Amsal · Proverbs

2:17
Yang meninggalkan pemandu hidup masa mudanya, dan melupakan waad Allahnya.

Kaum perempuan ada sampai tiga pelindung, jika ditaati. Mereka mempunyai Allah, ayah, dan suami. Jika mereka mentaati pihak-pihak tersebut dalam turutan yang wajar, mereka dapat dan akan diselamatkan daripada masalah yang memedihkan. Meskipun seseorang gadis mempunyai ayah yang buruk, mentaati Allah akan membawa kepadanya suami yang baik.

Perempuan yang asing, iaitu pelacur atau penzina yang mengampu, ialah subjek amsal ini daripada ayat yang sebelumnya (Ams 2:16). Amsal kerap kali memberi amaran di bab-bab yang awal terhadap perempuan yang berbahaya ini. Di sini, Salomo membidas perangai perempuan sedemikian dengan menyatakan dua kesalahan. Setiap pemuda pemudi harus membenci makhluk ini dengan kebencian yang kudus.

Seks bersahaja (tidak dirasmikan dengan perkahwinan),dan perzinaan sekarang lebih menjadi kebiasaan di dunia berbanding zaman-zaman dahulu, tetapi perempuan yang salih akan memandang keji kedua-dua dosa ini. Setiap ayah harus berjaga dan menghapuskan pengaruh-pengaruh yang mengurangkan rasa mual anak perempuannya terhadap fikiran dosa-dosa yang buruk ini. Dua pengaruh utama dalam kehidupan ialah kawan dan kenikmatan, seperti buku, majalah, televisyen, muzik, wayang, Internet, dan media sosial. Pergaulan yang buruk memang merosakkan adab yang baik.

“Pemandu hidup masa mudanya” ialah suaminya. Perempuan itu dengan buruk meninggalkan suaminya, ketika dia berintim dengan lelaki yang lain. Pengkhianatan sedemikian sungguh keji, kerana lelaki itu merupakan temannya sejak umur muda. Mereka berkongsi dalam kenikmatan-kenikmatan ajaib perkahwinan yang muda. Peraturan seksual ayah mungkin ditinggalkan, tetapi ayah itu bukan betul-betul ditinggalkan oleh perzinaan anak perempuannya yang sudah kahwin.

Alkitab menjelaskan isteri masa muda seseorang lelaki (Ams 5:18; Yes 54:6; Yoel 1:8; Mal 2:14-15). Jika perkahwinan terjadi tidak lama selepas kematangan seksual, ia membenarkan suami isteri yang muda. Amsal ini menganggap budaya Yahudi yang kahwin muda. Zaman kini punya umur yang lebih tua untuk perkahwinan merupakan akibat daripada pemikiran bebal dan didikan anak yang kurang baik, yang menghasilkan banyak tahun kegeraman dan godaan seks. Banyak orang muda pada hari ini tidak cukup matang untuk perkahwinan.

Kehidupan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat bayi melingkupi waktu lahir sampai umur lima tahun; peringkat budak melingkupi waktu umur lima tahun sampai waktu akhil baligh; dan umur muda mudi melingkupi waktu akhil baligh sampai ke umur dewasa, di mana umur dewasa lebih dekat kepada umur 30, dan bukan 18 atau 21 seperti yang banyak fikir pada hari ini (Bil 4:3; 1Taw 23:3; Luk 3:23). Perkahwinan bagi orang Yahudi biasanya berlaku pada peringkat ini yang dipanggil peringkat muda mudi (Ima 27:1-7; Ula 1:39; 1Sam 12:2; Pkh 11:10; Yun 4:11; 1Kor 7:9,36; 1Tim 4:12).

Seorang bapa memandu kehidupan seorang anak perempuan dengan mengajarnya takut akan Tuhan dan peraturan akhlak salih seperti yang diajar dalam Alkitab (Ams 4:1; 17:6; 22:15; Maz 34:11; Efe 6:4). Ia tugas ayah untuk mengekalkan keperawanan anak perempuannya bagi perkahwinan (Ula 22:13-21; 1Kor 7:36-38). Beban itu tidak seharusnya ditanggung anak perempuan itu, tetapi ditanggung ayahnya pula, sebab ayah itulah yang harus melindunginya daripada nafsu lelaki dan daripada ragam-ragam buaya darat yang memang ayah tahu. Ayah ialah tempat permohonan/perisikan mana-mana pun calon suami atau pelamar.

Ayah ada peranan yang besar dalam hal mendidik anak perempuan, sebab dia merupakan pemimpin dan guru utama di keluarga (Kej 18:19; Yos 24:15; Efe 6:4). Seseorang ibu tidak dapat melakukan itu dengan cukup baik, walaupun dia ada pandangannya tersendiri tentang cinta, perkahwinan, dan seks. Biar ayah juga mengajar anak perempuan tentang perangai yang berakhlak mulia dan dengan serius mewaspadakannya tentang lelaki jahat, sebab ayah ada hikmah naluri tentang hal-hal sedemikian dan sungguh mengambil berat masa depan anak gadisnya.

Ayah harus mengawal aktiviti-aktiviti memikat dan dating untuk memastikan anak perempuan jangan terjebak ke dalam situasi yang memaksakannya atau menggodanya untuk berkompromi. Yakub gagal menjaga anak perempuannya (Kej 34:1-5). Tetapi jika perkahwinan berlakunya dengan awal, seperti dengan orang Yahudi, didikan ayah dan perlindungan akan tamat pada waktu umur muda mudi, ketika suamilah yang akan menjadi pemandu kehidupan yang baru.

Setiap perempuan yang takut akan Allah akan menerima arahan ayahnya dengan hati yang bersiap sedia. Dan setiap perempuan yang sudah kahwin harus ingat pemandu kehidupan masa mudanya dan waad [janji] dia terhadap Allah. Oleh sebab kedudukannya dalam ciptaan dan peranan Allah baginya, dia akan dihakimi dengan cukup keras bagi pengkhianatan seksual. Tetapi bagi setiap Maria yang bertaubat, ada Juruselamat yang mengampuni!

Allah mengharapkan suami untuk memandu kehidupan isteri mereka (Kej 3:16; 1Kor 11:3). Seorang suami dapat membatalkan nazar isterinya semudah seperti membatalkan nazar anak perempuannya (Bil 30:8), dan tugasnya adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada isteri (1Kor 14:35). Lelaki membuat keputusan-keputusan yang penting bagi keluarga, kerana itu yang patut dilakukan mereka (Kej 18:19; Yos 24:15). Pasangan muda yang ada isteri yang rela mengikuti suami yang salih dan yang terlatih dengan baik adalah sungguh ajaib, walaupun sungguh jarang untuk ditemui pada zaman kini.

Ciri perangai yang cabul dalam perempuan yang asing ialah kemampuannya untuk mengkhianati suami masa mudanya dengan cara yang sebegitu memedihkan. Kebanyakan perempuan tidak dapat membayangkan diri berbuat sedemikian. Tetapi seorang perempuan penzina mempunyai jiwa yang sudah cacat, yang memperbolehkannya melakukan dosa yang sebegitu besar dan dengan kurang penyesalan (Ams 30:20). Biar para penzina yang bebal berhati-hati, jika seorang perempuan sudah mengkhianati suaminya untuk berada bersamamu, dia akan lebih mudah mengkhianatimu dan dengan lekas berada dengan lelaki yang lain.

“Waad Allahnya” ialah waad perkahwinan perempuan itu (Mal 2:14; Yeh 16:8). Penzina itu meninggalkan suaminya, dan dia juga melupakan Allahnya dan waad yang telah dijanjikannya di hadapan Allah untuk menjadi isteri yang setia. Perkahwinan dalam Alkitab lebih menyerupai waad [perjanjian] dan perayaan daripada menyerupai upacara agama. Penekanan kepada upacara keagamaan dan kepercayaan karut adalah dari Rom dan sakramen yang direkakannya – Holy Matrimony.

Ayub telah membuat suatu waad dengan matanya sewaktu berkahwin (Ayb 31:1). Setiap pengantin lelaki dan pengantin perempuan harus melakukan sama dalam apa yang dijanjikan mereka (Ams 6:25; Mat 5:28). Sementara perempuan diciptakan untuk lelaki, kesetiaan seksual lebih berkuatkuasa atas perempuan (1Kor 11:9; Kej 2:18-25). Adakah pemahaman ini mengejutkanmu? Pertimbangkan perbezaan yang dibuat Allah di antara lelaki dan perempuan (Kej 38:8,24; Kel 21:10; Ula 21:10-14; 22:20; 24:1-4; 25:11-12).

Biar perempuan membaca Bilangan 5:11-31 untuk melihat bagaimana Allah membantu suami terhadap isteri yang berfoya-foya dan melihat tahap kekerasan penghakiman Allah. Petikan ini mencerminkan fikiran Tuhan, tidak kira apa pun pendapat dunia tentangnya. Jangan biar pemberontakan bangkit dalam hatimu terhadap ketetapan itu, sebab ia memang wajar dengan muktamad (Maz 119:128). Seorang perempuan keberhutangan kesetiaan seksualnya kepada suaminya dan kepada Allah yang telah dia bernazar untuk menjadi setia. Suaminya lebih keberhutangan kesetiaan seksualnya kepada Allah, tetapi kedua-dua suami isteri yang berzina ialah pelanggar hukum yang layak diberi hukuman mati.

Perkahwinan yang Alkitabiah belum lagi bermula tanpa waad, dan suatu waad perkahwinan akan pasti melibatkan kehendak Allah untuk kesetiaan seksual bagi kedua-dua pihak dalam perkahwinan (Ima 20:10; Ula 22:13-21; 23:17; Ibr 13:4). Ia harus melibatkan lebih daripada bebelan kata janji yang memakai 5 minit dalam kebanyakan upacara yang dipanggil sebagai pernikahan pada zaman kini. Biar ia sungguh menyeluruh dengan butir-butir, dan biar ia tersurat, supaya ia dapat dipakai sebagai rayuan semula pada masa depan.

Hai pembaca Kristian, sebagai seorang anak Allah dan pengantin perempuan Yesus Kristus, bagaimanakah kesetiaanmu kepada Bapa dan Suamimu? Sudahkah kamu meninggalkan Pemandu hidup masa mudamu dengan menghilangkan kasih pertamamu bagi Kekasih jiwamu (Wah 2:4)? Sudahkah kamu melupakan waad Allahmu yang telah dibuat pada waktu pembaptisanmu, ketika kamu menjanjikan seluruh hidupmu kepada Kristus? Ia mudah untuk mengehadkan amsal ini kepada perzinaan seksual, tetapi jangan melangkaui perzinaan rohanimu.

Yesus Kristus memanggil umatNya yang berkompromi sebagai para penzina untuk membesarkan keamatan dahsyatnya kesalahan penyembahan berhala atau keduniawian (Yeh 16; Yak 4:4; dsb.). Kepedihan, pengkhianatan, dan percabulan hal berzina menjadi gambaran yang wajar perbuatan menyimpang daripada mengasihi Allah sepenuh-penuhnya dan dengan tunggal hati. Dia mewajibkan, mengharapkan, dan layak untuk menerima seluruh hatimu, akal budimu, jiwamu, dan kekuatanmu! Dia Allah yang Cemburu, dan kamu tidak dapat melayaninya dengan apa pun cara yang lain (Yos 24:19).