20:18
Setiap tujuan dimantapkan oleh nasihat: dan dengan nasihat yang baik peperangan dapat dilaksanakan.
Nasihat baik adalah perlu untuk membuat keputusan yang baik, dan nasihat yang baik hanya didapati daripada para penasihat yang baik. Salomo di sini mengajarmu untuk menyerahkan rancangan-rancangan besarmu kepada penelitian dan kritikan para penasihat yang berhikmah, yang dapat menyelamatkanmu daripada kekecewaan dan masalah. Inilah hikmah yang sejati – untuk berfikir dengan masak sebelum kamu bertindak, dan untuk memantapkan rancangan-rancanganmu dengan nasihat yang berhikmah.
Setiap jalan manusia adalah betul di matanya sendiri, sebab hatimu yang angkuh dan yang memperdaya menyakinkanmu bahawa rancangan-rancanganmu sungguh baik dan sudah pasti berjaya (Ams 16:2,25; 18:17; 21:2; 28:11; Yer 17:9). Kamu harus memakai ramai penasihat untuk keselamatan (Ams 11:14; 15:22; 24:6).
Ia berdosa untuk melulu/bergegas dalam roh, dalam pertuturan, atau dalam tindak laku (Ams 14:29; 29:20; 19:2). Melulu membinasakan, bak kata pepatah Inggeris, “haste makes waste”, iaitu sikap tergesa-gesa membawa pembaziran (Ams 21:5; 25:8). Paulus mengutuk ciri berdosa yang dia panggil sebagai gopoh, yang bermaksud mengikut gerak hati dan membabi buta ke dalam sesuatu aktiviti atau pilihan (2Tim 3:4). Perlahankan diri untuk mendapat nasihat dan pertimbangan yang baik. Jika kamu condong menjadi gopoh dan melulu kerana pembawaan atau pendidikan, kamu harus dua kali ganda lebih mengendahkan amaran ini.
Tetapi untuk menahan tindakan kerana ketakutan dan kekhuatiran adalah juga bebal dan akan membawa kerugian kepadamu, kerana kamu akan melepaskan peluang-peluang keuntungan dan kejayaan yang berlalu dalam kehidupan. Kelumpuhan kerana sikap terlampau meneliti ialah kutuk orang yang ada pembawaan melankolik, dan para penasihat boleh menendangmu atau memberimu dorongan untuk menggerakkanmu di jalan yang menguntungkan. Para penasihat yang objektif ialah aset yang hebat.
Jika kamu mengabaikan perbuatan mencari nasihat, maka kamu bebal, malas, atau angkuh. Jika kamu menolak nasihat yang telah diberi kepadamu, maka kamu bersikap suka memberontak atau degil. Jika kamu mengelak nasihat kerana takut dikritik, maka hatimu sudah dengan bebal bermain cinta dengan cadangan yang berisiko – kamu sudah tertambat secara emosi kepada rancanganmu. Berhati-hati! Ia bebal untuk membiar hatimu mendahului akalmu.
Satu-satunya penasihat yang sempurna ialah Tuhan (Yes 9:6). Tetapi Dia tidak meninggalkanmu tanpa para penasihat yang lain. Kamu ada firman sempurnaNya, yang dapat menjadikanmu berhikmah (Maz 19:7-11; 119:98-100). Kamu memiliki para hamba Allah, yang boleh menjadi penasihat yang sempurna oleh firmanNya (2Tim 3:16-17; Mal 2:7). Kamu ada ibubapa, yang biasanya ada lebih banyak hikmah dan pengalaman, dan mereka juga ada motivasi yang kuat untuk menyelamatkanmu daripada masalah (Kel 18:13-27). Kamu memiliki sahabat dan saudara yang ada hikmah (Ams 20:25; 27:9-10; Kis 15:1-6).
Apakah jenis penasihat yang kamu cari dan pakai bagi keputusan-keputusanmu yang besar? Walupun orang tua bukan selalunya berhikmah (Ayb 32:9), mereka secara am adalah lebih berhikmah (Ayb 12:12). Seorang percayawan lebih baik daripada orang pagan, jika ada pertimbangan moral; mereka harus ada hikmah Allah dalam hati mereka dan kadar kepedulian yang tinggi untuk keselamatanmu dan kemakmuranmu. Carilah penasihat yang pasti kritikal, sebab suasana bergelimpangan dengan mayat orang-orang yang optimis.
Sekiranya suatu rancangan atau tujuan dimantapkan, ia dijadikan stabil, terjamin, dan kekal. Ia ada dasar yang kukuh bagi masa depan, dan ia diperoleh melalui nasihat yang baik. Ketika rancangan dan tujuan dikejar tanpa nasihat yang baik, ia biasanya dikecewakan (Ams 15:22). Bagaimanakah kamu dapat mengelak kesalahan-kesalahan yang sebegitu banyak yang dilakukan orang ramai? Dengan mematuhi amsal ini dengan tekun!
Mencari nasihat semata-mata untuk mematuhi amsal ini tidak cukup, sebab kamu harus juga mendengar nasihat itu dan mengikutinya. Kalau tidak, seluruh mekanisme keselamatan dan kejayaan dilanggari dan ditunggangbalikkan. Rehabeam mencari penasihat, tetapi dia menolak nasihat orang berhikmah yang telah menasihati ayahnya (1Raj 12:1-19). Dan dia kehilangan kerajaan kerana itu.
Ramai penasihat tidak diperlukan untuk setiap keputusan, dan kamu boleh memerhatikan ini dengan perkataan, “peperangan”, dalam amsal ini. Peperangan ialah keputusan yang paling besar yang dibuat oleh lelaki, sebab ia menentukan kehidupan dan masa depan seluruh negara dan kesusahan yang sungguh besar. Ia hanya patut dipakai sesudah adanya nasihat yang menyeluruh dari segala sudut pandangan (Luk 14:31-32). Maka pelajaran ini tidak boleh dipakai untuk semua keputusan, tetapi sebaliknya kepada keputusan yang besar dan dengan kesan-kesan dan risiko yang serius.
Tetapi hal seperti perkahwinan sudah tentu layak untuk nasihat. Kepedihan dan kesan-kesan perkahwinan boleh jadi sungguh teruk; kebanyakan orang yang memasuki perkahwinan tiada pengalaman, maka mereka memerlukan nasihat yang baik daripada orang lain (Ams 19:13). Pihak ketiga yang tidak terlibat boleh menjimatkanmu banyak dukacita dalam keputusan ini, dan dia sama ada lelaki atau perempuan boleh mungkin mengesan masalah-masalah yang mungkin terjadi dengan lebih mudah daripada dirimu sendiri.
Hal-hal yang lain seperti perniagaan, mengubah kerja gaji, berpindah ke rumah lain, isu kesihatan, hal mendidik anak, pelaburan alternatif, dan rancangan yang serupa patut tertakluk kepada nasihat. Mengapakah kamu membabi buta ke depan bagi keputusan-keputusan yang sebegitu besar tanpa mencari nasihat yang baik? Kepedihan kesan-kesan kesilapanmu dalam keputusan-keputusan ini jauh melebihi kepedihan ego yang terluka kerana diperbetulkan.
Keramaian penasihat sungguh berhikmah, sebab banyak penasihat boleh memberimu banyak pendapat untuk dipertimbangkan dari sudut pandangan yang berbeza dan dari pengalaman yang berbagai-bagai. Kongsikan nasihat mereka kepada orang yang berhikmah, dan ia akan menghasilkan nasihat yang lebih baik; kamu dengan itu sudah memaksimakan para penasihatmu. Kesimpulannya patut diperoleh dengan mempertimbangkan nilai jawapan menyeluruh, jawapan-jawapan daripada para nasihat yang paling berhikmah, dan nasihat bagi aspek-aspek yang paling penting bagi rancanganmu atau tujuanmu.
Pilihanmu untuk mencari nasihat memakan masa, maka ia mewajibkan disiplin dan kesabaran, yang akan menentang keterujaanmu dan sikap ingin bergegas untuk melaksanakan gagasanmu yang dianggap hebat. Ia juga mewajibkan kerendahan hati untuk meminta orang lain untuk pendapat mereka, yang secara tersirat sedang menyatakan kamu keperluan untuk bantuan mereka. Sikap berhati-hati demikian ialah budi bicara yang berhemat, dan kerendahan hati sebegitu ialah hikmah. Jangan membiarkan apa pun untuk memujuk diri sendiri bahawa kamu tiada masa atau bahawa kamu boleh membuat keputusan yang lebih baik sendiri.
Hai orang muda, kamu yang paling memerlukan nasihat berhikmah berbanding orang lain. Kebebalan dan kesia-siaan tertambat di dalam hatimu; nasihat yang serius boleh menyelamatkanmu daripada masalah dan kepedihan. Hai orang tua, kamu tidak melebihi pelajaran ini, sebab hati semua orang adalah berbahaya dengan sungguh memperdayakan diri sendiri (Yer 17:9). Ia keangkuhan, dan bukan prinsip, yang sedang menahan dirimu daripada mencari nasihat dan mengizinkan orang lain menguji rancangan-rancanganmu.
Penasihat yang paling unggul ialah Roh Kudus, Yang memandu dirimu melalui Alkitab, bukan melalui perasaan. Ia merupakan pelita kepada kakimu dan cahaya kepada jalanmu (Maz 119:105). Jika kamu menyerahkan rancanganmu kepada Tuhan, Dia akan memantapkan fikiran-fikiranmu (Ams 16:3; 3:5-6). Jika hatimu berada dalam persekutuan denganNya, maka kamu boleh maju dengan rancangan-rancanganmu, sambil menyerahkan segalanya kepada kehendakNya (Ams 16:9; Yak 4:13-15).
Semakin banyak kamu belajar firman Allah, semakin banyak hikmah yang akan diperolehmu (Maz 19:7-11; 119:98-100; Yes 8:20). Dan kitab Amsal ini dipenuhi dengan hikmah orang yang paling berhikmah dengan pengalaman yang paling banyak dalam kehidupan, dan dia menulis dengan ilham daripada Allah (Ams 1:1-9). Tuhan Yesus Kristus ada segala harta berharga hikmah dan pengetahuan, dan semakin kamu berjalan denganNya, semakin banyak hikmah yang akan dimilikimu (Kol 2:8).