Amsal · Proverbs

2:18
Sebab rumahnya condong ke maut, dan jalan-jalannya kepada orang mati.

Rumah dan jalan-jalan perempuan asing condong – ke maut dan neraka (Ams 2:16-19; 5:5; 7:27; 9:18). Kurang ada bahaya yang lebih besar kepada lelaki daripada bahaya seorang perempuan asing – seorang perempuan yang menarik dan yang mengampu di luar nikah dengan hati perempuan lacur, yang dengan menyerahkan tubuhnya membinasakan jiwa-jiwa lelaki, sama ada dengan jahil ataupun dengan sengaja (Ams 6:26; 23:28).

Perempuan asing sudah meluka dan membunuh banyak lelaki yang kuat (Ams 7:26). Hanya orang benar seperti Yusuf melepaskan diri daripadanya (Kej 39:7-10; Pkh 7:26). Hanya melalui rahmat Allah akan mana-mana pun lelaki memulihkan diri daripada berdosa dengannya (Ams 2:19). Hai lelaki! Jauhilah dirimu daripada perempuan itu! Pada hari ini juga!

Rumahnya dan jalan-jalannya tidak terhad kepada tempat-tempat yang literal itu – ia melibatkan apa pun aktiviti seks bersamanya, tidak kira di mana jua perhubungan berdosa itu dilakukan. Ia mungkin gambar-gambarnya di majalah atau laman web gambar lucah. Meniduri perempuan asing, atau berkhayal berbuat demikian, atau memilih gaya hidupnya akan membawa hasil yang sama – maut.

Ada lebih daripada satu cara untuk mati. Kematian fizikal – kematian tubuh – hanya salah satu cara untuk mati. Orang yang berkendak mati secara fizikal daripada penyakit jangkitan seks, suami yang cemburu, ayah yang melindungi anak perempuannya, dan hukuman mati di negara yang bermoral. Sudah tentulah, kematian demikian pada hari ini disembunyikan dan disamarkan, sebab generasi yang durjana ini telah menglamorkan rumahnya dan jalan-jalan para pelacur.

Lelaki juga mati secara rohani, secara emosi, dan secara kekal. Mereka boleh kehilangan persekutuan mereka dengan Allah. Mereka mungkin kehilangan reputasi mereka, keluarga mereka, kekayaan mereka, kesihatan mereka, cita-cita mereka, damai sejahtera mereka, dan mana-mana aset lagi yang penting – semuanya boleh dipanggil sebagai maut, yakni kebinasaan suatu kehidupan yang baik. Mereka juga berakhir di neraka, maut yang kedua, iaitu tempat yang para pelanggan pelacur akan berada untuk kekekalan (Wah 21:8).

Manusia secara purata hidup untuk 73 tahun, tetapi para pelanggan pelacur tidak boleh mengharapkan sebegitu banyak tahun. Para pelakon yang popular, bintang-bintang muzik, dan para penzina umum kerap kali hidup hanya setengah daripada tahun-tahun tersebut. Dunia pun tahu bahawa hidup yang keras berfoya-foya dan para pelacur akan mencuri tahun jangka hayat seseorang. Suatu manfaat Hollywood adalah untuk melihat jangka hayat singkat orang seperti Errol Flynn, Jim Morrison, Elvis Presley, Marilyan Monroe, Anna Nicole Smith, dan banyak orang lagi.

Hai lelaki muda! Hai lelaki tua! Janganlah terperdaya. Jangan biar generasi durjana ini memasang gambarilusi yang menyembunyikan rumah dan jalan-jalan perempuan asing. Ia mencerun supaya semakin menurun sampai landai ke maut dan neraka. Bohong zaman kini punya muzik, wayang, pakaian, dan gaya hidup, yang menggambarkan seks bebas dan seks bersahaja sebagai air maulhayat akan membinasakanmu. Jangan buta seperti Adam, Simson, Daud, dan Solomo. Kos kerugian mereka ialah kelesapan kehidupan dan damai sejahtera mereka.

Para penggoda lelaki juga telah menggoda dan membinasa banyak gadis dan perempuan yang kurang tahu, walaupun ini tidak ditekankan dalam Amsal, iaitu kitab yang dipakai Solomo untuk mewaspadakan anak lelakinya. Hanya perempuan suci yang berwaspada atau gadis yang ada ayah yang melindungimereka terlepas daripada si penggoda lelaki. Hanya melalui rahmat Allah seorang perempuan yang sudah berdosa dengan para lelaki tersebut boleh pulih. Hai gadis! Jauhilah lelaki itu! Hai ayah! Selamatkanlah anak perempuanmu!

Sesekali kamu melangkah ke cerun licin dosa seksual, siapakah yang akan menarikmu balik? Perempuan yang asing tiada hati atau kemampuan untuk membantu. Dia sudah hidup di neraka dan menyukai itu di sana. Ketagihan yang menarik kepada dosa seksual akan menarikmu turun. Allah Yang Berbahagia, Yang kamu telah tolak untuk seorang perempuan yang keiblisan, akan hanya membantu selepas pertaubatan yang jarang ditemui.

Ada suatu lagi pelacur yang rumahnya dan jalan-jalannya harus dielakkan, sebab mereka juga condong ke maut dan neraka – Gereja Roman Katolik, iaitu gereja palsu, dan gereja-gereja yang beroleh daripadanya. Gereja-gereja dikenali sebagai rumah sembahyang, dan upacara agama dan amalan rohani mereka boleh dipanggil sebagai jalan-jalan. Alkitab memanggil gereja Allah sebagai rumahNya atau bait sucinya (1Tim 3:15). Oleh sebab itu, kamu ada tugas yang murni untuk menolak agama Roman Katolik dan segala kekejiannya, tidak kira di mana jua ia dapat ditemui (Wah 17:1-6; 18:4; 1Tim 4:1-3; 2Tes 2:1-12).