut teman semasa senang!
Kedua-dua amsal ini membantu untuk menerangkan konteks yang berdekatan, yang tertulis Salomo, “Kekayaan mendatangkan banyak kawan; tetapi orang miskin diasingkan daripada jirannya” (Ams 19:4). Pelajarannya mudah: kebanyakan orang mempunyai niat mementingkan diri sendiri yang menyebabkan mereka mengikut dan berpura-pura setia kepada orang yang dapat memanfaatkan mereka. Orang berhikmah ada pemahaman yang ingat dan menghitung kelemahan kebanyakan orang ini lalu mengambil kira akan itu di dalam pertimbangan-pertimbangannya.
Gereja-gereja Yesus Kristus pun ada orang jahat sedemikian yang mencuri masuk sekali-sekala. Yudas telah memberi amaran tentang orang yang mengangkat-angkat orang lain untuk kelebihan yang mungkin diperolehinya (Yud 1:16). Ia merupakan keaiban yang cukup cabul untuk orang mengakui diri sebagai Kristian dan berpura-pura minat kepada injil supaya dapat minum daripada sungai kebajikan yang berkelimpahan daripada gereja yang salih dan saling mengasihi. Tuhan, seperti yang didoakan Daud, selamatkanlah gerejaMu daripada anak-anak ganjil, yang sia-sia sahaja ucapan mulutnya, dan yang tangan kanannya itu merupakan tangan kanan kepalsuan (Maz 144:11).
Pertimbangkan Tuhan Yesus Kristus. Ada sesetengah orang yang mengikutiNya hanya untuk makanan ikan dan roti percuma yang telah dibekalkan Yesus kepada mereka. Mereka sebegitu ingin dan berniat untuk mendapatkan makanan percuma sehingga mereka cuba menjadikannya raja dengan paksa (Yoh 6:1-27). Dia menegur dan mengecam kebebalan mereka sehingga mereka meninggalkanNya (Yoh 6:28-71). Orang berhikmah akan mengenalpasti daripada pelajaran ini betapa bebalnya untuk mengaitkan program pemakanan dan program ubat dengan injil. Yesus Kristus Alkitab menolak apapun amalan yang berdekatan dengan amalan peka terhadap pencari.
Bagaimana untuk memakai pelajaran ini? Pertimbangkan Amsal 31:30, yang memberi amaran kepada lelaki tentang perdayaan keredaan wanita. Takut akan Allah ialah satu-satunya sukatan bagi seorang isteri yang hebat. Lelaki yang berhemat nampak cubaan dan kelemahan seseorang perempuan untuk menggoda lelaki yang baik dengan keredaan, dan dia akan menganggap kata-kata dan tingkah laku perempuan itu sebagai perbuatan mengampu. Seorang perempuan yang jelek pun boleh menjadi perempuan yang menyenangkan pada waktu ingin memikat (Ams 30:21-23)! Orang yang berhikmah menuntut supaya adanya sikap takut akan Allah yang berdikari dan keghairahan rohani.
Persahabatan dan pelayanan sejati tidak bergantung kepada kelebihan atau manfaat yang diperolehi daripada persahabatan itu, kerana ia berdasarkan prinsip-prinsip yang lebih tinggi iaitu takut akan Allah, belas ihsan Kristian, akhlak yang benar, dan kejujuran peribadi. Sahabat-sahabat yang sejati tidak berubah ketika dalam kesusahan atau kemiskinan; mereka sanggup rugi segalanya untuk membantu sahabat mereka (Ams 17:17; 18:24; Yoh 15:13).