2:14
Yang bersukacita untuk berbuat jahat, dan berseronok dalam kerewelan orang durjana;
Para pendosa menikmati dosa. Hati nurani mereka kurang berdukacita, dan jiwa mereka kurang digemaskan. Mereka teruja tentang peluang untuk berdosa, dan mereka mengira ia sebagai kesukaan besar untuk melihat perilaku babil orang lain. Mereka melakukan kejahatan, dan mereka senang hati dalam kejahatan yang dibuat orang lain. Itulah akhlak orang durjana, dan orang berhikmah akan mengelak mereka dengan apa cara sekali pun.
Salomo mengajar anaknya manfaat hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman (Ams 2:10-11). Berkat-berkat ini akan menyelamatkannya daripada lelaki dan perempuan durjana (Ams 2:12-19). Ia akan membawa dia kepada teman-teman yang salih dan kepada berkat-berkat mereka (Ams 2:20-21), dan mereka akan menjaganya daripada bahaya penghakiman orang durjana (Ams 2:22).
Orang-orang durjana tidak pernah memikir tentang Allah: Allah tiada di dalam semua fikiran mereka (Maz 10:4). Mereka bergegas dalam kehidupan dengan hanya berfikir untuk menyenangkan diri mereka sendiri. Mereka tidak gementar di hadapan amaran-amaran Allah. Mereka teruja akan dosa. Seperti Ahab, mereka menyerahkan diri sendiri kepada kedurjanaan di hadapan mata TUHAN (1Raj 21:25-26). Penglaknatan mereka menjelang dengan cukup lekas (2Pet 2:3).
Orang-orang durjana ini bukan seperti Lot, yakni anak buah yang jujur dan yang benar Abraham. Jiwanya digemaskan setiap hari ketika dia hidup sebagai seorang pengkompromi badaniah dengan dosa di kota Sodom (2Pet 2:6-8). Tetapi orang durjana hanya digemaskan ketika mereka tidak boleh berdosa (Ams 4:16; Mik 2:1)! Mereka mengasihi dosa. Dan mereka suka menonton orang lain berdosa, walaupun keji benar. Fikir akan gambar-gambar dari Hollywood!
Dunia diisi dengan orang-orang gila sedemikian. Paulus memberi takrif tentang mereka sebagai, “tidak boleh berperasaan lagi” dan “menyerahkan diri mereka kepada kegasangan, untuk mengerjakan segala kenajisan dan ketamakan” (Efe 4:17-19). Alasan untuk keadaan yang teruk ini ialah kesia-siaan minda mereka, pemahaman mereka yang digelapkan, dan hati mereka yang buta. Paulus memberi amaran terhadap hal menjalani kehidupan seperti mereka.
Manusia telah menolak kebenaran Allah dalam ciptaan, maka Dia membutakan mereka (Rom 1:18-21). Mereka dengan bebal menciptakan versi-versi allah dalam kesukaan mereka sendiri (Rom 1:22-23), maka Allah membutakan minda mereka dengan lebih lanjut untuk melakukan hal-hal yang salah dan yang tidak pantas kepada diri mereka sendiri (Rom 1:24-31). Walaupun mereka tahu dosa-dosa demikian layak untuk maut, mereka berdosa dan menikmati dosa orang lain juga (Rom 1:32).
Generasi ini mengampu orang durjana. Dosa bukan lagi sesuatu yang keji dengan kesan-kesan buruk. Dosa ialah bahan yang elok untuk gambar lawak jenaka dan kegurauan untuk kenikmatan. Tetapi hanya orang bebal mengolok-olok dosa (Ams 10:23; 14:9). Dosa bukan sahaja membinasakan kehidupan manusia, ia mempersendakan Allah Yang Maha Kudus dan Yang Maha Benar.
Nilai hikmah ialah keselamatan daripada orang durjana demikian (Ams 2:10-15). Hai orang teruna, sayangilah dan carilah hikmah supaya diselamatkan daripada gaya hidup mereka dan penghakiman mereka yang teruk. Biarlah dirimu bersuka dalam Tuhan (Maz 37:4). Lari diri daripada nafsu-nafsu orang muda (2Tim 2:22). Sebaliknya, carilah kesalihan (Tit 2:6).