20:17
Roti pendayaan adalah manis bagi seseorang; tetapi selepas itu mulutnya akan diisi dengan batu kelikir.
Berbohong mungkin seronok – tetapi tidak kekal lama. Kemudian hasil kebebalanmu datang menimpa ke atas kepalamu sendiri. Kamu mungkin fikir bohongmu telah membantumu dengan sedikit banyak, tetapi ia hanya menjadikan hal lebih teruk. Bilakah akan kamu belajar kebenaran yang pedih ini: "Jadilah pasti bahawa dosamu akan memperlihatkanmu" (Bil 32:23)?
Amsal ialah kata-kata pujangga, dan di sini ada suatu kiasan metafora yang memakai roti dan batu kelikir untuk hal bohong berbuat bohong. Roti pendayaan ialah pilihan untuk berbohong. Berbohong mungkin manis pada mulanya, seperti roti bakar yang manis, tetpai ia tidak akan manis kemudian. Sesuap batu kelikir ialah hasil akhir perbuatan berbohong. Jauh daripada manis, ia memedihkan, tidak mungkin untuk dinikmati, dan biasanya berbahaya.
Solomo memakai suatu kiasan metafora tentang seorang pelacur yang menggoda seorang lelaki dan rayuan berbohong tentang penzinaan, “Air yang telah dicuri adalah manis, dan roti yang telah dimakan dengan rahsia menyenangkan” (Ams 9:17). Untuk menunjukkan bahaya kepada anak lelakinya, Solomo telah menulis tentang mangsanya, “Tetapi orang itu tidak tahu bahawa orang-orang mati berada di sana; dan bahawa para tetamunya berada di kedalaman neraka” (Ams 9:18). Sememangnya batu kelikir!
Skim cepat kaya menggambarkan maksud manis sekarang, batu kelikir kemudian. Dengan menjanjikan pulangan yang luar biasa, mereka membayar bunga daripada pelaburan para pelabur yang lambat masuk. Para si kuda kayu yang awal masuk mendapat pulangan bunga itu lalu mereka lagi mempromosikan peluang nafkah yang percuma itu, maka meledaklah skim itu diisi penuh dengan kemasukan wang tunai. Tetapi kemudian si penipu yang berbuahkan skim itu melarikan diri dengan wang yang tidak dibayar kepada para pelaburnya, maka terdedahlah bohong itu. Apa yang telah bermula dengan manis bagi para pelabur yang awal merupakan batu kelikir di dalam mulut semua pelabur-mangsa.
Dosa berbohong! Bahkan bagi hal berbohong! Dosa tidak pernah berkesan pada jangka masa panjang, meskipun adanya sedikit kenikmatan atau kejayaan di dalamnya untuk suatu ketika yang singkat (Ibr 11:25). Tetapi dosa tidak akan pernah memberitahumu ini dengan terus terang pada mulanya; kamu akan hanya belajar itu ketika ia terlalu lambat. Si iblis dan dunia tidak akan memberitahumu bahawa dosa tidak berhasil. Mereka bekerjasama dengan seharmonis untuk memperdayakanmu bahawa dosa boleh jadi manis.
Ia bohong untuk memikir bahawa bohong akan membantu dirimu. Inilah sifat dosa. Ia memperdayakan diri sendiri, dan ketika ia memperdayakanmu untuk memperdayakan orang lain, kamu berbohong kerana kamu telah percaya suatu bohong. Dosa sebegitu memperdayakan sehingga ia boleh memalingkan seseorang percayawan menentang Allah, jika dia memberi itu ruang di dalam kehidupannya (Ibr 3:12-13). Bagi sebab ini kamu memerlukan kawan-kawan yang salih untuk bantu menggesamu setiap hari, seperti melalui amsal ini.
Dosa adalah cabul! Ia dengan hebat membesar-besarkan kenikmatan dosa, dan ia tidak pernah memberi amaran akan kesan-kesannya yang teruk sekali. Hawa memikir bahawa buah itu nampak baik, mungkin rasa enak, dan mungkin menjadikannya seperti Allah. Dia terkejut oleh rasa salah dan rasa malu sesudah memakannya, dan kemudian dia kena menghadapi Allah yang bertanya mengapa dia bersembunyi di Taman itu, dan kemudian dia kena menderita kehidupan yang penuh kesakitan dan penundukkan, dan kemudian dia harus mati. Rotinya yang manis itu memang sudah menjadi batu kelikir!
Dosa adalah cabul! Ia dengan hebat membesar-besarkan kenikmatan dosa, dan ia tidak pernah memberi amaran akan kesan-kesannya yang teruk sekali. Amnon mendambakan seks dengan adik tirinya Tamar. Khayalan ini mengisi seluruh fikirannya dan memudaratkan kesihatannya. Sesudah dia akhirnya terpaksa memaksa adik tirinya, kenikmatan itu adalah untuk sesaat sahaja, dan kemudian Amnon membenci dia, dan seterusnya Absalom membunuh Amnon. Roti yang manisnya itu telah menjadi batu kelikir!
Tetapi amsal ini bukan berkenaan dengan buah di Taman eden atau seks dengan adik tirimu. Ia tentang hal berbohong. Di manakah kamu mungkin berbohong? Di dalam resumemu [surat tentang diri sendiri ketika memohon kerja]? Di dalam perkahwinanmu? Di dalam pengakuan agama Kristianmu? Kepada LHDN? Kepada pastor? Di dalam laporan perbelanjaanmu? Tentang umurmu, kesihatanmu, atau kemampuanmu? Kepada anak-anakmu? Tentang rakan sekerjamu? Kepada bosmu?
Bohongmu mungkin nampak manis sekarang, tetapi ia tidak lama lagi akan menjadi batu kelikir. Masalahmu akan tidak lama lagi menjadi serupa dengan Hawa dan Amnon. Kamu tidak boleh menghentikan hasilnya. Dosa akan berbohong kepadamu sekali lagi sehingga suatu lagi bohong harus dipakai untuk menutupi atau memperkasakan lagi bohong yang pertama, tetapi itu pula akan menghasilkan empat bohong. Sebelum kamu sedar, kamu seorang pembohong, dan Allah Yang Benar mengipas-ngipaskan nyala api neraka untuk menyambutmu (Wah 21:8,27).
Berapakah teruknya batu kelikir di dalam mulutmu? Akhan, keluarganya, dan semua yang dimilikinya direjam batu dan dibakar kerana perdayaannya akan barang-barang telah dicuri (Yos 7:1,20-26). Gehazi pula mendapat penyakit kusta Naaman kerana berbohong kepada tuannya, Elisa, tentang sedikit wang perak danbaju (2Raj 5:20-27). Tetapi batu kelikir di dalam mulut kedua-dua ornag ini tidak dapat dibandingkan denganseksaan di kekekalan.
Sikap tidak jujur dan suka berbohong akan membinasakanmu – dalam kehidupan ini dan di akhirat. Percayalah itu. Jadikanlah kejujuran dan integriti ciri-ciri yang kekal bagi akhlakmu. Solomo memberi amaran berulang-ulang kali tentang kepentingan kebenaran bagi kejayaanmu (Ams 10:18; 12:19,22; 13:5; 14:5; 17:7; 19:9; 21:6; 26:24-26,28). Percayalah kepadanya! Tolaklah apa pun fikiran atau gagasan-gagasan duniawi bahawa perbuatan berbohong boleh diterima.
Kamu tidak berbohong? Itu mungkin benar. Tetapi bagaimana pula dengan kemunafikan? Adakah kamu hidup dengan berbeza ketika bersendiri daripada ketika di khalayak ramai? Berbeza di rumah daripada di gereja? Berbeza di dalam hatimu daripada dengan mulutmu? Itu juga merupakan roti pendayaan. Berapakah lama akan kemunafikanmu manis? Singkat! Dan hanya untuk seketika! Alkitab menyatakan bahawa kamu akan binasa seperti tahimu sendiri (Ayb 20:4-9).
Bertaubatlah bagi apa pun pendayaan dalam kehidupanmu. Bertaubatlah kerana membenarkan dosa untuk memperdayakanmu untuk memikir bahawa kamu boleh terlepas daripada kesan berbohong. Bertaubatlah kalau pernah memperdayakan sesiapa pun dengan cara apa pun. Bertaubatlah kerana mengurangkan kebebalan dan percabulan dosa di pandangan Allah. Tolaklah apa pun fikiran yang memperbenarkan perdayaan atau bohong atau apa pun dosa. Larilah kepada Allah kebenaran dan rayulah untuk pengampunanNya. Dia boleh dan akan mengampuni sesiapa pun yang dengan ikhlas bertaubat dan menjadi pengasih akan kebenaran.