2:15
Yang jalannya bengkok, dan mereka rewel di dalam jalan mereka:
Dunia ini sudah gila! Fikirannya sudah putar belit. Ia cabul dan sungguh salah. Apabila orang menolak Allah dan Alkitab, mereka menciptakan ragam hidup yang bertentangan, dan mereka mencintai kegilaan mereka.
Jika kamu cuba memperbetulkan mereka, mereka akan benci kamu kerana itu. Amaran Solomo adalah untuk menyelamatkan kamu daripada mereka.
Orang duniawi secara olok-olok memanggil orang Kristian lurus. Mereka betul! Orang Kristian memanggil orang duniawi bengkok, dan mereka betul. Dosa telah memutarbelitkan hati dan minda manusia sehingga orang duniawi meluru pergi masuk jalan-jalan bengkok dan jalan-jalan kerewelan. Hanya takut akan Allah yang wajar akan menyelamatkan seseorang daripada kebengkokan dan kerewelan dunia.
Ayat yang panjang di sini menjelaskan nilai keselamatan yang diperolehi daripada hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman (Ams 2:10-17). Anugerah-anugerah daripada Allah ini akan melindungi kamu daripada kejahatan dan kerewelan manusia (Ams 2:12), “yang jalannya bengkok, dan mereka rewel di dalam jalan mereka. Raja Solomo merupakan penasihat peribadi kamu terhadap gaya hidup songsang orang duniawi.
Jalan-jalan bengkok ialah gaya hidup yang menyimpang daripada apa yang benar; mereka tidak jujur, salah, dan cabul. Jalan-jalan rewel ialah gaya hidup yang tidak munasabah, tidak bertatatertib, rosak dan jahat. Bengkok dan rewel ada makna yang sungguh serupa.Maknanya salah dan cabul (Ams 3:32; 4:24; 6:12; 8:8; 11:20; 17:20; 21:8; Ula 32:5,20; Maz 18:26; 101:4; 125:5; Yes 59:8).
Berilah kemuliaan kepada Allah! Apabila manusia menolak hakikat nyata kewujudan Allah di dalam alamsemulajadi, dan mereka tidak bersyukur bagi kemurahanNya, Dia menggelapkan minda mereka dan menyerahkan mereka kepada fikiran-fikiran jahanam, untuk melakukan apa yang tidak pantas (Rom 1:18:32; Efe 4:17-19). Kamu harus membaca sindiran dan cemuhan oleh Allah kepada orang yang bersembahyang berhala di dalam buku Yesaya 44:9-20.
Berapa tidak pantas gaya hidup yang diberikan Allah kepada mereka? Sungguh bengkok dan rewel! Sangat salah dan cabul! Mereka mengisytiharkan kebijaksanaan mereka, namun mereka membentuk patung serangga untuk disembahyangkan daripada bersembahyang kepada Pencipta (Rom 1:22-23). Pertimbangkan salah satu daripada jalan-jalan mereka yang paling bengkok dan rewel. Allah mengelirukan mereka untuk mencabuli tubuh mereka sesama diri dengan percabulan teruk antara jantina yang sama (Rom 1:24-27).
Selepas itu, Dia menyerahkan mereka kepada lebih banyak fikiran dan perlakuan yang memalukan bangsa mereka (Rom 1:28-32). Penzinaan, kedambaan, niat jahat, iri hati, pembunuhan, perdayaan, bisikan, mengumpat, anak-anak yang memberontak, mungkir janji, dan kedegilan adalah beberapa ciri jalan-jalan mereka itu. Mereka “tidak ada pemahaman” dan “tidak ada kasih semulajadi.” Mereka bukan sahaja melakukan hal-hal sedemikian, tetapi juga mendapat kenikmatan untuk berada bersama dan memperhatikan orang lain melakukannya.
Pembaca Kristian, jika apa yang benar disebutkan, sepertimana yang kamu betul-betul tahu, hati dan minda rosak yang kamu perolehi daripada Adam juga bengkok dan rewel seperti yang lain. Paulus juga telah berkata, “Sebab aku tahu bahawa di dalamku (iaitu di dalam dagingku) tidak ada apapun yang baik” (Rom 7:18). Tetapi ada manusia yang baru di dalam batinmu, diciptakan di dalam kebenaran dan kekudusan yang tulen, dan inilah yang patut kamu kenakan setiap hari (Efe 4:24).
Oleh rahmat Allah, kamu tidak akan dibentuk menurut dunia, tetapi diperbaharui menjauhinya (Rom 12:1-2). Allah telah memanggil kamu kepada gaya hidup yang lain. Paulus berseru kepada orang kudus supaya menjadi “tidak tercela dan tidak berbahaya, anak-anak Allah tanpa perlu teguran, di kalangan bangsa yang bengkok dan cabul, dimana kamu bersinar diantara mereka seperti cahaya-cahaya di dalam dunia” (Fil 2:15). Pembaca Kristian, adakah kamu berbeza daripada dunia sepertimana kamu harus jadi? Tidak patut ada apa-apapun keserupaan.
Bagaimanakah kamu dapat menjadi berbeza? Oleh hikmah, pengetahuan, budi bicara, dan pemahaman (Ams 2:10-11)! Dimanakah kamu dapat menemui hal-hal yang berharga ini? Di dalam firman Allahlah! Kamu menyanjungi ajaran-ajaran Allah sebagai benar di dalam semua subjek, dan kamu benci segala jalan yang palsu (Maz 119:128). Tiada jalan pintas, dan tiada penipuan. Satu-satunya hikmah di dunia ini terkandung di dalam Alkitab (Yes 8:20).
Hanya ada satu Orang, Yang jalan-jalanNya lurus dan benar dengan sempurna. Tiada apapun yang bengkok atau rewel di dalamNya. Paulus menyatakan Yesus sebagai “kudus, tidak berbahaya, tidak tercela, terasing daripada pendosa” (Ibr 7:26). Apa yang dilakukan dunia terhadapNya? Mereka memperolok-olok dan menyiksakanNya, sebelum menggantungkkanNya dengan paku di kayu salib. Mereka akan lakukanNya sekali lagi jika mereka ada satu peluang lagi, dan mereka inginkan yang sama bagi pengikut-pengikutNya.
Tetapi lain kali apabila mereka nampakNya, Dia tidak akan datang lagi untuk mati di kayu salib bagi orang pilihanNya. Dia akan datang untuk membinasakan musuh-musuhNya dengan dahsyat. Tidak ada apapun kekecualian atau belas kasihan pada hari itu sementara penghakiman dicurahkan kepada yang bengkok dan yang rewel. Mereka akan sia-sia memanggil Ibu Bumi mereka, lagi “kepada gunung-ganang dan batu-batu, Timpalah kami, dan sembunyikan kami daripada wajah Dia yang duduk di atas takhta, dan daripada murka Domba: Sebab hari besar murkaNya telah sampai; dan siapakah yang akan dapat bertahan?” (Wah 6:16-17).
Tetapi Tuhan Yesus Kristus akan datang dengan tujuan yang sangat berbeza dengan layanan yang sungguh berbeza bagi mereka yang percaya kepadaNya. Pertimbangkan bagaimana Paulus memberi amaran kepada orang jahat dan selepas itu menghiburkan orang Kristian tentang hari besar itu yang pesat menjelang. Inilah kata-katanya:
“Dan bagi kamu yang tertindas, berlegalah bersama kami apabila Tuhan Yesus dinampakkan dari syurga dengan malaikat-malaikatNya yang perkasa, Di dalam api yang bernyala membalas dendam ke atas mereka yang tidak mengenal Allah, dan yang tidak mentaati injil Tuhan Yesus Kristus: Orang yang akan dihukum dengan pembinasaan selama-lamanya daripada kehadiran Tuhan, dan daripada kemuliaan kuasaNya; Apabila dia datang untuk dimuliakan di dalam orang-orang kudusnya, dan untuk dikagumi di dalam mereka semua yang percaya (sebab kesaksian kami diantara kamu telah dipercayai) pada hari itu” (2Tes 1:7-10).